Classified Pictures

Dalam buku Gettman, aktiviti pertama bahasa untuk anak-anak adalah classified pictures. Aktiviti ni boleh mula dari umur 2-2.5 tahun (Lynn Lawrence, Read & Write).

Untuk Aqeel (2thn) saya guna gambar objek-objek dalam rumah dan bahagian rumah, contoh gambar dapur, dan objek-objek di dapur. (Boleh guna gambar jalan, taman, pasaraya dll).

Untuk Hana boleh guna gambar-gambar yang Hana minat sekarang, contoh kenderaan, haiwan liar atau bunga-bunga. Yang ni boleh search dan download 3 part cards wild animals contohnya atau apa-apa topik semasa yang anak minat. Banyak ada. Website yang saya suka adalah The Helpful Garden.

Mula-mula print dan laminate dan cuba present. Sekali Aqeel datang nampak gambar yang dia familiar dan keliling rumah tunjuk-tunjuk. Oh, might as well buat matching activity.

Bahan:

  • Sediakan beberapa set kad. Setiap set ada 10-20 kad. Setiap satunya ada gambar dan belakang kad ada simbol “bulat segiempat segitiga” sebagai label kad dalam kategori masing-masing.

  • Satu kad adalah gambar penuh satu-satu pemandangan (bilik mandi), kategori (cth: haiwan liar), situasi (majlis perkahwinan) atau objek (contoh dapur, bilik tidur, bilik mandi, kenderaan) disusun atas sekali dan kad yang lain-lain adalah gambar objek-objek yang terdapat dalam pemandangan tu.
  • Scene ni dipilih adalah scene yang anak biasa tengok atau lalui atau minat. Objek-objek pula adalah objek yang common.
  • Boleh ambil gambar sendiri, gambar dari majalah-majalah, flyer, iklan dan lukisan sendiri yang berwarna.
  • Contoh untuk pakaian, ambil gambar wardrobe.

 

Presentation: (Untuk pertama kali)

Mula dengan gambar keseluruhan scene, tunjuk setiap kad dan bincang setiap satu kad. Pastikan guna nama yang betul. Kalau ada gambar yang anak tak kenal, namakan dan take note. Bila dah tengok semua, beritahu “Semua ni boleh dijumpai di dapur atau “Semua ni adalah haiwan liar.”

Pada hari lain, buat 3 period lesson untuk objek-objek yang anak-anak tak tahu nama.

Scope of Sequence

   
Period 1Exercise 1Buat set lain seperti presentation ikut minat/pengalaman anak-anak
Exercise 2Anak tengok kad-kad tu secara independent
Period 2Exercise 3Campurkan kad dari 2-3 set dan hamparkan. Lepas tu minta sort ikut scene/kategori masing-masing. Dah siap minta terbalikkan dan cek simbol betul atau tidak (self check)
Exercise 4Hari lain bila anak buat exercise 3 tanya "Nampak tak apa-apa yang boleh jumpa di dapur?" "Ya, apa tu?" Jadi mereka diberi peluang untuk sebut nama-nama objek. Teruskan untuk semua kad.

 

Untuk sesiapa yang nak buat classified cards sendiri boleh download template yang saya dah buat. Tukar gambar sahaja. Fail dalam bentuk power point.

Template Classified Cards

 

Rujukan lain:
Montessori Pre-Reading Activities & Cards di Our Montessori Home
Montessori Toddler Classification Cards di The Kavanaugh Report
Reading Classification di Info Montessori

Geoboard Pattern

Salah satu aktiviti untuk mengenal bentuk sambil menguatkan otot tangan adalah dengan membuat bentuk guna getah pada geoboard. Geoboard kami dibeli di USL Education. Kebanyakan task cards dalam internet pinnya 5, geoboard kami pinnya ada 11. Jadi bila print yang sedia ada, Hana confuse nak buat. Jadi terpaksalah buat versi sendiri. Klik pada imej untuk muat turun.

Akan di update dengan pattern-pattern lain masa depan.

 

Untuk yang geoboard pin 5, DIY geoboard, Antara idea-idea pattern yang boleh dibuat pada geoboard:
Geobordvormen
Simple printable untuk banyak bentuk dan pattern di Jufleontine
free-shape-printables-mjcs-16
Bentuk Asas di Mrs Jones Creation Station

Gambar ini jumpa di Pinterest, tiada sumber.

Printable Geoboard Shapes dari File Folder Fun
Geoboard STEM Challenges di The STEM Laboratory
Perimeter Area with Geoboard di Life Over Cs

Kandinsky Inspired

Untuk yang tak pandai dalam art macam saya ni, aktiviti di Teach Beside Me ni yang senang dan boleh dibuat dengan Hana (4y) dan Haris (8y). Gabungan oil pastel dan watercolor. Boleh terus buat dan cepat siap! Kertas A3 tu lipat 2 memanjang. Lepas tu lipat tiga, dapat bentuk segi empat. Saya gunting sebab nak buat sama-sama dengan Hana sambil demo pada Hana macamana nak buat. Tunjuk dulu pada Hana gambar yang Kandinsky lukis.

Tapi tak cerita pun siapa Kandinsky, cuma just beritahu kita buat macam ni nak? Huhu. Ada juga rancang untuk kenalkan artis-artis. Dalam kepala ni banyak ha plan macam-macam nak buat. Tapi masaaaaaaaaaa

 

Lain-lain sumber dan Idea:

Kandinsky Circle guna Oil pastel, WatercolorTree Collage di  Art Project for Kids
Kandinsky Inspired Concentric Circles Collage di Happines is Homemade
Artist Study on Wassily Kandinsky di Maple Tree Montessori
3 parts cards 1 & 2 di Montessori Print Shop (*harga $1 setiap satu)
Kandinksy Concentric Circles di PreK and K Sharing
Kandinksy Trees di It’s Art Day
DIY Kandinsky Felt Board di hello, Wonderful
Kandinsky for Kids 

Bentuk / Shapes

Ideas aktiviti-aktiviti mengenal bentuk:

Toddler (untuk Aqeel 2 tahun)

    • Shapes Treasure Hunt
    • Magnetic Shapes
    • Tape bentuk-bentuk atas lantai dan main!

Aqeel enjoy yang ini. Bila jumpa ada bentuk bulat dan lain-lain, dia akan datang dan tunjuk.

Preschool (Hana 4y)

Observational Drawing (Abang)

Book:
Away We Go BookDepository RM34.02 Free Delivery tapi dalam 3-4 minggu
Kinokuniya RM20.61

 

Pengenalan Membaca Jam / Introduction to Telling Time

Hana: 4 tahun

Perlu: Tahu baca nombor 1-12

Untuk Hana masa umur 3 tahun lebih camtu dah aware dengan masa dan jam (clock). Sekarang pun dia asyik tanya sekarang pukul berapa dan sendiri figure out tengok jam sekarang pukul berapa. I never actually explain to her which jarum pointing to hour or minute etc.

Banyak inspired dengan posts Telling Time di Pinay Homeschooler, kami print free 3 part card clock di website tu. Tapi sempat 3-4 kad je buat. Pastu tak nak dah. Display di shelf pun, tak pandang. Ada 2-3 kali offer pun tak nak. Ok, takpe. Ingat beberapa hari lagi kalau tak pandang juga, simpan dan cuba waktu lain pula.

Beberapa hari lepas tu, cuba yang penguin ni pula dengan bantuan jam ni masa beli di mothercare sebab 50% off.

Telling Time Activities untuk follow up.

Jadi untuk stir minat Hana, maka akan cari buku-buku ini.

Idea dari blog:
1. Clock Activities di Montessori on a Budget. (cari sand clock, dan tengok jarum jam)
2. Dari Montessori Nature:

Another way to teach concepts of time was through creating together with children daily routine. I aim to make it child-led. We discuss out routine with them and draw on the board what happens and the sequence of events. Later they help me to take photos of different parts of our day, like morning tea, outside play, Montessori time, etc. After that we create a routine chart with time attached to every part of the day.

The Sound Game / I-Spy

Level 1 Bunyi Awalan, satu objek satu masa, jadi tiada peluang untuk kesalahan (Umur 2.5)
Level 2 Bunyi Awalan, pilihan antara dua objek atau lebih. Hanya satu objek betul. (Umur 2.5-3)
Level 3 Bunyi Awalan, pilihan bahagian bilik, atau keseluruhan bilik (part of whole room) (Umur 3-3.5) : Sandpaper Letters
Level 4: Bunyi Awalan dan bunyi akhiran dimainkan di Level 2/3 sebagaimana sesuai (Umur 3.5- 4.5)
Level 5: Semua bunyi dalam perkataan dimainkan ikut Level 4 dengan mana-mana objek atau mana-mana perkataan. Objek tak perlu di ‘spied’ (Age 3.5-4.5) : Moveable Alphabet
Level 6: Pilih satu bunyi dan fikir sebanyak perkataan yang boleh yang mempunyai bunyi tu pada awal, akhir atau tengah perkataan (4.5-6)

Game ini adalah untuk Pastikan bunyi dengan BETUL! (Contoh d as in tub, bukan DUH. Sebab sekarang Hana bila baca S-a-d, bunyi Sad-uh)