Four Planes of Development

(PS: ‘Plane’ di sini bermaksud bentuk rajah yang mewakili perkembangan ni. Geometri Satah. Satah? Patut kita sebut 4 Perkembangan Satah ke?)

Melalui pemerhatian teliti dan kajian, Maria Montessori kenalpasti yang manusia melalui perubahan dan perkembangan dalam 4 peringkat. Bermula lahir hingga matang, umur 24 tahun. Ia dianggap holistik kerana merangkumi perkembangan manusia dalam akademik, spiritual, moral dan emosi. Setiap peringkat tu manusia melalui perkembangan ikut pattern yang sama; yang mana ianya berlaku secara ‘spurts’ not a slow and gradual increase.

I have found that in his development, the child passes through certain phases, each of which has its own particular needs. The characteristics of each are so different that the passages from one phase to another have been described by certain psychologists as ‘rebirths’. (Montessori, “The Four Planes of Education”, p.1, reprinted in 2004)”

Untuk lebih jelas, beliau gambarkan perkembangan seperti di bawah:


Image from: Stepping Stone Montessori School

develops first through a series of progressions followed by a series of regressions. Each stage also has a pinnacle that indicates the time when the characteristics of each period are clearly exhibited in the child. Montessori compared this progress to a “series of rebirths” (Absorbent Mind, 17).”

Dengan mengetahui perkembangan anak-anak di setiap peringkat, dapat kita ibu-ibu dan ayah-ayah bantu sediakan persekitaran yang sesuai dengan perkembangannya.

Setiap peringkat ini, ada faktor dan fokus tertentu. Pada 3 tahun pertama setiap peringkat, fokusnya adalah pengenalan, pemerhatian, indirect learning dan information gathering. 3 tahun yang seterusnya adalah untuk mengasah atau sempurnakan skills yang sebelumnya.

Ambil contoh first plane, pada permulaan setiap peringkat, perkembangan tu boleh nampak dengan ketara dan intense (0-3 tahun) sehingga kemuncak (3 tahun) dan  perkembangan tu perlahan dan kanak-kanak lebih stabil untuk bersedia ke peringkat seterusnya. Masa lahir kanak-kanak hanya mempunyai sedikit koordinasi dan penggunaan otot, tapi pada umur  3 tahun dah boleh berjalan, berlari dan lompat sedikit. Pada 6 tahun, boleh berlumba, lompat, sepak dan tangkap bola. Ya  6-7 tahun ke atas mereka masih belajar lagi untuk better control tapi ianya bukan lagi fokus utama peringkat itu. Setiap peringkat tu seperti permulaan yang baru bagi manusia, yang menunjukkan ciri-ciri, keperluan, tingkah laku yang baru.

Jika lihat carta, peringkat pertama dan ketiga tu warna hitam, kerana kedua-dua peringkat tu ada persamaan yang mana menunjukkan perubahan yang ketara dan banyak keperluan. Peringkat kedua dan keempat juga sama, mereka menunjukkan perkembangan yang lebih sihat, stabil dan kuat.

Dan pendapat sendiri untuk Haris, masa dia 6-7 tahun, boleh nampak perkembangan ketara dari personaliti, way of thinking, juga fizikal.

Secara ringkasnya, rujukan sini:

Peringkat Pertama: Bayi (0-6 tahun): Children are sensorial explorers absorbing every aspect of their environment.

  • Bercirikan “Minda Menyerap” di mana minda bayi menyerap seperti span semua yang ada dipersekitarannya.
  • Pada umur 0-3 ia berlaku secara tidak sedar
  • Pada umur 3-6 ia berlaku secara sedar
  • Bercirikan “Tempoh Sensitif” termasuklah keperluan memuncak kepada Aturan, Bahasa, Memperhalusi Deria dan Pergerakan
  • Bercirikan pemikiran konkrit
  • Pembentukan fizikal
  • Pembentukan asas peribadi
  • “Saya boleh buat sendiri!” Berdikari secara fizikal

Peringkat Kedua: Kanak-Kanak (6-12 tahun): Children are exploring their world through abstraction and imagination. They use their knowledge to discover and expand their world.

  • Bercirikan pemikiran imaginasi dan logik
  • Dahagakan ilmu dan pengetahuan
  • “Cosmic Education” – kanak-kanak ingin tahu tentang semua dan kedudukannya dalamnya dan hubungan antara semua perkara dengan manusia
  • Peralihan pemikiran konkrit ke abstrak
  • Berminat belajar tentang alam semesta dan dunia – dunia di luar dari the prepared environment
  • “Saya boleh berfikir sendiri!” Berdikari intelektual

Peringkat Ketiga: Remaja (12-18 tahun): They are interested in understanding themselves and their place in the society. They look for an opportunity to contribute to the society.

  • Bercirikan penilaian dan ambil berat tentang diri sendiri
  • Pemikiran kritis
  • Tempoh peralihan fizikal dan mental
  • Mula mencari tempat di dunia ni
  • Bercirikan pembentukan nilai-nilai sosial dan moral
  • “Erd Kinder”
  • Cultural development which has been ongoing is solidified in this plane.
  • “Saya boleh dapat pendapatan sendiri!” Berdikari kewangan.

Peringkat Keempat: Dewasa (18-24 years): as young adults, they are preparing to take command of their own lives.

  • Characterized by construction of the spiritual.
  • Conscious discernment of right and wrong.
  • Seeking to know one’s own place within the world.
  • Emotional Independence “I can stand on my own”.

Penerangan ilustrasi four planes

Sensitive Periods

Montessori juga perasan yang dalam peringkat-peringkat ni ada sensitive periods yang mana maklumat atau apa yang diajar tu diterima dan dipelajari dengan mudahnya (almost effortlessly absorbed) dan akan jadi susah untuk dipelajari kemudiannya (bila dah melepasi sensitive periods ni).

Seterusnya dalam Perlu Tahu untuk bantu perkembangan anak-anak ikut kaedah Montessori adalah Sensitive Periods

PS: Aqeel sekarang berada di 1st half of first plane, Hana di 2nd half of first plane, Haris the 1st half of 2nd plane.