Sequence Kemahiran Menggunting / Scissors Skills Sequence

Aktiviti menggunting biasanya dikenalkan kepada anak-anak mula umur 2 tahun ke atas dalam kelas Montessori dan yang mana homeschool anak-anak guna kaedah Montessori ada juga yang kenalkan lebih awal. Ikut kebolehan keseluruhan anak. Samada dia bersedia atau tidak. Gunting yang digunakan dalam persekitaran Montessori adalah gunting yang betul  tapi saiz kanak-kanak (blunt edges).

Menggunting adalah salah satu aktiviti banyak manfaatnya pada kanak-kanak terutamanya pada perkembangan motor halus kanak-kanak. Pergerakan buka tutup masa menggunting ini menguatkan otot tangan yang mana ianya penting untuk kebolehan menulis.

Antara faedah menggunting:

  • Kemahiran motor halus; pergerakan buka tutup masa menggunting tu menguatkan otot tangan
  • Kemahiran koordinasi tangan dan mata di mana kanak-kanak memegang kertas di sebelah tangan dan menggunting menggunakan tangan sebelah lagi dan menggunakan mata untuk track pergerakan gunting.
  • Kemahiran koordinasi bilateral; pengggunaan kedua-dua belah badan (kiri dan kanak) pada masa yang sama tapi tugas yang berbeza! Contoh, menggunting bentuk bulat di kertas, kanak-kanak perlu pegang kertas dan pusingkannya dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi buka tutup gunting dan menggunting ikut garisan.

Aktiviti awal (prerequisite) yang boleh membantu sebelum kenalkan aktiviti menggunting pada kanak-kanak adalah transferring activity menggunakan pengepit (tongs), atau hole puncher, untuk kuatkan tangan dan membantu pergerakan buka tutup gunting.

Macamana nak tahu anak belum sedia guna gunting dan kita kenalkan terlalu awal?

  • Bila mereka gunakan dengan tidak sepatutnya.
  • Bila mereka gunakan kedua-dua belah tangan untuk menggunting.
  • Bila mereka tak ikut arahan keselamatan gunakan gunting.

Cara nak kenalkan:

Sediakan kertas tebal (cardstock) (saya guna 180gsm-230gsm) (guna kertas tebal sebab masa pegang tak lembik jatuh-jatuh mudahkan bagi anak-anak).

Potong kertas panjang-panjang seinci lebar. Tunjuk kat mana dia perlu letakkan jari-jari dia, kita pegangkan kertas dan tolong bukakan gunting dan dia akan snip atau boleh juga kita sama-sama gunting dengan dia. Masa demo perlu tunjukkan dengan perlahan, kita tidak bercakap banyak (minimal words) dan pause antara setiap step.

Contoh:

“Ini gunting, dan mama akan tunjuk macamana nak gunting.”

“Pegang gunting macam ni.” Ambil gunting dan masuk jari perlahan-lahan. (Buat gerakan buka tutup gunting.)

Pause.

Say, “Open.”¬† Buka gunting dengan perlahan.

Pause.

“Close.” Tutup dengan perlahan.

“Ini kertas.” (Tunjuk cara pegang.) “Gunting kertas macam ni.” Tunjukkan cara menggunting dan pause antara setiap step.

Jika beberapa kali dia masih lagi tak menggunakan dengan betul, put it away. Dia belum sedia dan ada je kanak-kanak yang belum confident guna gunting hingga umur 4-5 tahun. So, it’s OK! Follow the child.

Sequence Menggunting

Mula dengan 1 inch strip kosong (tak perlu garis) –> bila dah mahir baru garis-gariskan straight lines yang tebal pada strip, minta dia gunting ikut line –> line nipis (thin lines) –> kertas yang kurang berat

Mula dengan 1 snip (1 inch) –> lebih dari 1 snip –> dan satu kertas penuh

Pegang gunting dengan betul –> Snipping –> Cutting straight lines –> diagonal –> zigzag –> curves –> waves –> spirals

Selain kertas boleh juga guna benang, yarn, playdough, kertas foil, pelbagai jenis kertas, rumput-rumput, daun-daun yang dikutip di luar, straw, dan lain-lain lagi.

Printable pattern untuk gunting boleh download di sini:

Paper Cutting di JMJ Publishing

Montessori style cutting box with free printable patterns