Montessori Notes

Sensitive Period for Order

“A very important and mysterious period is the one which makes a child extremely sensitive to order. This sensitiveness appears in a child’s first year and continues on through the second. It may seem to us slightly fantastic that children should have a sensitive period with respect to external order, since it is a common opinion that children are disorderly by their nature.”

Dalam pemerhatian Dr Montessori, pada zamannya tu, kanak-kanak dibesarkan dalam persekitaran dewasa (dan sekarang pun, tapi kesedaran terhadap early childhood ni makin meningkat). Bila baca tu, sangat boleh relate, sebab masa kecil biasa kita dengar dari mak ayah, penjaga atau orang dewasa di sekeliling kita cakap “Jangan sentuh tu nanti pecah! (hiasan-hiasan kaca dalam rumah). “Jangan panjat tu nanti jatuh!” (nak naik kerusi meja makan.) Even diri sendiri pun when I was teenager pun I had to care for nephew and niece pun cenggitulah. Jadi seperti yang dikatakan oleh Dr Montessori di atas, memang kita fikir kanak-kanak ni “disorderly by nature”. Tapi Dr. Montessori fikir sebaliknya. Yang mana, dalam pemerhatian beliau, kanak-kanak ni mula sensitive period pada order sejak dari lahir lagi! Bila sensitive period for order ni tidak dipenuhi, mereka akan respon dengan tantrums, nangis berterusan dll.

Contoh pemerhatian beliau yang beliau ceritakan dalam buku “The Secret of Childhood“:

Seorang bayi yang berumur lebih kurang 6 bulan, berada dalam biliknya. Dia dah biasa melihat aturan sekitar biliknya. Satu hari seorang wanita masuk ke dalam bilik tu dan letakkan parasol atas meja. Bayi tu mula gelisah dan mula menangis bila melihat beberapa ketika pada parasol tu (dan bukan menangis bila melihat pada wanita tu). Wanita tu ingat bayi tu nakkan parasol tu jadi dia pun ambil dan cuba beri pada bayi tu, tapi bayu tu tolak dan menjerit. Wanita tu memujuk-mujuk bayi tu tapi raungan masih kuat. Apa yang perlu dia buat? Tiba-tiba ibu kepada bayi tu dapat rasa apa yang bayi nak, bangun, dan ambil payung tu dan bawa keluar ke bilik lain. Dengan serta merta bayi tu tenang semula. Penyebab bayi bertindak begitu adalah kerana payung yang ada di atas meja tu; objek yang tetiba datang terjah dan kacau memori patternnya terhadap susun atur bilik tu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.