Pouring / Menuang

Aktiviti menuang adalah antara aktiviti asas Montessori dan antara yang mula-mula dikenalkan pada kanak-kanak.

Kenapa aktiviti menuang?

Banyak aktivti harian di rumah yang melibatkan menuang seperti tuang air ke dalam gelas untuk minum, tuang susu ke dalam mangkuk untuk makan cereal, memasak, siram tumbuhan dan lain-lain. Mereka cenderung untuk ikut apa yang dewasa di sekeliling mereka buat (kita mak-mak), jadi mereka sangat suka aktiviti ni!

Ia juga adalah satu langkah awalan ke arah mereka berdikari seperti menuang air sendiri untuk minum; mereka boleh ambil sendiri dan tuang sendiri minuman bila-bila mereka mahu.

Dan jangan fikir aktiviti menuang, hanya sekadar menuang. Banyak proses sebenarnya terlibat dari aktiviti yang simple ni. Cara pegang handle guna pincer grip – prepare untuk menulis. Angkat dan support dengan tangan sebelah lagi supaya bantu control pergerakan supaya tak tuang terlalu laju – self control, bila menuang dari mulut ke mulut, eye-hand cooordination. Mereka juga perlu tahu bila perlu berhenti supaya tak tumpah. Semua ni memperhalusi kemahiran motor halus mereka.

Aktiviti menuang ni bantu kanak-kanak develop:

  • ke arah kemahiran hidup seharian
  • order
  • concentration
  • coordination
  • independence

Sequence

Ada sequence untuk buat aktiviti ni. Montessori thoughtfully designed semua aktivti ada sequence supaya kanak-kanak bermula dengan yang paling mudah untuk mereka mudah berjaya buat yang mana akan tingkatkan self confidence mereka.

Aktiviti ni mula dengan guna bahan yang besar dahulu, contoh kacang kering yang besar, kemudian beras atau pasir. Saiz pitcher pun jadi peranan. Pelbagai jenis pitcher digunakan untuk tambah challenge dan juga untuk tarik minat kanak-kanak untuk terus buat. Bagi mereka berlatih beberapa kali hingga OK sebelum ke step seterusnya yang lebih mencabar.

Kenapa bahan kering dulu?

Sebab macamanapun akan tumpah kalau tuang air. Jadi dengan mula dengan bahan kering, kanak-kanak boleh berlatih kemahiran ini dengan mudah. Bila tumpah senang untuk mereka kutip semula. Mengutip bahan yang tumpah ni pun, melibatkan banyak kemahiran! Pincer grip, eye hand coordination, order. Mereka juga biasakan diri dengan kemaskan semula jika tumpah.

Peringkat pertama – guna pasta atau beans besar

Peringkat kedua – lentils atau beras

Peringkat ketiga – air

Container pula boleh cari di kedai dapur, cari creamer atau milk pot. Atau di @baytzuhrshop

Kerusi dan Meja Kanak-Kanak

Dah lama terfikir nak beli meja dan kerusi untuk Aqeel. Yang ada sekarang pun OK, tapi rasa cam nak lagi satu meja dan kerusi khas untuk snacking. Ini belum ada. Bila Aqeel ambil sendiri makanan, dia hanya ada tiga pilihan untuk makan, di meja aktiviti (yang akan berserabut bercampur-campur dengan bahan aktiviti), meja makan yang tinggi, atau lantai. Jadi fikir memang perlu ada satu tempat khaslah untuk snacking atau makan, supaya I don’t have to go around the house picking up crumbs and plates. Bila ada tempat khas, hopefully boleh pupuk makan dan kemas, please.

Kerusi yang dipilih mestilah sesuai dengan ketinggian anak-anak, yang mana bila mereka duduk, tapak kaki tu flat cecah lantai.

Gambar dari: Physifun (sila buka dan baca macam-macam tips lagi)

Sebab tu dalam kelas tulen Montessori, kita boleh jumpa kerusi yang pelbagai ketinggian sesuai untuk ketinggian bagi kanak-kanak 3-6 tahun!

Tips dari website Kidzoccupationaltherapy.com:

The first thing to look at when assessing a child’s workspace is how they are sitting on their chair. Think 90-90-90. Ninety degrees of hip flexion, ninety degrees of knee flexion, and feet flat on floor with ankles at a ninety degree angle. The desk surface should be at about 2-3 inches above their elbow (measure when elbow is bent down along the side of their body) and their shoulders should be relaxed.

Di website Manine Montessori ada carta ketinggian meja dan kerusi yang disarankan untuk umur-umur tertentu.

So now I need three different table and chairs! Tapi meja aktiviti ni kerusi dan meja dah sesuai dengan Hana. Cuma Haris dengan Aqeel jelah.

Setakat cari-cari meja kayu untuk saiz Aqeel dan warna natural wood tak mencapap hanya di IKEA.

Harga pun affordable RM79 with 2 chairs. Now, kalau tinggi boleh je gergaji dan potong. Sama macam kebanyakan ramai Montessori mom di luar sana buat.

Dan untuk Haris pun ada meja yang adjustable dari IKEA juga! Harga agak mahal, tapi boleh pakai lamalah juga kan sebab adjustable! Berkenan sangat.

 

Ataupun ada manufacturer dan brand di luar sana yang keluarkan adjustable meja dan kerusi. Boleh google children ergonomic table. Kebanyakannya saiz kanak-kanak sekolah rendah ke ataslah.

Moontessori Tripod/Triangle

3 komponen penting dalam jayakan Montessori. Saling berkait antara satu sama lain. Semua sama penting. Kalau rasa cam kenapa nak buat Montessori ni tak jadi? Take a step back and review each one. Environment semua dah prepare, are we ourselves prepared? Diri kita dah prepare, tapi adakah environment tu prepared? Tapi ikut pengalaman biasanya jatuh pada diri sendiri yang tak prepare. 😂 Masa gi training hari tu, banyak praktikal yang kami perlu buat dan role play. Role play teacher yang paling payah. Setiap ayat dan perkataan yang trainer guna, flow conversation dengan kanak-kanak. Rasa cam perlu ada course khusus pula untuk tu. (In my case, sekarang ni semua ke laut 😩)