• Montessori,  Montessori Notes

    Mielination dan Kaitannya dengan Perkembangan Bayi

    Mielination ni menarik. First time dengar terms ni masa training. Ni kira terms medic dah ni, tapi penting untuk tahu dan faham perkembangan kanak-kanak terutamanya peringkat bayi. Ianya banyak berkait dengan development of movement kanak-kanak, particularly pergerakan voluntari (yang boleh dikawal). (*saya bukan doktor dan pakar dalam bidang ni, hanya nota dari apa yang dibaca. Kalau salah sila betulkan.)

    Mielin ni merujuk kepada sarung mielin yang menyelaputi sel saraf/neuron. Sarung ni dibentuk oleh tisu lemak otak menyelaputi axon. Tugasnya adalah untuk melindungi signal/mesej-mesej yang disampaikan dari pelbagai otot dalam badan dan memastikan pergerakan signal maklumat laju dan berkualiti.