Materials,  Mathematics,  Montessori

DIY Montessori Addition Strip Board Pt. 1

 

Minggu lepas mula kenalkan Hana dengan Addition Strip Board. Salah satu tujuan material ni adalah untuk memorisation of math facts dan ke arah abstraction. Note that, sebelum material ni digunakan, kanak-kanak dalam kelas Montessori telah terlebih dahulu didedahkan dengan keempat-empat operasi (tambah, tolak, darab, bahagi); untuk faham konsep dan static & dynamic addition. Lihat di sini untuk lihat secara ringkas bahagian dan sequence Matematik dalam Montessori. 

Nota: Setiap presentation tak dibuat sekaligus. Biarkan anak-anak ulang sehingga mereka nampak selesa buat (tak struggle, faham) baru buat presentation seterusnya, you’ll know. Ini adalah sequence material ini digunakan. 

Montessori Addition Strip Board

Umur: 5 tahun ke atas

Tujuan: Beri semua combinations dalam operasi tambah dan hafal fakta matematik

Presentation #1

Materials:

Saya print pada kertas tebal 210gsm dan tampal pada mounting board. Strip biru dan merah tu print kertas tebal dan laminate. Tapi macam licin. Hana susah nak susun asyik gerak jadi timbulkan unnecessary frustration. Mungkin perlu tampal pada mounting board juga?)

Saya print beberapa set sebab biasanya bila dah habis buat satu mereka akan minta lagi nak buat. Buat banyak kali bantu hafal.

 

  • Tunjuk addition strip board dan kira nombor pada board. Sampai 10, tunjuk garis melintang warna merah yang selebihnya dari garis ni adalah lebih dari 10. Nombor-nombor di atas ni adalah jawapan.
  • Susun strip; warna biru sebelah kiri, warna merah sebelah kanan. Susun seperti dalam gambar, berbentuk tangga, 9 di atas.

(Notice biru hanya ada nombor di hujung untuk nombor sebelah kiri dalam operasi manakala merah ada petak-petak, untuk nombor sebelah kanan dalam operasi; penambah. Perasan tak how it bridge to abstraction (mencongak)? Biasa mula-mula kanak-kanak nak menambah mereka akan kira satu-satu dari mula, strip biru tiada petak terus mula dengan nombor dan sambung kira tambah seterusnya. Faham apa yang saya cuba sampaikan? )

  • Tunjuk dahulu pada mereka, contoh, 3 + 5, ambil strip biru 3, letak, dan ambil strip merah 5 sambung. Tunjuk di penghujung strip warna merah berada di petak nombor di atas, itu adalah jumlah. Sebut, 3 + 5 = 8. 
  • Seterusnya ajak mereka cuba. (Galakkan mereka sebut.)
  • Untuk yang suka menulis, boleh sediakan kertas dan rekod operasi yang mereka buat. 
  • Biarkan mereka buat beberapa kali.

Kemudian,

  • Kenalkan buku kecil operasi tambah. 
  • Kita buat problem yang pertama. Sebut, 1+1= 2 dan rekod jawapan dalam buku kecil. 
  • Seterusnya mereka buat.

  • Jika mereka dah habis buat operasi tambah 1, boleh kenalkan carta #1 dan tunjuk macamana nak check sendiri jawapan.

  • Ulang dan sambung buat untuk mukasurat seterusnya.
  • Bila mereka dah habis buat buku kecil ni boleh ke peringkat seterusnya. 
  • *Mereka juga boleh buat sendiri booklet math facts ni dan decorate ikut kreativiti mereka.

Presentation #2

Materials:

Cara-cara:

  • Minta mereka ambil satu addition slip dan minta bacakan.
  • Minta mereka buat di strip board dan rekod operasi di kertas.
  • Cek jawapan di Carta 1.

Presentation #3 : What Makes 10?, The Commutative Law, Control Chart #2

Bahan-bahan: 

  • Addition Strip Board
  • Control Chart #1
  • Control Chart #2 (Download dari Montessori Album)
  • Kertas-kertas kecil sebesar petak Control Chart #1

Cara-Cara:

  • Beritahu kita nak buat semua operasi tambah yang jawapannya 10.
  • Letak strip biru 9 dan strip merah 1. Biarkan atas board.
  • Sambung buat atau ajak mereka buat.
  • Rekod operasi dan check dengan Control Chart #1.

  • Tunjuk kombinasi nombor yang sama/terbalik contoh 9+1, 1+9.
  • Salah satu alihkan ke bawah (luar board)
  • Buat sehingga tiada lagi kombinasi yang sama. 
  • Mereka boleh ulang dengan buat kombinasi untuk nombor-nombor lain. Make ways for 9, 13, 15.

Kemudian,

  • Ambil Control Chart #1 dan cari kombinasi yang sama dan tutup dengan kertas kecil atau cross-outkan.
  • Buat hingga tiada lagi kombinasi yang sama.
  • Tunjuk Control Chart #2 dan bandingkan. 

Hana check satu-satu betul tak.

  • So dari sekarang bila mereka buat latihan guna addition slip ni guna Control Chart #2 untuk cek jawapan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.