Elementary,  Great Lessons,  Montessori

Follow Up Great Lesson 3

My poor attempt to cerita History of Hands. Huhu yang telah ditranslate dan ikut bahasa sendiri untuk cerita pada Haris dan Hana.

Allah cipta manusia ada tangan. Ada satu hadiah yang Allah beri tak sama dengan haiwan-haiwan. Allah beri manusia ibu jari yang boleh gerak ke arah jari-jari yang lain. Allah juga beri manusia otak yang boeh berfikir, bertanya dan imagine. Jadi sejarah manusia adalah cerita tentang bagaimana manusia guna 2 hadiah yang Allah beri ini untuk mereka buat tempat berteduh, pakaian, alat-alatan dan lain-lain.

Manusia zaman dahulu mungkin tengok arnab guna kuku dan kaki mereka gali rumah mereka. Manusia pada masa itu mungkin fikir tangan mereka tidak kuat untuk gali tapi boleh ambil batu dan gali. Kemudian manusia fikir cara untuk ‘ingat’. Dengan menggunakan tangan, manusia cipta penulisan sebagai alat untuk rekod supaya orang lain boleh baca.

Sebelum adanya penulisan, rekod utama bagaimana manusia hidup pada zaman dahulu adalah dengan melihat senjata, alat-alat, pottery dan sebagainya yang mereka telah buat dengan tangan. Tetapi disebabkan mereka mencipta penulisan, kita boleh banyak tahu bagaimana mereka menjalani kehidupan mereka, apa yang mereka cipta, apa yang mereka fikir, rasa dan kepercayaan.

Bila kita belajar sejarah, kita kaji tentang artifak yang ditinggalkan oleh manusia dulu. Ahli arkeologi akan gali dan menjumpai artifak-artifak di dalam tanah. Mereka menggali selama bertahun-tahun sebelum jumpa artifak-artifak ini.

Aktiviti 1: Boleh buat aktiviti mencari artifak. Hanya perlukan pasir dan ‘artifak’. Tunjuk how to carefully search, bersihkan dan rekod.

Aktiviti 2: Tape ibu jari pada tangan dan minta anak-anak cuba tulis, makan dan lakukan aktiviti seharian mereka. (Pentingnya thumb.)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.