Montessori,  Montessori Notes

Apa itu Montessori Album?

Bila cari tentang Montessori actvities etc, akan come across perkataan Album. “Sila refer montessori album etc.”

Practical Life Album yang kami perlu siapkan sekarang. Kena buat dari scratch.

Montessori Album adalah sebenarnya “Buku rujukan” oleh cikgu-cikgu (seterusnya akan dipanggil sebagai guide) Montessori yang disediakan di dalam training mereka. Boleh juga dilihat sebagai manual, bagaimana nak present setiap aktiviti kepada kanak-kanak. ‘Presentation’ di sini adalah perkara penting di dalam persekitaran Montessori.

Presentation cannot go wrong, perlu ikut sequence tertentu, perlu ikut order, perlu konsisten sebab kanak-kanak akan melihat presentation ini kebanyakannya sekali sahaja dalam hidup mereka, dan mereka akan ikut dan berjaya melakukannya. Jika tidak berjaya, guide samada mungkin present keseluruhan presentation atau hanya emphasis bahagian mana yang kanak-kanak struggle.

Di dalam training, calon-calon guide akan melalui proses ditunjuk presentation oleh trainer, mereka perlu ambil note dan tulis semula proses yang berlaku, dalam ayat mereka sendiri, untuk mereka faham supaya mereka boleh rujuk kemudiannya bila mereka perlu. Selain tulis setiap langkah presentation, mereka juga perlu lukis illustrasi setiap presentation atau materials supaya mereka dapat memahami mendalam lagi. Jadi, montessori album ini sebenarnya sangat personal.

TETAPI, saya juga dari latar belakang homeschool. What homeschoolers do, kami kebanyakan masanya tiada akses kepada training dan jika ada pun diluar kemampuan. Jadi kami banyak rujuk kepada Montessori album free online. I myself would spend days looking into various albums and watching countless presentations. Jadi perasan tak, bila kita tengok beberapa albums ada kadangnya steps itu sedikit berbeza? Tapi secara kasarnya flow sama. Saya biasa akan buat, copy paste dalam word, praktis, dan tukar beberapa steps ikut style saya yang senang dan personalise kepada keadaan dan kemampuan anak-anak saya.

Album-album free online yang biasa saya rujuk adalah:

Untuk 3-6 tahun:

Untuk 6-9 tahun:

Saya juga pernah beli album Matematik dari KHT Album dan agak menyesal juga beli. Hanya presentations tiada illustrations jadi agak susah untuk hadam jadi saya tak rekemen.

Untuk tahu lebih mendalam saya juga banyak belajar dari Margaret Homfray’s video di Youtube. Margaret Homfray dilatih directly oleh Dr Maria Montessori.

Next saya akan ceritakan komponen-komponen di dalam setiap satu presentation.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.