Aqeel,  Elementary,  Hana,  Haris,  Language,  Primary 3-6

Capitalisation

Perasan yang Haris perlu banyak lagi latihan berkenaan capitalisation. Maka researchlah saya macamana kaedah Montessori kenalkan dan aktiviti-aktiviti untuk ini.

Saya buat untuk Aqeel, Hana dan Haris. Aqeel (3-6 tahun berbeza approach).

Aqeel

Untuk Aqeel, mula-mula sediakan beberapa ayat. Setiap ayat ada dua set. Satu set yang betul dari segi huruf besar dan titik (yang diwarnakan dengan pen merah). Satu lagi set yang semua huruf kecil dan tiada titik.

Saya ajak dia untuk buat aktiviti ni. Saya ambil satu kertas yang salah dan bacakan dalam satu nafas. Aqeel tengok saya dengan pelik. Saya kemudian, keluarkan lagi satu kertas versi betul dan baca. Dia pun perasan dan cakap. Oooo, takde titik! Saya teruskan baca sampai habis. Saya terangkan tentang huruf besar. Setiap kali mula ayat baru, gunakan huruf besar. Lepas titik guna huruf besar. 

Ayat yang lainnya saya ajak dia cari kesalahan dan dia boleh tengok strip yang betul tu untuk check. One thing yang saya perasan masa dia buat, yang dia akan baca dua kali, satu yang salah, dan dua baca balik yang betul tu untuk cari mana yang dia kena betulkan. 

Cuma satu je ralat, sebab saya tulis tangan banyaklah kesilapan dari pihak saya! Bila tulis tu ada besar ada kecil jadi kedudukan ayat tu ada yang berubah. Jadi sangat menganggu sensitive period for ordernya! 

Memang agak terganggu, tapi nasib baik dia punya nak tahu tu lebih mengatasi jadi habis semua ayat yang saya buat tu dia buat. Dia minta nak buat lagi, tapi sebab dah tak ada, saya cakap esok mama buat lagi.

Esoknya saya sediakan set yang lain pula untuk Aqeel buat. Kali ni 2 ayat bahasa 2 ayat English dan kandungannya reka sendiri ikut pengalaman Aqeel supaya dia rasa best dan relevan untuk baca. Kali ni saya minta dia buat dulu sendiri. Tapi tak boleh sebab dia tak tahu mana nak berhenti. Jadi saya bacakan ayat. Part mana saya berhenti dia akan titik dan automatik buat bulat untuk huruf besar. Bagus juga saya fikir untuk dia sedar secara tak langsung cara tulis ni!

Kalau saya rajinlah saya akan buat latihan ni tiap-tiap hari. 

Hana & Haris (Elementary)

Untuk Hana dan Haris saya sediakan buku capitalisation rules yang mana dalam tu ada 11 rules. Saya tahu standardnya 8, tapi saya ikut Album yang saya guna. 

Rules

  • Names of person
  • I
  • Calendar Items (bulan, hari, hari istimewa dalam kalendar contoh hari raya)
  • Geographical Locations: continent, countries, state, city, street
  • Proper nouns & proper adjectives
  • Names of organisations, business firms, institutions, government bodies
  • Names of nationalities, races, religions
  • Brand names
  • Names of ships, planes, monuments, awards & particular places
  • First word in any sentence
  • First word of a direct quotation

Hana first day saya kenalkan dua rules dahulu. Haris terus 4 rules yang mana kebanyakannya dia dah tahu. Dah sama juga macam Aqeel, saya sediakan strip ayat untuk mereka check. Macam proofreading. Bila dah cover semua rules akan dibuat command cards. Nak letak gambar di sini pun segan, sebabnya…. tak cantik sebab handmade! Haha. Nantilah saya ambil gambar dan listkan rules2nya di sini. 

NEXT: Punctuation (https://montessori123.com/products/punctuation-stories?variant=16577004869)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.