6y,  Aqeel,  Mathematics,  Montessori

Unit Division Board

Unit Division Board adalah material konkrit matematik untuk operasi bahagi. 

Sebelum diperkenalkan material ini kepada kanak-kanak, mereka sudah terlebih dahulu faham dengan konsep bahagi, iaitu, bahagi adalah bila kita kongsi sama rata/sama banyak. Konsep ini diperkenal dengan menggunakan Golden Beads di bawah Group 2: Decimal Systems dan seterusnya dengan Stamp Game. 

Unit Division Board digunakan untuk kuatkan lagi pemahaman mereka tentang konsep operasi ini dan alat untuk membantu mereka menghafal fakta matematik bahagi. 

 

Perlukan:

Seperti di dalam gambar di atas, kita memerlukan board seperti di atas. Saya punya hanya beli yang home version seperti di sini: Multiplication & Division Board. Perlu sediakan extra mangkuk kecil untuk letak beads yang nak dibahagi dan printed kertas seperti di atas untuk rekodkan Division Table. 

Selanjutnya macamana nak present, boleh lihat di infomontessori.com. Aktiviti ini adalah untuk kanak-kanak biasanya bermula dari 5.5 tahun-6 tahun. Hanya selepas mereka dah mahir lesson-lesson yang sebelum ini. Kalau tengok ditepi infomontessori.com tu, yang group-group di atas itu. 

Pengalaman kami:

Saya tak pernah pun sentuh atau guna division board sehinggalah tahun lepas, mula dengan Hana, selepas dah cover lesson ni dalam training. Salah satu yang saya belajar dari training, yang lain dari saya self study sebelum ini adalah, kanak-kanak perlu buat Division Table ini bermula dari 81 hingga 1. 81 itu beads yang kita nak bahagi. Jadi table tu; kanak-kanak kena cari 81 bahagi 9, 81 bahagi 8, 81 bahagi 7 dan seterusnya. Mereka akan rekodkan sekali dengan baki. Masa buat dengan Hana, terhenti setakat 70 lebih camtu then dia tak nak buat dah. Mungkin leceh nak go through satu-satu. 

Sehinggalah beberapa minggu lepas, Aqeel tunjuk minat terhadap operasi bahagi. Dia sebelum ni dah buat operasi ni dengan Golden Beads dan Stamp Game. Jadi saya cubalah intro Unit Division Board ni pada dia. Walaupun leceh juga, agak sedikit frustrated sebab seorang kanak-kanak yang berumur 6 tahun yang dah lepas Sensitive Period pada movement dan tak suka benda yang banyak repetition ni, handling small beads.  😆 Agak mencabar untuk tidak jatuhkan, tidak tersentuh beads2 kecil di lubang masing-masing. Tapi overtime, dia lebih berhati-hati control jari jemari dia dan pergerakan dia. 

Pada mulanya dia buat seorang, then kakaknya tengok nak join sama. Maka mereka buatlah sama-sama dengan end goalnya nak siapkan sampai 1! Mereka dapat siapkan dalam masa 2 minggu. Untuk Hana, overall aktiviti ni dapat kuatkan lagi pemahamannya terhadap operasi bahagi, beberapa fakta dapat dia ingat. Untuk Aqeel, kuatkan pemahaman terhadap KONSEP bahagi. 

Setelah selesai, pada hari yang lain, mereka kena cari dalam setiap Division Table ini, mana equation yang tiada remainder. Mereka perlu underline dengan pensil warna merah dan rekodkan dalam sekeping kertas yang lain. Akhirnya mereka check equations ni semua dengan Division COntrol Chart. Nampak tak banyak repetition berlaku. 

Jadi, ini adalah essential combination yang mereka akan hafal (proses hafal adalah melalui repetition dengan charts). Boleh lihat journey di sini, Instagram Highlight – Division. 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.