Book: Applying Sun Tzu’s Art of War in Managing Your Children

Applying Sun Tzu’s Art of War in Managing your Children

Dalam banyak-banyak points yang ditulis dalam buku ni, ada beberapa point yang menarik dan boleh di apply diri sendiri:

  • Don’t give them the wrong signals

    Discipline is best enforced through educating your children by telling them “what’s right and what’s wrong.” To scold or punish should be considered only as a last resort.

    Bila apa yang dia buat tu tak OK, beritahu yang dia buat tu tak OK bukan biarkan je. Bila biarkan je anak akan rasa boleh buat camtu. Rasanya nampak banyak berlaku di luar sana terutamanya bila apa yang anak dia buat tu menyusahkan orang lain. Bukan marah, tapi nasihat. Apa yang tak OK dan kesan dari apa yang dia buat.

  • Keep temper out of your discplinary attempt
      • Scold or punish WITHOUT temper as a last resort.

    Sorang budak tak sengaja jatuhkan mangkuk porcelain yang mahal, pecah seribu, dan ibunya yang terkejut dan kecewa menahan dirinya dari menjerit marah. Sebaliknya dia dengan tenangnya beritahu anaknya yang dalam ketakutan tu, dia sekarang perlu tahu dan belajar dari kesalahan. Dia ajar anaknya guna kertas pasir dan tumpulkan bahagian tajam dan gamkan semula. Bila dah siap mak dia beritahu walaupun dah tak boleh guna tapi letak dalam bilik kamu sebagai ingatan atas kecuaian kamu yang menyebabkan mangkuk yang cantik dan mahal ni pecah.”

  • Assign some suitable responsibilities to your child
    • Setiap anak ada tugas masing-masing dalam rumah. Kat dalam rumah beri kerja ikut umur dan minat. Contoh ada anak suka memasak beri tugas bantu ibu masak, anak yang suka baiki2, tugas dia baiki dan buat kerja maintenance rumah dan yang muda-muda buat kerja-kerja mudah, set up meja makan, buat air etc.
  • Avoid head-on clashes (yang ni dalam buku dia tujukan kepada remaja tapi rasanya boleh apply untuk umur Haris)
    • Bila apa yang dia buat tu membuatkan kita marah, atau kedua-dua kita dan anak kita tengah emotionally high (yang mana dia akan sangat defensive), kita yang break off dulu. “I’ll talk to you later, I have a meeting now.” Tak ada guna juga untuk yakinkan dia sebab masa tu dia takkan dengar juga cakap kita.
  • Do the unexcpected & win over your teenager without suppresion
    • Bila dia buat sesuatu yang dia expect kita akan marah, kita humor instead. This will leave them startled and eventually slowly they improve or reflect on it. Contoh yang dia bagi anak balik lewat malam, dia tunggu, anak dia expect dia marah tapi instead dia ajak minum coffee dan dia dapat rasa anak dia dah tense up dan bersedia untuk menjawab (you know macam kita dulu-dulu juga. uhuk.) Ayah dia buat cam takde pape berlaku dan masuk bilik masing-masing. Anak dia kat rumah selama 2 hari lepas tu, dan hari ketiga bila dah guard down barulah ayah dia slowly beritahu dia punya concern. Yang dia risau safety anak dia keluar malam-malam sampai dia tak boleh tidur. Anak dia minta maaf dan walaupun dah balik kolej, anak dia tak lagi balik tengah-tengah malam.

Ending Sounds

Bermula minggu lepas sekali lagi cuba praktis lagi untuk Hana aware dengan ending sounds. Quoting post di Instagram 21/7/2017.

Hana di stage 4 i spy. Aware dengan ending sounds. Byk kali dh cuba sebelum ni tapi asyik guna ending sound jadi beginning sound. Jumpa tips guna beginning sounds sama dan ending lain. Set sebelum book, ball dan basket. Bila minta “I spy with my little eye something that begins with b and end with k” dia akan sebut “k k k kbook” jadinya. Huhuhu. Lepas tu baru slow2 dia nampak kot. She has tendency untuk sebut, mungkin sebab tu jadi susah. Jadi minta dia tunjuk je. Lepas tu baru ok. Set 2 ni masih guna beginning yang sama ending beza. Dan makin smooth.

Untuk latihan pengukuhan, kami guna ending sound cards dari Montessori Print Shop. 

Yang ini lebih kepada Pink Series ending sounds yang semuanya three letters objects tapi sebenarnya perkataan panjang pun boleh. Yang mana beberapa hari lepas tu masa tengah rehat-rehat tu kami main-main animals figurines, lepas tu secara spontan buat I-Spy. Elephant, Giraffe, Starfish, Sheep etc.

Latihan lain kami buat:

Worksheets dari This Reading Mama.


Ending Sound Sorting di Montessori for Everyone

Cambodia

Cambodia seems unpopular sebab tak banyak sources online untuk kanak-kanak yang jumpa.

Cambodia Facts and WikiKids
Facts and short video introduction on Cambodia at Lonely Planet

Dalam buku notebook Geography tentang Cambodia, kami sertakan:

Bendera dan Pakaian Tradisional Cambodia di education.com (perlu daftar dan dapat download free)
Cambodia Books for Kids

Print beberapa page dari A Travel Guide & Activity Book Cambodia for Kids! Best sangat. Berbaloi dengan harga.

Map google jer. 😀

 

 

Introduction to Fractions

Pengenalan kepada pecahan! Bunyi susah kan untuk budak 4 tahun? Tapi dalam Montessori, pecahan dikenalkan pada awal usia. Pengenalannya simple je, untuk memberi pengenalan pecahan itu adalah sebahagian (equal parts) daripada keseluruhan. Kalau tengok banyak dalam aktiviti harian yang libatkan pecahan. “Hana, bagi biskut separuh pada Aqeel.” Potong buah pisah separuh, potong suku-suku. Lipat kain. Jadi dalam Montessori ada apparatusnya khusus untuk pecahan.

Tapi kosnya mahallah. Sekali lagi, untuk Montessori di Rumah, tak perlu dengan apparatus. Bagi saya cukup dengan konsep dan DIY. Kalau boleh afford dan cukup space, then go ahead. Sebab apparatus Montessori yang bestnya bukan hanya boleh guna untuk satu peringkat ni je. Contoh fractions ni, banyak guna untuk peringkat Elementary.

Dalam buku Gettman, dia dah sortkan peringkat-peringkat (scope of sequence) untuk kelima-lima subjek. Bila assess semula ada subjek yang Hana di peringkat 1, ada peringkat 2, ada peringkat 3. Untuk matematik Hana di peringkat 4. Sambil tunggu beads material sampai (sebab berbulan-buan tak boleh proceed dengan math sebab nak jugak tunggu cukup duit beli beads 🙄) baca-baca eh Hana dah boleh cuba intro fractions! Maka satu malam semalam study untuk fractions. (Lepas tu baru layan drama okay) Uhuk. Biasalah bila semua Diy kena cari mana printables yang elok yang jimat yang memenuhi fungsi. Tapi semua printables yang ada warna merahhhh. Nak jimat ink, last-last kena buat sendiri jugak print atas kertas merah je. Ha. Dari pagi sampai ketengahari pulaklah menyiapkannya. Kebetulan my cousin, 1 year older dari Hana datang, jadi boleh siapkan dengan tenangnya. Biasa bila cousins datang mama dah jadi macam invicible man. Tapi presentationnya kejap je, tak sampai 10 minit.

DOWNLOAD black and white labeled fractions here.

Mula-mula semua circles di tray. Ambil yang penuh beritahu “This is one whole.” Letak. Ambil yang separuh, “This is one half.” Minta cari lagi satu one half. Lengkapkan beritahu 1, 2 halves jadi one whole. Minta letakkan 2 halves tadi atas one whole. Sama tak? Sama. Macam pizza, hana dan mama nak makan, jadi potong dua sama banyak, Hana dapat satu (beri one half pada hana) mama dapat satu (one half lagi pada mama) Teruskan sehingga 1/4. Lepas tu Hana dan Dhia buat sendiri.

Beli puzzle ni beberapa tahun lepas untuk Haris. Hana masa sebesar Aqeel dah mula main-main. Jadi beri Dhia solve this puzzle. She struggles at first. Then Hana gets her turn.

Next I gave mission to them to make circles out of the playdough and cuts the fractions. Yang ni seronok tengok Dhia dan Hana cuba potong2. Paling struggle potong tiga. Lepas tu mainlah playdough.

Boleh tonton macamana fractions dipersembahkan dalam kelas Montessori:

Cara persembahkan fractions di Info Montessori

 

Others:
Introducing Fractions & Continuing Fractions di Elementary Observations (elementary )
Montessori Fractions Beginning through Basic Operations di George Family
Building Fraction Knowledge with Montessori Materials di Montessori Training
Fractions (skrol bawah) di Montessori Album
Learning Fractions di How We Montessori
Fractions di Pink Princess Kingdom

Measurement

Minggu ni mula topik ukuran di rumah. Lepas break 2 minggu cuti raya, blur nak buat apa. Teringat Abang punya Math Mammoth masih di topik ukuran. Jadi minggu sikit-sikit fokus yang ni.

Untuk Hana, buat aktiviti mudah je. Untuk kenalkan dengan fungsi pembaris dan ukuran.

Kami tengok video Sid the Science, belajar tentang ukuran atau lebih tepat, non-standard measurement.

 

Gross motor:
Frog Jump Measurement

Idea lain:
Ukur lilitan apple di Gift of Curiosity
Ukur barang dengan duplo di No Time For Flash Cards
Ukuran Foot Book Dr Seuss
Ukuran dengan yarn di The Measured Mom
10 math books, tools & measurement di KC Edventures

Next step boleh buat ni untuk Hana:
Menggunakan pembaris di Montessori Album

Peringkat Haris:
Montessori Inspired Measurement Activity di Making Montessori Ours (*lebih kepada elementary)
History of Measurement
Origins of Measurement

Untuk yang lebih suka setup centre boleh ikut seperti buggyandbuddy.

Kot-kot takde pembaris di rumah, nah boleh print pembaris kertas. Ada macam-macam jenis unit ukuran, ikut kita nak guna yang mana.

I Spy / Sound Games

Tujuan I Spy atau Sound Games adalah untuk anak-anak peka dengan bunyi-bunyi dalam bahasa percakapan.

Jadi kita ajar ikut bunyi bukan huruf, jadi semua bunyi diajar terus termasuhklah sh, oo, oy, ae, ng.

Bunyi fonetik:

LetterSoundsLetterSounds
aatbsob
ccandmud
eeggffun
gmughhat
iitjjump
lpillmam
nanoon
plaprraw
smosstat
uupvever
wwetxfox
yyeszzoo
aiaimeesee
iepieoaboat
uebluearcar
erherororbit
oobookouout
oyboyshpush
chmuchthmoth
ququizngring

Persiapan kita, perlu ingat bunyi-bunyi dan ejaannya, dan berlatih. Contoh ‘p’ disebut ‘puh’ seperti lap dan bukan ‘pea’.

Biasanya aktiviti ni dibuat dalam masa 1-2 tahun. Disarankan 1 kali sehari. Boleh dibuat masa tengah rehat-rehat sama-sama, masa menunggu. Ada 6 peringkat semuanya dan setiap peringkat boleh main selama beberapa bulan sebelum ke peringkat seterusnya.

 

Peringkat Pertama (Umur 2.5 – 3 tahun): 

Pegang 1 barang (yang anak dah biasa lihat contoh pen). Tengok objek dan cakap “I spy with my little eye something that begins with ‘p’.” (ingat sebutan fonetik p as in ‘tap‘ bukan ‘pea‘.) Tunggu dan dengar jawapan dan jika betul cepat-cepat ulang dan iktiraf “Pen begins with ‘p’.” Kemudian ulang dengan objek lain di persekitaran. Ingat hanya 1 objek satu masa yang mana anak-anak takkan buat salah.

Peringkat Kedua (Umur 2.5 – 3 tahun):

Sama seperti peringkat pertama tetapi kali ni guna 2 objek pada satu masa yang anak-anak dah biasa (familiar with) tapi bunyi awalan berbeza. Tujuannya adalah untuk anak-anak bezakan bunyi awalan yang berbeza. Contoh car and motorbike, cup and mug. Tengok kedua-dua objek dan I Spy satu sahaja. “I spy with my little eye something that begins with ‘m’.

Sekarang anak-anak perlu buat pilihan. Kita boleh lihat sejauh mana dia boleh bezakan bunyi. Teruskan dan tukar-tukar objek (tapi hanya 2 objek dalam satu masa). Bila anak dah kuasai 2 objek, tingkatkan, guna 3 objek pada satu masa, kemudian 4 objek, kemudian 5 objek, kemudian objek-objek yang bunyi awalannya seakan sama contoh ring, watch, van.

Peringkat Ketiga (Umur 3.5tahun):

Tujuan peringkat ni adalah untuk anak-anak sedar banyak objek yang mula dengan bunyi yang sama. Sama seperti peringkat kedua, tapi kali ni luaskan skop kepada objek-objek yang ada dalam bahagian kecil persekitaran, yang ada objek-objek yang mula dengan bunyi yang sama (boleh juga guna gambar jika tak ada). Contoh, “I spy something over there by the window that begin with ‘b’“. Mungkin untuk pertama kali mereka akan sebut satu objek je, jadi kita tawarkan diri sebut lagi objek lain di situ yang mula dengan bunyi sama contoh ‘basket’ ‘botol’ ‘buku’ ‘ball’. (Ya, kami I spy kedua-dua bahasa sebab guna kedua-dua bahasa di rumah). Seterusnya pilih bunyi lain di kawasan yang sama. Seterusnya, boleh pilih kawasan lain dan ulang proses. Kemudian, ruang yang lebih besar kemudian keseluruhan. Bila dah mahir peringkat ni boleh mula dengan tulisan (sandpaper letters). To make it more fun, boleh bergilir pilih bunyi untuk I spy.

Peringkat Keempat (Umur 3.5tahun):

Tujuan peringkat ni adalah untuk develop kesedaran bunyi-bunyi selain bunyi awalan dan skill ni penting bila mula tulis dan baca.

Sama seperti peringkat 3, tapi sebutkan bunyi awalan dan bunyi akhir yang kita nak. “I spy with my little eye something that begins with () and ends with ()“. Acknowledge jawapan betul dengan ulang perkataan dan bunyi “___ begins with ___ and ends with ____

Boleh guna objek-objek yang dah guna pada peringkat-peringkat sebelum ni atau area (peringkat 3). Cari objek yang bunyi awalan sama tapi berbeza bunyi belakang. Contoh ball, bag, bracelet, atau pen peg puppet.

I Spy something on the table o(or part of the room) that begins with ‘b’ and end with ‘g’” Mula-mula mungkin ambil masa untuk dengar bunyi akhir. Kalau mereka sebut ball kita respon dengan positif “Ya, ball mula dengan b tapi mama minta mula dengan b dan akhir dengan g. Cuba dengar, ball. Sebut pelan-pelan dan bantu dia dengar bunyi objek-objek lain hingga jumpa bag.