• 3y,  5y,  9y,  Aqeel,  Elementary,  Hana,  Haris,  Mathematics,  Montessori

    Weekly Update

    Minggu sebelum tu cuti je. Tak buat apa-apa aktiviti. They’re allowed 2 hours of screentime.

    Minggu ni pun sebenarnya tak plan apa-apa. My plan was to store all of the materials on shelves and tukar dengan new materials. Bukan ‘baru’ tapi kira ikut perkembangan terkini, interest, and what needs to be worked on.

    Sebelum masuk storage, bagi dulu diorang buat. Contoh brown stair ni.

  • Materials,  Mathematics,  Montessori

    DIY Montessori Addition Strip Board Pt. 1

     

    Minggu lepas mula kenalkan Hana dengan Addition Strip Board. Salah satu tujuan material ni adalah untuk memorisation of math facts dan ke arah abstraction. Note that, sebelum material ni digunakan, kanak-kanak dalam kelas Montessori telah terlebih dahulu didedahkan dengan keempat-empat operasi (tambah, tolak, darab, bahagi); untuk faham konsep dan static & dynamic addition. Lihat di sini untuk lihat secara ringkas bahagian dan sequence Matematik dalam Montessori. 

    Nota: Setiap presentation tak dibuat sekaligus. Biarkan anak-anak ulang sehingga mereka nampak selesa buat (tak struggle, faham) baru buat presentation seterusnya, you’ll know. Ini adalah sequence material ini digunakan. 

  • 3y,  Aqeel,  Mathematics,  Montessori

    Matematik Sebelum 4 Tahun?

    Dalam Montessori, subjek Matematik dikenalkan paling akhir pada kanak-kanak dan umur yang disarankan adalah 4 tahun. Mereka perlu lalui Practical Life & Sensorial yang banyak dahulu. Tapi setiap kanak-kanak berbeza, umur hanyalah sebagai guideline sahaja.

    Cumanya, macam Aqeel dia mula mengira 1,2,3 awal lagi. Masa dia 2 tahun lebih. Itu cam terlalu awal je kalau nak dibandingkan dengan usia 4 tahun dia nanti. Adakah dia Sensitive Period kepada Matematik? Perlu kenalkan sekarang ke? Bila tanya beberapa montessorian, komen mereka, biasa kanak-kanak pada awal usia mereka tengah sensitive kepada bahasa sebenarnya. Mereka menghafal nama nombor-nombor tu semua. Jadi ini bukan matematik, tapi bahasa. 

    Macamana nak tahu jika dia dah ready pada Matematik? Bila dia dah boleh buat one-to-one correspondence, patterning, dan bila tengok 2 benda dalam satu kumpulan tu dia cakap 2, tanpa mengira setiap satu, jadi ada kesediaan di situ. Jadi bolehlah kenalkan aktiviti Numbers 1 – 10, slow down and have fun! 

    Aqeel sekarang 3 tahun 2 bulan dah dikenalkan dengan number rods 1-10, symbol dan number rods & cards dan tengah slow down ambil masa sebelum kenalkan dengan zero game & spindle game. 

  • Mathematics,  Montessori

    Numbers 1-10

    Matematik scope of sequence. Just a quick note. Ini cara belajar matematik ikut montessori. Semua bermula dengan sensorial dahulu. Matematik adalah yang paling last dikenalkan pada kanak-kanak. No rush, walaupun antara penemuan Montessori adalah children having mathematical minds, yang mana secara lumrahnya kita memang tertarik dengan mengira.
    Cemana nak tahu anak dah sedia untuk matematik? 1. Bila kanak-kanak dah tunjuk minat mengira (bukan sebut atau nyanyi nombor 1,2,3 je tapi mengira) macam aqeel cuba nampak sekumpulan apa-ap dan cuba kira (ingat lagi setiap kali keluar ada burung banyak depan kereta dan dia cuba kira, ni sebab dah expose tgk nursery rhymes nombor dan kira2 😅) 2. Bila anak-anak boleh concentrate dan tunjukkan minat dalam ketepatan; accuracy. 3. Anak-anak dah expose dengan kenal bentuk, pattern dn sequence. .
    .
    Montessori mula dengan concrete materials untuk allow anak-anak explore dan berlatih.
    Sandpaper Numerals dan Red rods kenalkan serentak tapi asing. Sandpaper numerals untuk kenal simbol satu, dua, tiga, number rods untuk quantity. Bila dah lepas kedua-dua ni baru associatekan simbol dengan kuantiti. Spindle box baru mula mengira satu-satu dan intro pada ‘0’. Zero game untuk kukuhkan konsep ‘0’, then cards and counters (odd & even) dan memory game. At least this is how I presented it to Hana dan Aqeel. Aqeel sekarang di number rods dan cards. Dia masih lagi tak menyusung ikut sequence sebab kurang susunan red rods, but that’s the difficulty I faced for homeschooling sebab dia sangatlah tak minat dengan red rods. 😅 tapi dia boleh susun number rods secara rawak dan letakkan simbol dengan betul.
    .
    .
    Dan semua bahan ni boleh DIY je! At least untuk kategori nombor 1-10 ni.

  • Mathematics,  Resources

    Money

    Goals

    PK: Understands units money & recognise related symbols (RM, cents)
    K-2: Understands RM1=10x10sen etc
    K-2: Using concrete materials is able to count in units of money (eg counts 3 quarters as 75 cents).
    K-3: Uses language associated with money to describe amounts and make comparisons (eg costly, affordable, expensive, inexpensive).
    K-3: Makes comparison regarding amounts of money (eg this item costs $1.25 more than that item).
    K-3: Estimates the cost of an item. Uses sources to determine actual cost. Compares estimate to actual value using comparison words (equal, less/greater than).
    1-3: Applies knowledge of equivalancies to create a conversion table for units of money.
    1-3: Applies knowledge of equivalancies and multiplication and division to convert between units of money (eg dimes to dollar, dollars to quarters).
    1-3: Rounds to the nearest whole dollar.
    1-3: Rounds to the nearest quarter.
    1-3: Rounds to the nearest dime.
    1-3: Rounds to the nearest nickel.
    1-3: Is able to complete mathematical operations with money.
    1-3: Is able to make change with money.
    1-6: Solve story problems involving various units of currency (dollar, quarter, dimes, nickels and pennies). Uses dollar and cents symbol appropriately.
    2-6: Applies knowledge of units of money in practical ways (eg calculates cost of grocery list, wish list)
    5-6: Convert currencies

    Resources

    Teach the Names of Coins & Money di The Measured Mom
    7 Ways to Teach Kids Money di Living Well Spending Less
    Earning, Spending 
    Money Management 
    Differentiating Math 
    Learning Money through Word Problems                                                                                                      Fun Ideas for Creating a Money Unit Study 
    25 Fun Money Activities for Kids 
    Fun Money Games Teach Kids 
    Teach Kids Budget Money 
    Clean Pennies with Vinegar 

  • Mathematics,  Montessori

    Golden Beads Dynamic Addition

    Dynamic Addition = perlu bawa ke unit seterusnya.

    Aktiviti ni Serve hanya untuk pengenalan sahaja untuk faham konsep tambah dan dynamic addition. Tapi sekarang Hana macam boring nak buat, mungkin sebab leceh banyak sangat nak kena buatnya. Tapi aktiviti dengan golden beads ni sangat disarankan untuk buat dengan semua operasi untuk kenalkan anak-anak dengan cara operasi ni sebelum ke langkah seterusnya.

    Dan juga direkemen untuk Change Game (10 unit tukar kepada 1 ten) untuk anak-anak grasp konsep tukar tu. Disebabkan Hana taknak buat, jadi rasanya boleh exercise Change Game tu dengan aktiviti ni. Dengan harapan sedar dengan sendiri. Yang mana masa pertama kenalkan Hana ni (memula reluctant sangat nak buat) oklah, tapi masih blur. Perlu buat beberapa kali sebelum ke operasi subtraction dan dynamic subtraction.

    Tujuan:

    Campur kuantiti yang besar.

    Perlukan:

    1. Golden Beads, kami ada satu je yang real beads untuk thousands. Lain print sendiri buat kotak thousands. Boleh tengok sini macamana. Our version is slightly different.
    2. 1 set Large Numeral Cards
    3. 2 set Small Numeral Cards (rujuk sini kami buat ambil macamana)
    4. 2 Tray dengan bekas kecil untuk letak unit beads.
    5. Obviously rugs. (1 rug untuk susun kad-kad tu semua, 1 rug untuk susun beads, 1 rug ‘work rug’)

    Presentation:

    (Aktiviti ni banyak menyusun jadi kalau buat sorang memang Hana tak suka. Kalau sorang, kita kena join sama, atau ajak yang lain untuk join.)

    1. Ajak dan minta anak-anak ambil dan hamparkan rugs.
    2. Susun Large Numeral Cards di sebelah kanan rug.
    3. Susun 1 set Small Numeral Cards di sebelah kiri Large Numeral Cards.
    4. Susun 1 set lagi Small Numeral Cards di sebelah kiri set pertama Small Numeral Cards.
    5. Beri tray pada anak-anak.
    6. Minta seorang ambil small numeral cards di set pertama contoh (3964).
    7. Kemudian minta pula ambil beads ikut jumlah tu = 3964.
    8. Minta seorang lagi (atau kita sendiri yang ambil lakonkan macam anak-anak) ambil contohnya 1268 di set Small Numeral Cards yang satu lagi dan ambil beads ikut jumlah sama.
    9. Pergi ke ‘work rugs’. Minta anak pertama susun kad di sebelah kiri sambil sebut setiap nilai. Kemudian, letakkan semua beads di sebelah kanan kad.
    10. Ulang dengan anak kedua. (Susun di bawah set tadi.)
    11. “Jom, campurkan semua beads ni.” Beads atas di tarik kebawah untuk dicampurkan ikut urutan unit, tens, hundreds, thousands.
    12. Kira semua unit, bila dah cukup 10, tukar dengan 1 ten bar di ‘bank’ (kami panggil tempat untuk the rest of beads atas shelf). Letak 1 ten bar tu di kumpulan tens.
    13. Ambil Large Numeral Cards untuk kuantiti unit tu.
    14. Ulang proses untuk tens (cukup 10 tukar ke hundreds, hundreds & thousands.)
    15. Letak Large Numeral Cards ni di bawah Small Numeral Cards tadi.

    Boleh baca di Montessori Primary Guide untuk lebih lanjut dan visual.

     

     

     

  • Mathematics,  Montessori

    Decimal Systems

    Bahan-bahan untuk mula Decimal Systems.

    1. Beads

    Beads beli di AliExpress. Dalam 2 minggu sampai. Alhamdulillah puas hati. Termurah yang jumpa. Dalam Rm70. Sesiapa yang rajin boleh DIY. Diri sendiri dah pernah DIY 10-beads dan ada yang print kertas cube jadi thousand, tapi tak puas dan tak sama dan anak-anak nak handle susah. So at least nak adalah satu yang real punya, untuk mereka rasa dan lihat yang betul, dan yang lain mungkin boleh guna yang DIY untuk ganti. Boleh search google DIY Golden Beads.

    DIY Thousand Cube Printable

    2. Kad nombor

    Boleh di download di The Helpful Garden. Satu set print saiz biasa. Dua set print saiz kecil (pdf boleh setting multiple 2 pages). First time print muatkan 4 page ke dalam satu page tapi cam kecik sangat.

     

    Album: Montessori Commons