• Montessori,  Practical Life

    Walking on the Line

    Berjalan atas garisan adalah salah satu aktiviti kemahiran kendiri Montessori (Practical Life).

    Masa pemerhartian Dr. Montessori, beliau perasan yang kanak-kanak ni suka berjalan atas kayu, atas curb jalan tu. Kalau kita pun perasan anak-anak kita suka naik curb jalan, ikut garisan cat di jalan dan seumpanya. Jadi Dr Montessori perasan yang kanak-kanak ni tengah dalam nak sempurnakan sense of balance mereka. Mereka dalam dua sensitive period untuk sempurnakan pergerakan mereka iaitu, masa umur 2-4.5 tahun, kanak-kanak sensitive period untuk koordinasi pergerakan secara sedar (conscious) dan refinement of the senses (2-4 tahun).

    Jadi disebabkan sebab-sebab di atas, Dr Montessori cipta aktiviti ni dalam kelasnya untukk bantu kanak-kanak melatih koordinasi, balance, kawal pergerakan otot dan body awareness. (sini)

    Nak cari video kanak-kanak berjalan atas garisan, tapi tak jumpa yang ok. Setakat ni yang ni yang paling tepat dengan cara yang ditulis dalam album.

    Bahan yang diperlukan:

    Description dari Montessori Primary Guide:

    2 garisan lurus dan 2 sisi yang sedikit melengkung; bentuk ellipse.  Lebar perlu sedikit lebar dari saiz lebar kasut/kaki kanak-kanak.

    Di rumah ni pada asalnya buat one straight line ja. Tengok banyak gambar di pinterest atau blog lain yang buat gitu. Bila baca dengan lebih dalam mengenai aktiviti, tukar line kepada ellipse.

    September 2017 punya garisan.

    Cara-cara nak kenalkan ikut Montessori Primary Guide juga. Tapi di bawah dah diolah ikut Baytzuhr’s style.

    Peringkat pertama:

    Demo jalan atas garisan. Ajak jalan sama-sama. Setiap hari, agak-agak cam kita rasa kita dapat ambil perhatian, mula jalan atas garisan. Walaupun begitu, by now, Aqeel hanya akan jalan bila mama dia jalan dan ajak. Dan hanya sampai satu kali pusing. I also added him to bring tray while walking on the line.

    Peringkat kedua:

    Upkan challenge, dengan tunjuk cara jalan macam ni: letakkan tumit dahulu kemudian jari-jari kaki disusuli dengan jari-jari kaki sebelah lagi sentuh tumit belakang kaki yang depan. Macam dalam video di atas. Jalan dengan perlahan. Boleh juga pasang musik yang tenang dan slow untuk accompany aktiviti ni.

    Kalau ada adik beradik lain, tekankan jarak yang sesuai antara diri masing-masing.

    Peringkat ketiga:

    Extensions! Yang ni menarik (tapi masa tengah taip ni kami belum cuba lagi dan akan cuba inshaAllah) tapi cuba hanya apabila dah mahir dengan peringkat kedua.

    A. Berjalan atas garisan bawa bendera atau loceng.
    B. Berjalan atas garisan dengan bawa segelas air yang penuh!
    C. Berjalan atas garisan dengan bawa 2 objek berlainan. (gelas yang airnya penuh dan loceng)
    D. Berjalan atas garisan dengan apa-apa atas kepala. (bean bag atau bakul) (kedua tangan bawa 2objek berlainan tadi)

     

     

  • 2y,  Montessori,  Practical Life

    Sequence Kemahiran Menggunting / Scissors Skills Sequence

    Aktiviti menggunting biasanya dikenalkan kepada anak-anak mula umur 2 tahun ke atas dalam kelas Montessori dan yang mana homeschool anak-anak guna kaedah Montessori ada juga yang kenalkan lebih awal. Ikut kebolehan keseluruhan anak. Samada dia bersedia atau tidak. Gunting yang digunakan dalam persekitaran Montessori adalah gunting yang betul  tapi saiz kanak-kanak (blunt edges).

    Menggunting adalah salah satu aktiviti banyak manfaatnya pada kanak-kanak terutamanya pada perkembangan motor halus kanak-kanak. Pergerakan buka tutup masa menggunting ini menguatkan otot tangan yang mana ianya penting untuk kebolehan menulis.

    Antara faedah menggunting:

    • Kemahiran motor halus; pergerakan buka tutup masa menggunting tu menguatkan otot tangan
    • Kemahiran koordinasi tangan dan mata di mana kanak-kanak memegang kertas di sebelah tangan dan menggunting menggunakan tangan sebelah lagi dan menggunakan mata untuk track pergerakan gunting.
    • Kemahiran koordinasi bilateral; pengggunaan kedua-dua belah badan (kiri dan kanak) pada masa yang sama tapi tugas yang berbeza! Contoh, menggunting bentuk bulat di kertas, kanak-kanak perlu pegang kertas dan pusingkannya dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi buka tutup gunting dan menggunting ikut garisan.

    Aktiviti awal (prerequisite) yang boleh membantu sebelum kenalkan aktiviti menggunting pada kanak-kanak adalah transferring activity menggunakan pengepit (tongs), atau hole puncher, untuk kuatkan tangan dan membantu pergerakan buka tutup gunting.

    Macamana nak tahu anak belum sedia guna gunting dan kita kenalkan terlalu awal?

    • Bila mereka gunakan dengan tidak sepatutnya.
    • Bila mereka gunakan kedua-dua belah tangan untuk menggunting.
    • Bila mereka tak ikut arahan keselamatan gunakan gunting.

    Cara nak kenalkan:

    Sediakan kertas tebal (cardstock) (saya guna 180gsm-230gsm) (guna kertas tebal sebab masa pegang tak lembik jatuh-jatuh mudahkan bagi anak-anak).

    Potong kertas panjang-panjang seinci lebar. Tunjuk kat mana dia perlu letakkan jari-jari dia, kita pegangkan kertas dan tolong bukakan gunting dan dia akan snip atau boleh juga kita sama-sama gunting dengan dia. Masa demo perlu tunjukkan dengan perlahan, kita tidak bercakap banyak (minimal words) dan pause antara setiap step.

    Contoh:

    “Ini gunting, dan mama akan tunjuk macamana nak gunting.”

    “Pegang gunting macam ni.” Ambil gunting dan masuk jari perlahan-lahan. (Buat gerakan buka tutup gunting.)

    Pause.

    Say, “Open.”  Buka gunting dengan perlahan.

    Pause.

    “Close.” Tutup dengan perlahan.

    “Ini kertas.” (Tunjuk cara pegang.) “Gunting kertas macam ni.” Tunjukkan cara menggunting dan pause antara setiap step.

    Jika beberapa kali dia masih lagi tak menggunakan dengan betul, put it away. Dia belum sedia dan ada je kanak-kanak yang belum confident guna gunting hingga umur 4-5 tahun. So, it’s OK! Follow the child.

    Sequence Menggunting

    Mula dengan 1 inch strip kosong (tak perlu garis) –> bila dah mahir baru garis-gariskan straight lines yang tebal pada strip, minta dia gunting ikut line –> line nipis (thin lines) –> kertas yang kurang berat

    Mula dengan 1 snip (1 inch) –> lebih dari 1 snip –> dan satu kertas penuh

    Pegang gunting dengan betul –> Snipping –> Cutting straight lines –> diagonal –> zigzag –> curves –> waves –> spirals

    Selain kertas boleh juga guna benang, yarn, playdough, kertas foil, pelbagai jenis kertas, rumput-rumput, daun-daun yang dikutip di luar, straw, dan lain-lain lagi.

    Printable pattern untuk gunting boleh download di sini:

    Paper Cutting di JMJ Publishing

    Montessori style cutting box with free printable patterns

  • Montessori,  Montessori Notes,  Practical Life

    Perlu atau tidak Practical Life Shelf di rumah?

    Ada satu perbincangan yangg menarik dalam group. Tentang Practical Life Shelf dalam rumah. Perlu atau tidak?

    The trays for EPL are intended to focus on developing a particular skill; if the child has an appropriate “real life” location to practice that skill, then there is certainly no need for a “tray” on the shelf. Many people think of trays when they think of Montessori, but Montessori is about real life. Real life experiences. And isolation of skills/qualities (keys of the world as Montessori described them). So if a skill can be learned in its natural context, there is no need for a specifically practical life area. But we do need areas for cleaning supplies, and other ongoing practical purposes.

  • Montessori,  Montessori Notes,  Practical Life

    Prepared Environment

    Sangat suka dengan article dari Baandek, a Montessori Life. Rekemen untuk yang nak guna kaedah Montessori di rumah. Montessori bukan hanya pada barang-barangnya, tapi juga way of parenting and way of life with children. It certainly did changed me on how I treat my children, and will continue changing, sebab banyak dan besar lagi ilmu ni. Artikel ni berjaya rumuskan apa yang saya rasa baru-baru ni setelah 2-3 tahun cuba apply montessori. Yang your home doesn’t have to be pretty like all those ig or pinterest pictures.

    Dalam artikel tu ada beritahu 3 elemen utama prinsip Montessori yang boleh di bawa ke rumah. Yang berkait rapat dengan satu sama lain.

    1. Rutin

    Sedar tak sedar kita memang ada rutin harian sedikit sebanyak. Contoh bangun pagi, mandi, breakfast, nature walk dll. If one of these disturbed kita akan perasan anak-anak kita akan banyak fussy. Kalau kita buat secara random, contoh 2-3 hari dah biasa bangun pagi, breakfast dulu baru mandi, tetiba hari ni bangun pagi, minta mandi dulu.

    2. Responsibilities

    Tanggungjawab ni adalah di mana anak-anak boleh contribute dalam aktiviti harian. Setiap rutin kita, memang ada peluang untuk ini. Contoh lepas makan, bawa pinggan mangkuk ke sinki dan basuh. Atau basuh baju, sidai, angkat, lipat dan letak ke almari. Jadi mula-mula beri mereka bawa pinggan mangkuk ke sinki, bila dah OK, tambah responsibilities. Sama juga aktiviti laundry, bagi mereka letakkan baju ke almari. Increase responsibilities as you see fit sehinggalah setiap rutin mereka dah boleh buat sendiri. Sama macam my 4 year old, going to bathroom samada mandi atau toilet, dah boleh buat sendiri.

    3. System

    Sistem ni untuk bantu anak-anak berjaya buat responsibilities mereka. Seperti artikel tu beri contoh, kita tengok tuala basah di lantai selepas mandi, rutinnya adalah mandi. Responsibilitynya adalah sangkut towel tu. Jadi sediakan hook ikut ketinggian mereka untuk mereka sangkut tuala mereka sendiri thus prepared environment.

     

    Please read the full article for better understanding here.

  • Montessori,  Practical Life

    Montessori Mat/Rug


    Salah satu prinsip montessori yang saya rasa boleh diterapkan bila buat aktiviti/homeschool di rumah. Kenapa dalam alam Montessori mereka guna mat/rug untuk ‘kerja’ kanak-kanak? It defines a workplace for children. Sentimen tu akan jadi sebahagian dalam diri yang untuk buat kerja ada tempatnya, macam kita dewasa ni ada tempat kerja kita di meja. Jadi selain diajar cara untuk bawa, roll and unroll mat, dalam kelas Montessori juga ajar manner to work around the mat. Untuk hormat tempat kerja orang lain, tidak untuk dilangkah, pijak dsb. Dalam rumah ni guna floor mat yang dibeli dari Daiso dan yang kecil sikit placemat meja tu.

    Anyway, I showed this video to Hana, and she followed it! Ha. Video ni lagi lebih efektif tunjuk presentation dari mak dia. Uhuk

  • Montessori,  Movement,  Practical Life

    Silence Game

    Ada banyak versi macamana nak main Silence Game ni termasuk dalam Gettman, album online, dan blog lain. Tapi kebanyakannya untuk satu kumpulan kanak-kanak yang ramai. Disebabkan di rumah ni, biasanya ada Hana, Aqeel dan saya, dan saya buat game ni sesuaikan dengan situasi kamilah. Tujuan Silence Game ini adalah untuk control of movement. “The ultimate control of movement is to create absolute immobility, the most obvious sign of which is ‘silence'” – Gettman. Makes sense, isn’t it? Untuk kanak-kanak, memang tak duk diam. Jadi untuk mereka duk diam, tak bergerak, perlukan banyak control dari mereka, kan? So I think this is the best exercise/game yang boleh dibuat oleh mana-mana sekolah atau rumah. Bila mereka dapat capai Silence Game ni, mereka akan dapat dengar dengan bunyi-bunyi disekeliling mereka tanpa bunyi bising; suara burung, kereta, kapalterbang, dll, dan bunyi dari dalam mereka sendiri, bunyi degupan jantung, bunyi nafas, dll. “For most children, becoming still and silent suddenly opens up a whole new world of subtle, interesting sounds, which were first previously covered by the child’s own noises and motions.”

    Note untuk diri sendiri: Panggil Aqeel dulu baru Hana. Next boleh tanya dengar bunyi apa? Next exercise ni buat dengan sendirinya. (buat board silence dan letak di shelf?) Ada sesetengah , buat silence game ni letak lilin. Saya tak nak buat macam tu. Jadi rasanya cukup hanya dengan perkataan Silence atau gambar yang tunjukkan ketenangan camtu.

    The class needs to be calm to do this game. The Silence Game doesn’t work if the class is out of control. – Montessori Mom

    [From IG]

    I was reading about Silence Game when I realised it was suddenly quiet after they were being… chaos. Kakak was working on 100 board and Aqeel quietly watching her (it was a long 5 minutes before he made that shriek captured in video 😅). And I introduced them the Silence Game. Mula-mula introduced asing-asing. Buat untuk Hana dulu. Pastu untuk Aqeel. Aqeel biasalah mana duk diam dan tak faham lagi arahan memula ni. Huhu. Ptg tadi cuba dua-dua. Aqeel ikut kakak. Honestly I didn’t expect for them to enjoy this game. Budak-budak ni mana boleh duk diam? I told them we’re going to play a game called Silence Game and pointed to the not so perfect silence sign. 😅 I told them to sit and closed their eyes. When I called their names, come to me quietly. Kakak chose a place to sit. I sat in one corner across them. I counted quietly to 10 then whispered kakak. She walked quietly to me and waited me to call Aqeel. I whispered Aqeel’s name quite a few times, rasanya sebab tak tahu kena datang jalan. Hehe. Did it a few times with me increasing the counting everytime, 15-20-25. And Hana wanted me to do it too. So I sat, closed my eyes, and started listening everything around me. I guess this is what they were hearing as well. They both whispered my name. After that they revised the game, after being called their name, they slowly walked and bear hug.

     

     

    Sumber-sumber lain:

    Montessori Training Read the variations part 2 and 3. Links at bottom of the page.
    Planting Peas
    Living Montessori Now
    Montessori Print Shop
    Montessori Services
    Infor Montessori
    Montessori Mom
    LeportSchools
    Montessori Silence Game & Variation di Montessori Works
    The Hills Montessori Omaha
    Every Star is Different
    My Montessori Journey
    My Montessori Album
    The Natural Homeschool
    Sugar, Spice & Glitters
    Montessori Nature
    Growing Hand on Kids