• Practical Life,  Primary 3-6

    Folding Napkins/Melipat

    Folding napkins atau skill melipat kain ini adalah antara aktiviti awal dalam kelas Montessori. Ia adalah asas kepada banyak practical life activity dalam kelas atau di rumah terutamanya mengelap meja / lantai / air tumpah, lipat baju etc.

    Kain dalam gambar di atas yang dibeli yang dah dijahit siap-siap (sebab diri ni macam malas nak berDIY dan nak kasi nampak cantik untuk playgroup). Tapi sebenarnya material ni mudah je untuk DIY. Sebelum ni masa Hana guna kain kecil yang dibeli di Giant, berbentuk segiempat dan garisnya dilukis je dengan Sharpie. Haha. Nampak tak level nak cepat dan malas tu? (Tengah cari gambar yang lama tu tak jumpa pula.)

  • Montessori,  Primary 3-6,  Sensorial

    Geometric Solids

    Geometric Solids adalah bahan untuk refine stereognostic senses. Mula-mula kanak-kanak kenal dengan melihat kemudian dengan merasa tanpa melihat. Sama macam bila kita mencari-cari barang dalam beg kita, kita dapat tahu itu apa tanpa melihat. Latihan stereognostic dapat “encourage shape recognition through muscular memory and tactile sensation.

    Umur: 3.5 tahun ke atas

    Material:

    • Geometric Solids: 9 jenis berbentuk sphere, cylinder, ovoid, ellipsoid, cube, rectangular prism, cone, triangular prism, square-based pyramid, triangular-based pyramid (tetrahedron) yang semuanya berwarna biru supaya perbezaan yang boleh dilihat/dirasa oleh kanak-kanak adalah bentuknya sahaja.
    • 5 tapak outline yang berbentuk square, rectangle, circle, equilateral triangle, acute-angled isosceles triangle. (saiz sepadan dengan solids).
    • Bakul kecil/tray untuk bawa 3 solids untuk 3 period lesson.
    • Kain untuk tutup solids.

    Tujuan:

    Langsung:

    • Refine stereognostic sense
    • Aware of solid shapes around him

    Tak langsung:

    Persediaan untuk geometry

    Presentation 1:

    • Beritahu aktiviti ini perlukan mat, minta mereka ambil dan hampar.
    • Pilih 3 solid yang kanak-kanak dah biasa tengok contoh sphere, cylinder, cube, cone, ovoid.
    • Perlahan-lahan rasa dengan tangan keseluruhan solid sambil tak tengok pada solid itu atau tutup mata.
    • Offer mereka untuk rasa.
    • Buat yang sama pada 2 solids lain.
    • Beri nama; 3 period lesson.
    • Hari lain beri nama pada solids yang lain, 3 at a time.

    Presentation 2:

    • Ajak kanak-kanak bawa solids yang mereka tahu ke mat.
    • Letak di tengah-tengah mat, tak bersentuhan antara satu sama lain.
    • Tutup solids dengan kain.
    • Beritahu yang kita akan rasa solids di bawah kain ini dan sebut namanya sebelum keluarkannya.
    • Kemudian giliran mereka.

    Latihan:

    • Match faces/bases satu-satu, allow them explore.
    • Isolate one of the faces dan cari solids mana yang sepadan.
    • Isolate solid dan cari faces yang sepadan.

    Extensions:

    • In a tray of sand, gently roll one shape at a time to see what forms it can make. (infomontessori.com).
    • Make a shape with clay.
    • Make a shape with paper.
    • Cari barang-barang dalam environment yang match dengan bentuk solids.
  • Mathematics,  Primary 3-6

    Matematik sebelum 3 tahun

    Dalam kelas Montessori, Matematik didedahkan kepada kanak-kanak secara sensorial dan mereka develop konsep matematik: saiz, ketinggian, panjang, berat, bentuk, etc.

    • Pink Tower
    • Cylinder Blocks
    • Knobless Cylinder
    • Brown Stair
    • Red Rods
    • Geometric Solids
    • Geometric Cabinet
    • Baric Tablets

    Masa mereka guna material di atas, kita beritahu ini panjang, ini pendek, ini berat, ini ringan.

  • Mathematics,  Montessori,  Primary 3-6

    Nota Sandpaper Numerals

    • Untuk kenal simbol kepada quantity
    • Untuk handwriting
    • Kanak-kanak mungkin dah kenal dengan simbol sebab mereka dah nampak di environment mereka. Hanya beri nama (3 period lesson) pada nombor yang mereka tak tahu nama sahaja dan tak ikut susunan pun tak apa.
    • Ajar nama boleh skip tapi tracing perlu buat semua.

  • Mathematics,  Montessori,  Primary 3-6

    Montessori Teen Beads

    Teen Beads adalah aktiviti pertama dalam kumpulan 3.

    Aktiviti ini adalah untuk kanak-kanak dicover yang gabungan sepuluh dan mana-mana unit nombor (1,3,9) membentuk belas.

    Perlukan:

    Presentation:

    • Mula dengan beads stairs 1-9. Letakkan secara random atas mat.
    • Tunjuk bead 1 dan kira.
    • Sambung dengan 2, 3, hingga habis. Kira setiap satu. Jika anak berminat mereka boleh sambung kira atau cuba ajak mereka kira.
    • Selesai kira semua, beritahu yang kita nak susun beads ikut bentuk segitiga.
    • Letak bead 1 di atas kanan mat.
    • Letak bead 2 di atas bead 1.
    • Sambung dan galakkan mereka sambung susun.
    • Beritahu mereka yang kita nak buat nombor.
    • Ambil bead bar 0 dan letak ecara menegak.
    • Ambil bead 1 dan letak sebelah kanan atas di bead bar 10 tadi.
    • Kira.
    • Sebut, “Ini 11.”
    • Letak bead bar 10 sebelah kanan 11. Kira dan beritahu “Ini 12.” Begitu juga dengan 13.
    • Buat 3 period lesson.

    *Tak kenalkan semua sekaligus pun tak apa. Buat cara 3 period lesson. Satu kali present 3 nombor atau hingga mereka habis minat. Setiap kali verify dengan kira.

    Latihan yang boleh buat:

    • Minta mereka buat teens secara random. “Buat 17, buat 11, buat 19.”
    • Kita buat nombor dan mereka identify.
  • Elementary,  Montessori,  Primary 3-6,  Sensorial

    Memahami Geometric Cabinet

    Sebab belajar sendiri kan untuk present ajaran-ajaran Montessori ni pada anak-anak, our pace is much slower. I’ve been stuck with this for a whole week now. Haha.

     

    Untuk Primary (3-6)

    Mula dengan yang paling mudah: circle, triangles, rectangles, regular polygons, curvilinear figures, and quadrilaterals.

    Elementary:

    Mula dengan paling sikit sisi: triangles, quadrilaterals, regular polygons, curved figures, rectangles, and circles. “It is during elementary that the complete study of form continues. The triangle being the first polygon or closed figure moving through to the circle with an infinite numbers of sides.”