Darat, Udara dan Air
Minggu ni mula topik baru. Alam sekitar. Jika tengok globe dan gambar, bumi/alam sekeliling dipenuhi dengan daratan dan lautan. Ada satu lagi elemen penting yang merangkumi alam sekitar iaitu udara. Dalam bekas yang ada label tu masing-masing ada tanah, air yang diwarnakan biru dan tidak dimasukkan apa-apa kosong. Ini mengikut kaedah montessori, pengenalan kepada geografi.
Bila tunjuk pada Haris bekas label udara, he had this puzzle look, udara : kosong. Jadi tunjuk simple eksperimen, tisu-tisu ditekan-tekan masuk dalam gelas minum tu, dan ditelangkupkan ke air. Bagus kalau ada gelas lutsinar, boleh nampak jelas. Tunjuk Haris tisu-tisu tu tak jatuh. Kenapa? Sebab udara penuhkan gelas dan menolak tisu dari jatuh. Angkat gelas itu keluarkan tisu, tidak basah. He somehow gets it. Lol.