Mathematics,  Montessori

Golden Beads Dynamic Addition

Dynamic Addition = perlu bawa ke unit seterusnya.

Aktiviti ni Serve hanya untuk pengenalan sahaja untuk faham konsep tambah dan dynamic addition. Tapi sekarang Hana macam boring nak buat, mungkin sebab leceh banyak sangat nak kena buatnya. Tapi aktiviti dengan golden beads ni sangat disarankan untuk buat dengan semua operasi untuk kenalkan anak-anak dengan cara operasi ni sebelum ke langkah seterusnya.

Dan juga direkemen untuk Change Game (10 unit tukar kepada 1 ten) untuk anak-anak grasp konsep tukar tu. Disebabkan Hana taknak buat, jadi rasanya boleh exercise Change Game tu dengan aktiviti ni. Dengan harapan sedar dengan sendiri. Yang mana masa pertama kenalkan Hana ni (memula reluctant sangat nak buat) oklah, tapi masih blur. Perlu buat beberapa kali sebelum ke operasi subtraction dan dynamic subtraction.

Tujuan:

Campur kuantiti yang besar.

Perlukan:

  1. Golden Beads, kami ada satu je yang real beads untuk thousands. Lain print sendiri buat kotak thousands. Boleh tengok sini macamana. Our version is slightly different.
  2. 1 set Large Numeral Cards
  3. 2 set Small Numeral Cards (rujuk sini kami buat ambil macamana)
  4. 2 Tray dengan bekas kecil untuk letak unit beads.
  5. Obviously rugs. (1 rug untuk susun kad-kad tu semua, 1 rug untuk susun beads, 1 rug ‘work rug’)

Presentation:

(Aktiviti ni banyak menyusun jadi kalau buat sorang memang Hana tak suka. Kalau sorang, kita kena join sama, atau ajak yang lain untuk join.)

  1. Ajak dan minta anak-anak ambil dan hamparkan rugs.
  2. Susun Large Numeral Cards di sebelah kanan rug.
  3. Susun 1 set Small Numeral Cards di sebelah kiri Large Numeral Cards.
  4. Susun 1 set lagi Small Numeral Cards di sebelah kiri set pertama Small Numeral Cards.
  5. Beri tray pada anak-anak.
  6. Minta seorang ambil small numeral cards di set pertama contoh (3964).
  7. Kemudian minta pula ambil beads ikut jumlah tu = 3964.
  8. Minta seorang lagi (atau kita sendiri yang ambil lakonkan macam anak-anak) ambil contohnya 1268 di set Small Numeral Cards yang satu lagi dan ambil beads ikut jumlah sama.
  9. Pergi ke ‘work rugs’. Minta anak pertama susun kad di sebelah kiri sambil sebut setiap nilai. Kemudian, letakkan semua beads di sebelah kanan kad.
  10. Ulang dengan anak kedua. (Susun di bawah set tadi.)
  11. “Jom, campurkan semua beads ni.” Beads atas di tarik kebawah untuk dicampurkan ikut urutan unit, tens, hundreds, thousands.
  12. Kira semua unit, bila dah cukup 10, tukar dengan 1 ten bar di ‘bank’ (kami panggil tempat untuk the rest of beads atas shelf). Letak 1 ten bar tu di kumpulan tens.
  13. Ambil Large Numeral Cards untuk kuantiti unit tu.
  14. Ulang proses untuk tens (cukup 10 tukar ke hundreds, hundreds & thousands.)
  15. Letak Large Numeral Cards ni di bawah Small Numeral Cards tadi.

Boleh baca di Montessori Primary Guide untuk lebih lanjut dan visual.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.