Home Learning

Rutin Harian

Sejak dari awal tahun ni, kami settling in dengan rutin macam ni. Walaupun banyak kali berpindah, rutin tetap kami cuba ikut. Ada hari yang mereka langsung tak nak ikut, mainnnn je seharian, which is totally OK!

Ada juga hari yang macam hari ni, I was too sleepy, dah bangun sahur subuh, konon nak nap sekejap tup tup lewat bangun. Keluar dari bilik, mereka dah di work area, buat kerja masing-masing! Masa tu macam, sangat berterima kasih ya Allah, pada mereka. Kebetulan kami memang homeschool tahun ni, so tak terkesan sangat dari segi rutin harian.

Kenapa saya panggil rutin bukan jadual? Sebab walaupun saya tulis masa, kami tak strictly follow juga. Ada hari mereka bangun lambat, contohnya pukul 9. Bangun, mandi makan pukul 10 lebih baru ready untuk waktu ‘kerja’. Fleksibel tapi masih ikut rutin. Jadual ni pada awal masa mula-mula buat memang saya kongsi dengan mereka dan what to expect.

Untuk yang nak mula, cuba create rutin harian keluarga ikut keadaan keluarga masing-masing. Should be uniquely to you and your personal circumstance. Contohnya morning routine, ada beberapa item di dalamnya, boleh ikut kesesuaian family, waktu kerja, bedtime routine etc.

Bincang dengan husband and agree. Juga saya tahu kita ibu-ibu banyak tanggungjawab, cuba bahagikan juga tugas dengan suami. Macam saya bab outdoor tu suami, setiap hari jumaat juga dia yang takeover pembelajaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.