Language,  Materials,  Montessori

Menulis / Writing

Dalam buku The Discovery of the Child ada bincangkan tentang menulis atau lebih spesifik, pergerakan yang terlibat dalam menulis.

Sekarang kebanyakan kanak-kanak yang masuk sekolah rendah, bermula 7 tahun, have difficulty in writing. Ataupun baru diajar menulis, baru ajar nak pegang pensil dengan betul etc. Tapi masa ni macam dah susah nak ajar cara pegang pensil dengan betul sebab cara mereka pegang tu dah ‘fix’.

Nampak banyak kanak-kanak cara pegangnya seperti gambar di bawah.

Kenapa susah nak betulkan bila mereka dah 7 tahun ke atas atau bila dah masuk sekolah rendah?

Sebab, Sensitive Period untuk movement tu dah tiada menjelang umur 6-7 tahun. Masa kanak-kanak umur 4 tahunlah yang mereka suka pegang semua benda di sekeliling mereka dan secara tidak sedar (unconscious) mereka akan nak stabilkan macam pergerakan fizikal mereka. Jadi, masa umur nilah, the perfect time untuk diajar cara pegang pensil dengan betul.

Tapi cara tunjuk ajar menulis dan pegang pensil dengan betul dalam kaedah Montessori ni berlainan dengan cara biasa.

Tapi sebelum itu, seperti Montessori kita lihat apa ada pada menulis?

Montessori analyse dalam nak menulis, terlibat 2 jenis pergerakan.

  1. Managing instrument of writing; pegang pen/pensil
  2. Drawing of different shapes of letters; melukis bermacam bentuk (straight line, curved lines, circles, half circles; etc) yang bergabung membentuk abjad

Untuk ini, kita hanya fokus kepada:

1. Managing instrument of writing

Iaitu pegang pen/pensil yang mana kita gunakan 3 jari pertama kita ni, ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah dan gerakkan pensil dari atas ke bawah. Ini yang membentuk ‘style of writing’ yang mana setiap individu mempunyai cara tulisan mereka tersendiri.

Untuk membolehkan kita menulis, jari kita perlu ada control dan tangan kita mesti stabil nak guide pergerakan tu. Montessori panggil ni “firm hand”; a hand under the control of the will.

Dalam kelas Montessori, sebelum kanak-kanak diberi pensil untuk menulis terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang secara tak langsung membantu kanak-kanak untuk menulis. Membantu dalam nak sediakan prepare tangan tu untuk menulis. Membantu dalam control jari jemari untuk pegang dan stabilkan pergerakan tangan supaya boleh guide pergerakan tangan dan membantu dalam softness of touch. Softness of touch ni bermaksud, kadang kita pernah nampak kanak-kanak secara kasar cuba menulis atau mewarna yang kita nampak kurang control dalam pergerakan mereka. Tengok semula cara kita menulis dan analyse.

Jadi terdapat dua cara dalam nak prepare kanak-kanak menulis dalam kelas Montessori.

  1. Indirect Preparation
  2. Direct Prepartion

1. Indirect Preparation

Indirect preparation ni berlaku awal lagi sejurus mereka masuk dalam kelas (2-5 thn – 3thn)

Aktiviti-aktiviti yang terlibat:

1. 3 jari pertama digunakan untuk pegang material

Pegang knob pada knobbed cylinder yang mana saiz knob pada knobbed cylinder tu sama saiz dengan pensil. Repetition dalam menggunakan material ni bantu dalam menguatkan 3 jari pertama. 3 jari pertama ini juga banyak digunakan dalam aktiviti practical life contohnya pegang handle jug etc.

2. A light hand

Hmm. (Pergerakan Lemah lembut atau pergerakan ringan? Tak jumpa translation bm yang kena.) Kanak-kanak diajar sentuh permukaan rough and smooth board dengan lightness. Kita tak sentuh rough and smooth dengan kasar dan tekan tangan kita dengan kuat. In fact, kita tujnuk pada kanak-kanak cara nak rasa rough and smooth board tu dengan hanya slight touch pada board. (I hope I make sense.)

3. Firm hand

Ialah kebolahan untuk gerakkan untuk capai tujuan tertentu. Ini dilatih masa kanak-kanak menggunakan Geometric Cabinet. Masa gunakan material ni, kanak-kanak akan trace keliling shapes. Tangan akan bergerak dan mata pun ikut sama ikut tengok tangan yang tengah trace tu.

2. Direct Preparation

Seperti yang dibincangkan di atas, dua pergerakan terlibat, pegang dan melukis abjad.

Kita fokus pada handling writing instruments; drawing which gives hand ability to handle writing instruments. Kanak-kanak memang instinctnya mengisi ruang kosong antara figure; aka mewarna? Rasanya ramai kanak-kanak yang memang suka mewarna. Jadi mengambil peluang ini, (taking this into advantage), Montessori sediakan bahan yang mana kanak-kanak boleh melukis sendiri outline dan fill in (warnakan didalamnya).

Iaitu, Metal Inset.

Gambar dari Montessori Album

Metal Inset seperti namanya dibuat dari besi dan ianya berat. Ada frame dan inset yang mana kanak-kanak akan trace dengan pensil. Diletakkan di atas holder kayunya yang panjang.

Shape pada metal inset tidak asing bagi kanak-kanak. Mereka dah experience tracing these shapes dengan tangan masa mereka guna Geometric Cabinet. Jadi tangan dan mata mereka dah biasa tracing. Caranya ialah trace metal inset dan isi dalam shape tu dengan line yang berterusan.

Dengan menggunakan metal inset ni, boleh nampak progress kanak-kanak dari mereka penuhi shape tu. Makin lama makin nampak makin refine line-line tu. Dengan ini mereka juga diajar untuk tidak go over the outline. Akhirnya bila kita nampak strokes becoming regular dari boundary to boundary maknanya kanak-kanak dah master the pencil.

Montessori said, “The pen will be helf more and more securely not because of repeated exercises in writing but because of filling in of the outlines. My children thus perfect themselves in writing without writing.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.