Life is a series of natural “separations” and “attachments”
Susulan dari pembacaan buku The Montessori Baby Isnin lepas. Ada disebut di dalam buku tersebut in order untuk dapat secure attachment, separation itu perlu. I didn’t look at this way sebelum ini. Sebelum ini hanya fikir, kanak-kanak akan melalui siri of independence, secara berperingkat. Tidak pula melihat dari perspektif berpisah dan bertemu. Saya terjumpa artikel yang membincangkan tentang ini dan ianya ditulis oleh Dr. Montanaro.
Nota bacaan:
Biasanya kita lihat “attachment” tu positif dan “separation” tu negative.
Natural separation dan attachment ini bermaksud ianya berlaku pada “the right time” dan “with the right help”.
Perlu faham bahawa kedua-dua ini adalah sebahagian daripada proses perkembangan dan perlukan kedua-duanya untuk berkembang/membesar.
Separation akan terjadi dan ianya adalah perlu untuk dilalui untuk kita dibuka peluang untuk peluang dan pengalaman baru dan lebih besar. Bagaimana kita confront separation itu yang penting. Jika kita dapat bantu anak-anak kita lalui dengan kita faham nilai sebenar separation ini, kita dapat bantu mereka melalui proses ini dan transfromnya kepada proses yang membina kepercayaan dan security dalam hidup mereka.
Antara separation yang berlaku dan dilalui sebelum usia 3 tahun:
- Conception
- Ovum berpisah dari follicle dan sperm keluar dari tubuh lelaki. Bila mereka bertemu, become a new reality, a new human being!
- Birth
- Contoh perpisahan yang positif. Meninggalkan environment dalam rahim setelah berbulan-bulan tinggal di dalamnya. Berjumpa dengan environment baru yang menawarkan lebih lagi pengalaman mereka. Interaksi secara langsung dengan ibu, membentuk new attachment dengan ibu berbanding tali pusat dan placenta, skin to skin relationship, terima makanan dengan cara baru, develop spoken language, freedom of movement. Dalam 3 bulan pertama mereka di luar, sel-sel otak berkembang dengan pesat sekali.
- Weaning
- Mula separate dari susu ibu. Berkenalan dengan cara baru dengan persekitaran. Form a new attachment pula melalui makanan. Mereka akan dikenalkan dengan pelbagai jenis makanan di tempat mereka dan form a new kind of social life too.
- Dari slithering ke crawling ke walking. Semua ini series of independence, yang membuka eksplorasi mereka dengan environment mereka semakin meluas.
Human being development tak boleh berlaku dengan sendirinya. Perlukan ‘mediator’ iaitu ibu atau caregiver untuk bantu mereka ke wider environment. Jadi peranan dewasa ini perlu prihatin dengan keperluan semasa kanak-kanak. Dalam perjalanan mereka melalui semua ini, boleh jadi kita
- Overly responsive; menyebabkan mereka tak diberi peluang untuk express their needs atau boleh jadi kita
- Tidak cukup responsive, tak faham mereka ini macamana. Tidak respon boleh menyebabkan mereka tak ada desire untuk pergi lebih jauh.
- Kita juga boleh jadi tak ready sebenarnya. Kita fikir dengan cara ini kita protect mereka.