Kotak Tatabahasa Montessori Bahasa Melayu
Sejak tahun 2022, saya develop kotak tatabahasa Bahasa Melayu masa homeschool anak-anak, alhamdulillah kali ini ramai lagi boleh guna.
Bagi peringkat Montessori Elementary, approach bagi belajar tatabahasa adalah sangat konkrit, sangatlah best, sangatlah kena dengan ciri-ciri perkembangan anak-anak umur 6-9 tahun. Tujuannya adalah bukan MENGAJAR, tapi adalah untuk kanak-kanak aware dengan details bahasa ini, bahasa yang mereka tuturkan sepanjang hidup mereka ni, bahawasanya ada fungsi bagi setiap perkataan, dalam susunan perkataan (jika tidak tersusun tidak membawa maksud), dan menjadikan mereka lebih minat untuk explore any parts of bahasa.
Berbanding dengan English yang mempunyai 9 Parts of Speech dan Montessori kategorikan lagi kepada Family (Noun Family, Verb Family), untuk Bahasa Melayu banyaknya saya rujuk bagaimana DBP mengelaskan tatabahasa. Maka terlahirlah, Kotak Tatabahasa Bahasa Melayu ini.
Teaser: