Mathematics,  Primary 3-6

Memory Game of Numbers

Di dalam Group 1 Matematik di dalam aktiviti Montessori, aktiviti yang terakhir adalah Memory Game of Numbers. Ianya adalah untuk ‘uji’ jika anak-anak sudah betul-betul faham konsep nombor dan kuantiti.

  1. Hanya perlukan kertas yang bertulis nombor 1 hingga 10 dan nombor 0. Kertas-kertas ini dilipat dua dan semuanya di letak dalam bekas.
  2. Sama ada sediakan counters atau boleh guna barang-barang yang ada di dalam environment untuk mereka gunakan sebagai counters. Jika gunakan counters, letakkan di tempat yang jauh dari tempat mereka membaca kertas.
  3. Minta mereka pilih satu nombor, lihat nombor dan lipat semula kertas. Mereka perlu ingat nombor yang mereka lihat di kertas tadi dan mereka boleh berjalan mengambil barang sebanyak nombor itu tadi.
  4. Datang semula dan letakkan barang di bawah kertas yang berlipat.
  5. Ambil kertas lain dan ulang.

Video di bawah adalah sewaktu saya homeschool.

Versi kedua dan ketiga, nombor dijahit menggunakan kain felt.

I finally changed the counters!

Contoh bila menggunakan barang-barang di dalam environment.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.