Tanah, Air, Udara

Perlukan:

  • Mainan kapal terbang atau kereta
  • Sand Paper Globe (Montessori Geography Material) (*xde just globe)
  • 1 bekas tanah dan 1 bekas air
  • Kad-kad tanah, air, udara 
  • 3 bekas jernih yang telah dipenuhi air dan tanah, dan satu lagi kosong untuk udara.

Tunjuk kapal terbang mainan dan tanya apa itu. Adakah itu kapal terbang sebenar yang boleh terbang? Kita boleh bermain-main dengannay.  Boleh tak kapal terbang sebenar ada di sini? Model adalah tiruan sesuatu yang besar dalam saiz yang kecil. Tunjuk globe  dan terangkan ini adalah tiruan kecil kepada Bumi yang sangat besar. eally big earth. Kita tak dapat lihat keseluruhan bumi yang sangat besar kecuali jika kita terbang mengelilinginya. Ada sesetengah orang dah buat begitu dan ambil gambar keseluruhan bumi. Globe ini adalah model kepada bumi kita. Kita dapat lihat bumi kita yang besar di sini. Di sini kita dapat lihat ada dua bahagian penting. Tanah dan air.


Kita boleh lihat dan rasa tanah dan air adalah sebahagian dari bumi. Ada satu lagi perkara penting yang ada disekeliling bumi. Ianya adalah udara. Udara ada disekeliling bumi. Ia ada di mana-mana! Tanya jika kita dapat rasa dan lihat udara.

Kita akan buat eksperimen. (Dalam tray sediakan small pitcher, mangkuk kecil yang cukup dalam, small plastic cup, tisu dan span.) Penuhkan pitcher dengan air dan tuangkan ke dalam mangkuk. Ambil tisu dan masukkan ke dalam cawan plastik. Tekan-tekan hingga ke bahagian bawah cawan. Kemudian terbalikkan cawan itu ke dalam mangkuk. Bila ambil semula, tisu tidak basah. Bincangkan kenapa dan bagaimana ianya disebabkan oleh angin. Biarkan main tanpa tisu untuk lihat air bubbles!

Tambahan: Eksperimen

Eksperimen 1

Beg plastik atau beg kertas. Tanya ada apa-apa tak dalam beg? Minta buka dan lihat. Kemudian tiup dalam beg itu dan tutup. Tanya lagi: Sekarang apa yang ada dalam beg ini? (Udara)

Eksperimen 2

Masukkan belon ke dalam botol. Tarik ruang buka belon mengelilingi bukaan botol. Teka apa yang akan terjadi jika kita tiup belon tu dalam botol. Adakah belon itu akan pecahkan botol, pecah atau tak jadi apa-apa? Cuba tiup! Lepas eksperimen ini, tanya kenapa tak jadi apa-apa. (Sebab udara memenuhi ruang, dalam botol tu dipenuhi udara. Jadi bila kita cuba tiup, udara dalam botol itu menahan dari belon itu mengembang.) Tekankan walaupun kita tak nampak udara, udara memenuhi ruang.

Eksperimen 3 – Udara bergerak

Kita boleh rasa udara (angin). Duduk depan kipas dan buka. Tanya rasa apa bila berada di depan kipas. Terangkan apa yang dirasai tu adalah angin yang bergerak laju. Kipas berpusing membuatkan angin bergerak laju.

Aktiviti:

  • Keluarkan kad Tanah, Air, Udara dan klasifikasi
  • Klasifikasi haiwan darat dan laut (*guna bahan dari el-Hana dan toob)

(*g1-2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *