Cultural,  Geography,  Montessori

Darat, Air, Udara

Presentation 1: Darat & Air

Tujuan:
Untuk tahu Bumi dipenuhi dengan darat, air dan udara.
Untuk tahu Bumi itu bulat dan globe adalah model kepada Bumi.

Perlukan:

  • Mainan kapal terbang
  • Sand Paper Globe (Montessori Geography Material) (*xde just globe biasa)
  • 1 bekas tanah dan 1 bekas air

Tunjuk kapal terbang mainan dan tanya apa tu. Adakah itu kapal terbang sebenar yang boleh terbang? Kita boleh bermain-main dengannya.  Boleh tak kapal terbang sebenar ada di sini? Model adalah tiruan sesuatu yang besar dalam saiz yang kecil. Tunjuk globe dan terangkan ini adalah tiruan kecil kepada Bumi yang sangat besar. Bumi kita sangat besar. Kita tak dapat lihat keseluruhan bumi yang sangat besar kecuali jika kita terbang mengelilinginya. Ada orang dah mengelilingi bumi dan ambil gambar keseluruhan bumi. Globe ini adalah model kepada bumi kita. Kita dapat lihat bumi kita yang besar di sini. Di sini kita dapat lihat ada dua bahagian penting. Tanah dan air.

Tunjuk dua bekas yang mengandungi tanah dan air.

Aktiviti 1

  • Playdough buatkan land di kertas (idea Pinterest)

Aktiviti 2

  • Classify Haiwan darat & laut
    • Satu bekas haiwan-haiwan darat dan laut 
    • Label “Haiwan Darat” & “Haiwan Air”
    • Bekas tertutup air dan tanah

Aktiviti 3

  • Transportation matching land, water, air

Aktiviti 4

  • Warnakan bumi (Google je imej Bumi)

Presentation 2: Darat, Air & Udara

Kita boleh lihat dan rasa tanah dan air adalah sebahagian dari bumi. Ada satu lagi perkara penting yang ada disekeliling bumi. Ianya adalah udara. Udara ada disekeliling bumi dan ia ada di mana-mana! Tanya anak-anak jika kita dapat rasa dan lihat udara.

Jom, kita buat eksperimen!

Perlukan:

  • Small pitcher yang berisi air
  • Mangkuk kecil yang cukup dalam
  • Cawan plastik
  • Tisu  & Span

Tuangkan air ke dalam mangkuk. Ambil tisu dan masukkan ke dalam cawan plastik. Tekan-tekan hingga ke bahagian bawah cawan. Kemudian terbalikkan cawan itu ke dalam mangkuk. Bila ambil semula, tisu tidak basah. Bincangkan kenapa dan bagaimana ianya disebabkan oleh angin. Biarkan main tanpa tisu untuk lihat air bubbles!

Tambahan: Eksperimen

Eksperimen 1
Beg plastik atau beg kertas. Tanya ada apa-apa tak dalam beg? Minta buka dan lihat. Kemudian tiup dalam beg itu dan tutup. Tanya lagi: Sekarang apa yang ada dalam beg ini? (Udara)

Eksperimen 2
Masukkan belon ke dalam botol. Tarik ruang buka belon mengelilingi bukaan botol. Teka apa yang akan terjadi jika kita tiup belon tu dalam botol. Adakah belon itu akan pecahkan botol, pecah atau tak jadi apa-apa? Cuba tiup! Lepas eksperimen ini, tanya kenapa tak jadi apa-apa. (Sebab udara memenuhi ruang, dalam botol tu dipenuhi udara. Jadi bila kita cuba tiup, udara dalam botol itu menahan dari belon itu mengembang.) Tekankan walaupun kita tak nampak udara, udara memenuhi ruang.

Eksperimen 3 – Udara bergerak
Kita boleh rasa udara (angin). Duduk depan kipas dan buka. Tanya rasa apa bila berada di depan kipas. Terangkan apa yang dirasai tu adalah angin yang bergerak laju. Kipas berpusing membuatkan angin bergerak laju.

Aktiviti 1

Klasifikasi gambar Tanah, Air & Udara

Perlukan:

Aktiviti 2

Cari gambar alam semulajadi yang ada 3 elemen ni, darat, tanah, uara dalam surat khabar atau majalah-majalah. Alternatively, boleh google dan print. Baytzuhr guna gambar dari sini, buat label kecil untuk anak-anak kenalpasti darat, air dan udara!

Aktiviti 3

Jalan-jalan! Jalan-jalan ke tasik, atau air terjun, sungai atau pantai dan pastikan bincang dan tunjuk darat, air dan udara. Nothing really beats when you put things to practical. They’ll be amazed!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.