12-18m,  Perkembangan

Aid to Walking / Bantu anak berjalan

Di group, pembacaan buku The Secret of Childhood, kami baca topik ‘Walking’. Dalam chapter banyak beritahu, bagaimana kita orang dewasa tidak membantu malah jadi obstacle sebenarnya untuk anak-anak berjalan.

Langkah pertama mereka dapat berjalan adalah big step towards independence. Dalam buku ‘The Secret of Childhood’, Montessori mengatakan “Learning to Walk is for a child a kind of second birth, when he passes from a helpless to an active being.”

Kita perlu faham tentang perkembangan berjalan, apa yang diperlukan untuk membantu mereka berjalan. Saya katakan sini MEMBANTU dan TIDAK MENGAJAR mereka berjalan, kerana mereka belajar berjalan dengan sendiri.

Saya dibesarkan dengan melihat kanak-kanak menggunakan Baby Walker. Bila lihat anak mula boleh berdiri je, belikan baby walker, letak mereka dalam tu, dan sukalah tengok mereka ke sana ke mari tanpa bantuan kita. Saya sendiri guna masa Haris dan Hana. Masa Hana guna tu barulah saya tahu tak bagusnya guna Baby Walker dan bahaya. Terus saya dah tak guna.

TAK BAGUSSSSSSS

American Academy of Pediatrics (AAP), juga mengeluarkan banyak study dan tidak rekemen menggunakan Baby Walker, sebab:

  1. Bahaya yang menyebabkan banyak kecedaraan (climb nak keluar jatuh, jatuh tangga atau dari tempat tinggi sebab tak nampak etc)
  2. Terlalu banyak support diberikan yang menyebabkan slow acquisition of balance and muscle strength yang diperlukan di kaki untuk perkembangan berjalan.

Read study on Baby Walkers here.

As point no. 2 stated, banyak persediaan dalaman kanak-kanak tu diperlukan/diasah/dilatih sebelum mereka boleh berjalan.

  1. Kanak-kanak hanya boleh berjalan bila tulang-tulang mereka dah keras supaya mereka boleh berdiri tegak dan berjalan dengan dua kaki.
  2. Nervous system perlu mature secukupnya untuk hantar signal dari otot kaki ke otak. In turn, otot juga perlu cukup kuat dan koordinasi untuk respond kepada signal dari otak ke kaki.
  3. Perlukan balance.

Jadi, mustahil untuk mengharapkan dan ‘ajar’ mereka berjalan bila mereka belum bersedia. Biasanya kita fikir kita nak tolong, kita perlu ajar mereka berjalan. Sudahnya guna baby walker dan selalu pimpin. It is with good intention, tapi kita tidak sedar itu sebenarnya adalah halangan kepada perkembangan mereka.

Ikut milestone AAP, kanak-kanak akan mulakan langkah pertama mereka antara 12 bulan, kemudian berjalan tanpa bantuan (mostly 13 bulan) kemudian berlari etc. Ada yang mula berjalan tanpa bantuan seawal 11 bulan. Jika by 16-17 bulan belum berjalan, as long as they develop normally, biasanya tiada masalah.

Bagaimana kita bantu?

1. Sediakan Prepared Environment yang selamat:
  • Bila mereka mula bangun sediakan stool untuk mereka latih bangun dan kuatkan kaki atau install pull up bar.
Ottoman: Setinggi perut. Gambar dari The Kavanaugh Report

Pull Up Bar. Boleh google cara DIY
  • Bila mereka mula bangun dan berpaut/papah diri mereka untuk berjalan di perabot2, kita susun atur perabot supaya mereka boleh menyusur diantara perabot dan kemudian jauhkan sikit supaya mereka boleh berjalan antara perabot
  • Boleh sediakan push wagon yang kuat berat dan selamat untuk mereka tolak instead of walker
2. Pakaian yang Selesa

Pakaian yang selesa untuk mudahkan pergerakan. Mereka akan banyak bangun, duduk jadi seluar jeans ketat tak sesuai.

3. Berikan Peluang

Berikan peluang sebanyak boleh untuk mereka melatih berjalan. Avoid guna stroller etc. Go for a walk. Dan their walk tak sama seperti kita. Mereka akan banyak berhenti sebab mereka suka berhenti tengok dan sentuh setiap benda yang tarik perhatian mereka. Jadi penting luangkan masa dari jadual kita untuk ini.

KURANGKAAAAAAN
4. Berikan masa

Berikan masa to do things at his pace.

Walking Milestone dari AAP:

9 monthsPull himself to a stand
11 monthsStart to cruise, taking sideways steps around furniture.

Will walk with 1 or both arms holding/pushing push toy.

May also stand alone for a few moments
12 monthsSome babies may walk alone
14 monthsMay learning to walk backward
15 monthsMay walk alone but still unsteady keeping feet wide apart and arms out to help them balance.

Need to learn how to stop in a controlled way, may still bumb into things frequently
18 monthsWalking more steadily, legs closer together, able to stop more easily, no need to hold his arms out anymore to balance.

May start to speed and run in his own toddler way.
2 yearsExpert walker and have acquired the skill of walking heel to toe like adults

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.