The Work of Air: Prelude to the Winds
Kami cover topik ini ikut Elementary Geography, ikut sequence di Keys of the Universe. Ianya ada 7 chapter utama:
- Creation of Earth/Universe
- Nature of the Elements
- The Sun and the Earth
- The Work of Air
- The Work of Water
- Human Geography
- Functional Geography
Kalau tengok di website tu, boleh tengok Scope and Sequencenya dan suggested start and end. Boleh mula presentations pada tahun berapa hingga tahun berapa.
Awal tahun hari tu, kami dah buat Great Lesson 1, yang mana membuka kepada topik-topik di atas. Tengah tahun hari tu (malas nak check bulan berapa, hahha) kami dah cuba go through sedikit The Sun and the Earth. Terus jump kepada The Work of Air sebab hari tu Hana tanya tentang angin, jadi ingat this might be a good time kot untuk cuba lesson ni.
First sebelum ke topik angin itu sendiri (which is the work of air la kan), kami buat 3 eksperimen yang menunjukkan basic concept udara, iaitu:
- Udara memenuhi ruang
- Udara panas naik ke atas (hot air rises)
- Udara sejuk masuk ganti udara panas (errr gitulah kot bahasa mudahnya, tapi basically tunjuk the idea tiada ruang kosong, udara panas naik, kawasan yang ditinggalkan tu cepat2 udara masuk)
Dekat sini saya hanya tunjuk 2 eksperimen. Dah cuba buat eksperimen 2, tapi tak jadi. Sudahnya terbakar kertas tu. Hahah. Last-last tunjuk video je.
Boleh tengok sini untuk eskperimen 1.
Yang ni Aqeel sangat suka tengok, sebab air tak turun! Banyaklah diskus ni. Jadi nampak jelas udara tu ada, udara supports water. Cuma kita tak nampak. Tujuan plastecene di tepi-tepi mulut botol tu adalah untuk tutup ruang adara yang ada supaya udara tu tak boleh keluar, jadi bila tuang, udara tersempitlah kiranya dalam botol tu, jadi air tak turun.
Eksperimen 3, guna incense nyamuk je sebenarnya beli dari shopee. Sebab nakkan nampak asap tu. Jadi asap di incense act as udara sejuk. Tealight tu diletakkan di dalam roll kitchen towel, jadi udara di dalam kitchen towel tu panas. Udara bila panas, apa jadi? Relate kepada eksperimen kedua. Ia naik ke atas. Jadi kita dekatkan incense tu ke lubang yang dibuat dibawah roll tu dan boleh nampak dengan jelas asap dalam incense instead of going up macam biasa dia akan tersedut masuk ke dalam roll tu dan keluar melalui roll ke atas. Jadi udara sejuk masuk menggantikan udara panas yang naik ke atas, udara sejuk tu jadi panas juga sebab ada api tealight tu kan, dan naik ke atas juga. Jadi proses tu berulang berlaku.
So these are the ideas yang nak tunjuk pada mereka. Sekadar tunjuk sahaja, so the idea is planted in their head. Tak faham tak apa. They can also repeat this on their own, with our supervision lah, sebabkan api. Tapi saya tak setup untuk diorang buat sendiri pun, kecuali eksperimen 1.
Lepas eksperimen ni, saya proceed kepada Angin. Which is hanya tunjukkan impressionistic chart, cerita dan diskus. They are welcome to write the note, findings, tapi kalau tak nak takpe.