Culture’s Topics
All along, di dalam AMI Montessori Training hanya ada 4 album (atau subjek) iaitu Practical Life, Sensorial, Language dan Mathematics. Subjek Culture merangkumi di dalam keempat-empat subjek ini. Saya faham juga kenapa, disebabkan oleh inter-related, culture adalah budaya yang mana ianya adalah kehidupan. Contohnya bidang biologi, kita boleh dapati di dalam Practical Life apabila anak-anak menjaga (care) tumbuhan di sekeliling dengan menyiram pokok, bertanam, lap daun pokok dan sebagainya. Secara tak langsung ianya berhubung dengan biologi. Di dalam sensorial, anak-anak menggunakan deria melihat dan memperhalusi deria melihat dengan melihat pelbagai jenis bentuk dan saiz daun dan tumbuhan, begitu juga menggunakan deria sentuhan, mendengar, rasa dan bau. Di dalam Language pula, mereka mendengar semua bahasa yang berkaitan apabila mereka experience dengan tumbuhan, kata namanya; nama-nama tumbuhan, bunga, sayur, daun, bahagian tumbuhan, bahagian bunga etc, kata kerjanya, menanam, menyiram, menjaga, membesar, tumbuh etc, bila dah boleh baca, anak-anak akan membaca apa sahaja yang berkaitan dengan tumbuhan dan di dalam Mathematics, mereka secara langsung belajar one to one correspondence, estimation, dsb. Sebab itu tiada album khusus bagi Culture, pada awalnya.
Pada tahun 2020, pada waktu saya menjalankan training di Melbourne, tahun ini, trainer saya berkeputusan untuk kami membuat album Culture. Asingkan yang berkaitan tumbuhan secara langsung ke dalam satu album, bagi membantu kami melihat dan memahami Culture itu. It is helpful, tetapi setelah tahun ini tahun ke-empat saya di dalam kelas, saya sering merasakan ianya tidak cukup. I did some comparison with some of the other AMI trainings. Kebetulan ada rakan-rakan yang melalui AMI trainings di bawah trainers yang berbeza. Di dalam album Culture saya, ianya dibahagian kepada The World, The World of Plant, The World of Art, The World of Music dan The World of Science. Ianya tidak dipanggil Geography, Botany, Zoology seperti training-training yang lain. Kerana anak-anak peringkat umur ini diberikan pengenalan dan pengalaman, for them to explore. Just giving them keys to open and explore these worlds, The World, the world of plant etc. Di training yang lain, ianya dibahagikan kepada; The World (merangkumi geografi dan sains seperti sink/float, magnet dsb), The World of Plants, The World of Animals, The World of Man, The World of Art, The World of Sports.
Di dalam buku The Red Corola, trainer Susan membahagikan kepada The World of Physics, The World of Botany, The World of Zoology, The World of History, The World of Geography, The World of Music dan The World of Art. It is actually based on how you organise these information, how you wanted to sort them. What differs are the science topics. Di sini kita boleh melihat bagaimana seseorang trainer itu, membahagikan pengetahuan mereka. Maka, saya pun perlu organise these information for my understanding, and how I would like to present it to the children. The children will receive the knowledge and experience nonetheless, no matter how you organise it, it is for me as adult to organise myself around it, so I can give as many as possible to my children.
“Science is the broad, overarching discipline, while physics, botany, zoology, and geography are its specific branches.”
Definisi sains mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka adalah:
1. Ilmu pengetahuan yg teratur (sistematik) yg boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya;
2. Cabang ilmu pengetahuan yg berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia, biologi, dll).
Thus, in my own training, ada Sains tapi ada juga subjek khusus The World of Plants. Di dalam training yang seterusnya, ada The World of Man, apa sahaja yang dihasilkan dengan tangan manusia, contohnya sejarah. Segala sains yang berkaitan alam, under The World. Kemudian ada khusus Sports, disebabkan melihat sukan ini sebagai salah satu yang dicipta manusia yang memenuhi banyak kecenderungan manusia (human tendencies).
Secara kesimpulannya buat masa ini, pada waktu saya menulis ini, saya cenderung ke arah Susan Mayclin, membahagikan Culture kepada:
The World of Physics, The World of Botany, The World of Zoology, The World of History, The World of Geography, The World of Music dan The World of Art.
“Physics is the study of the mechanics of why matter or physical objects react in a particular way.” – Susan Mayclin Stephenson
Apa sahaja yang berkaitan dengan matter, fizikal, sink/float, magnet, cahaya, gravity semua di bawah Fizik, dan selebihnya as the name suggests.