4 Peringkat Perkembangan (ringkas)

“The child passes through certain phases, each of which has its own particular needs. The characteristics of each are so different that the passages from one phase to another have been described by certain psychologists as ‘rebirths’. (Montessori, “The Four Planes of Education”, p.1, reprinted in 2004).

Boleh nampak perubahan dari segi personaliti, kemahiran kognitif dan tingkah laku pada setiap peringkat.

Setiap peringkat mula semula dengan set ciri-ciri, keperluan dan tingkah laku yang baru. Bila satu-satu peringkat tu naik sampai ke kemuncak, ia mula menurun untuk beri laluan peralihan ke peringkat seterusnya.

 

 


Baca lebih lanjut di sini.

Sensitive Period for Order

“A very important and mysterious period is the one which makes a child extremely sensitive to order. This sensitiveness appears in a child’s first year and continues on through the second. It may seem to us slightly fantastic that children should have a sensitive period with respect to external order, since it is a common opinion that children are disorderly by their nature.”

Dalam pemerhatian Dr Montessori, pada zamannya tu, kanak-kanak dibesarkan dalam persekitaran dewasa (dan sekarang pun, tapi kesedaran terhadap early childhood ni makin meningkat). Bila baca tu, sangat boleh relate, sebab masa kecil biasa kita dengar dari mak ayah, penjaga atau orang dewasa di sekeliling kita cakap “Jangan sentuh tu nanti pecah! (hiasan-hiasan kaca dalam rumah). “Jangan panjat tu nanti jatuh!” (nak naik kerusi meja makan.) Even diri sendiri pun when I was teenager pun I had to care for nephew and niece pun cenggitulah. Jadi seperti yang dikatakan oleh Dr Montessori di atas, memang kita fikir kanak-kanak ni “disorderly by nature”. Tapi Dr. Montessori fikir sebaliknya. Yang mana, dalam pemerhatian beliau, kanak-kanak ni mula sensitive period pada order sejak dari lahir lagi! Bila sensitive period for order ni tidak dipenuhi, mereka akan respon dengan tantrums, nangis berterusan dll.

Contoh pemerhatian beliau yang beliau ceritakan dalam buku “The Secret of Childhood“:

Seorang bayi yang berumur lebih kurang 6 bulan, berada dalam biliknya. Dia dah biasa melihat aturan sekitar biliknya. Satu hari seorang wanita masuk ke dalam bilik tu dan letakkan parasol atas meja. Bayi tu mula gelisah dan mula menangis bila melihat beberapa ketika pada parasol tu (dan bukan menangis bila melihat pada wanita tu). Wanita tu ingat bayi tu nakkan parasol tu jadi dia pun ambil dan cuba beri pada bayi tu, tapi bayu tu tolak dan menjerit. Wanita tu memujuk-mujuk bayi tu tapi raungan masih kuat. Apa yang perlu dia buat? Tiba-tiba ibu kepada bayi tu dapat rasa apa yang bayi nak, bangun, dan ambil payung tu dan bawa keluar ke bilik lain. Dengan serta merta bayi tu tenang semula. Penyebab bayi bertindak begitu adalah kerana payung yang ada di atas meja tu; objek yang tetiba datang terjah dan kacau memori patternnya terhadap susun atur bilik tu.

 

Sequence Kemahiran Menggunting / Scissors Skills Sequence

Aktiviti menggunting biasanya dikenalkan kepada anak-anak mula umur 2 tahun ke atas dalam kelas Montessori dan yang mana homeschool anak-anak guna kaedah Montessori ada juga yang kenalkan lebih awal. Ikut kebolehan keseluruhan anak. Samada dia bersedia atau tidak. Gunting yang digunakan dalam persekitaran Montessori adalah gunting yang betul  tapi saiz kanak-kanak (blunt edges).

Menggunting adalah salah satu aktiviti banyak manfaatnya pada kanak-kanak terutamanya pada perkembangan motor halus kanak-kanak. Pergerakan buka tutup masa menggunting ini menguatkan otot tangan yang mana ianya penting untuk kebolehan menulis.

Antara faedah menggunting:

  • Kemahiran motor halus; pergerakan buka tutup masa menggunting tu menguatkan otot tangan
  • Kemahiran koordinasi tangan dan mata di mana kanak-kanak memegang kertas di sebelah tangan dan menggunting menggunakan tangan sebelah lagi dan menggunakan mata untuk track pergerakan gunting.
  • Kemahiran koordinasi bilateral; pengggunaan kedua-dua belah badan (kiri dan kanak) pada masa yang sama tapi tugas yang berbeza! Contoh, menggunting bentuk bulat di kertas, kanak-kanak perlu pegang kertas dan pusingkannya dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi buka tutup gunting dan menggunting ikut garisan.

Aktiviti awal (prerequisite) yang boleh membantu sebelum kenalkan aktiviti menggunting pada kanak-kanak adalah transferring activity menggunakan pengepit (tongs), atau hole puncher, untuk kuatkan tangan dan membantu pergerakan buka tutup gunting.

Macamana nak tahu anak belum sedia guna gunting dan kita kenalkan terlalu awal?

  • Bila mereka gunakan dengan tidak sepatutnya.
  • Bila mereka gunakan kedua-dua belah tangan untuk menggunting.
  • Bila mereka tak ikut arahan keselamatan gunakan gunting.

Cara nak kenalkan:

Sediakan kertas tebal (cardstock) (saya guna 180gsm-230gsm) (guna kertas tebal sebab masa pegang tak lembik jatuh-jatuh mudahkan bagi anak-anak).

Potong kertas panjang-panjang seinci lebar. Tunjuk kat mana dia perlu letakkan jari-jari dia, kita pegangkan kertas dan tolong bukakan gunting dan dia akan snip atau boleh juga kita sama-sama gunting dengan dia. Masa demo perlu tunjukkan dengan perlahan, kita tidak bercakap banyak (minimal words) dan pause antara setiap step.

Contoh:

“Ini gunting, dan mama akan tunjuk macamana nak gunting.”

“Pegang gunting macam ni.” Ambil gunting dan masuk jari perlahan-lahan. (Buat gerakan buka tutup gunting.)

Pause.

Say, “Open.”  Buka gunting dengan perlahan.

Pause.

“Close.” Tutup dengan perlahan.

“Ini kertas.” (Tunjuk cara pegang.) “Gunting kertas macam ni.” Tunjukkan cara menggunting dan pause antara setiap step.

Jika beberapa kali dia masih lagi tak menggunakan dengan betul, put it away. Dia belum sedia dan ada je kanak-kanak yang belum confident guna gunting hingga umur 4-5 tahun. So, it’s OK! Follow the child.

Sequence Menggunting

Mula dengan 1 inch strip kosong (tak perlu garis) –> bila dah mahir baru garis-gariskan straight lines yang tebal pada strip, minta dia gunting ikut line –> line nipis (thin lines) –> kertas yang kurang berat

Mula dengan 1 snip (1 inch) –> lebih dari 1 snip –> dan satu kertas penuh

Pegang gunting dengan betul –> Snipping –> Cutting straight lines –> diagonal –> zigzag –> curves –> waves –> spirals

Selain kertas boleh juga guna benang, yarn, playdough, kertas foil, pelbagai jenis kertas, rumput-rumput, daun-daun yang dikutip di luar, straw, dan lain-lain lagi.

Printable pattern untuk gunting boleh download di sini:

Paper Cutting di JMJ Publishing

Montessori style cutting box with free printable patterns

3 Hour Work Cycle

Tengah study dan baca mengenai 3 Hour Work Cycle ni. Boleh jadi ke dalam homeschool setting? Sebab dengan UNINTERRUPTED Work Cycle ni akan ke arah normalisation. Ha.

Sehinggalah jumpa artikel yang boleh jawab pertanyaan ni dengan jelas. Boleh baca mengenai 3 hour work cycle di sini. Sangat bermanfaat dan diterangkan dengan sangat jelas.

What I learned from this untuk homeschool setting adalah:

  • 3 hour work cycle bukan hanya kerja-kerja shelf, trays atau lessons. Ia juga termasuklah snacking, preparing food, ke tandas, walk about room, play outside, conversing with friends and teachers, etc.
  • Susah nak tentukan 3 hour work cycle di rumah, sebab ianya boleh berlaku bila-bila masa sebenarnya. Anak ke toilet sendiri, bantu ibu basuh pinggan, prepare snack sendiri, prepare table untuk makan. Semua ni termasuk (jika persekitaran tu dah disediakan (prepared environment)).

Kalau ikut pengalaman sendiri, ia tak semestinya berlaku pada waktu pagi. Kadang-kadang lepas dinner pun anak-anak akan ke shelf dan ambil tray atau kerja apa-apa yang di shelf dan buat. Kerja tu mereka buat berterusan sehingga habis, pulangkan ke shelf dan masuk tidur.

 

Kalau ikut artikel di sini pula, 3 hour work cycle ni dah memang semulajadi ada dalam diri kita. Even kita dewasa ni pun, bila mula kerja mesti in this span of 3 hour – 4 hour work cycle, barulah dapat kepuasan dalam diri.

Ini pun bila difikir balik, ye juga. Hana bila mula kerja (sebab betul-betul belajar kami tidak setiap hari) it will last dari 2 jam hingga 3 jam. Nanti nak observe seperti yang dalam artikel ni.

 

 

Buku-Buku Montessori

Lepas beberapa tahun cuba bermontessori, dengan jumpanya buku ni, barulah dapat banyaaak pencerahan.

Saya beli di Bookurve harga RM68.

Untuk tulisan Dr. Montessori sendiri, boleh baca The Absorbent Mind dan The Secret of Childhood. Amek masa juga untuk saya yang marhaen ini untuk hadam tulisan Dr. Montessori.

Untuk spesifik kepada nak memontessorikan rumah, boleh baca How to Raise an Amazing Child by Tim Seldin & Montessori Play & Learn by Lesley Britton.

Ingat lagi masa mula-mula nak mendalami lagi kaedah Montessori ni, satu website ni rekemen buku The Montessori Method. Makanya belilah buku ni di Kinokuniya. Tapi ugh takleh nak habiskan, bahasa dia… susah nak hadam. Hahaha. Untuk sesetengah orang mungkin boleh, untuk saya tidak. Lepas tu dapat pinjam buku The Secret of Childhood di National Library dan yang ini macam seronok sikit baca. Baca ni dah boleh grasp the whole theory of Montessori Method.

 

 

Masa Depan di Tangan Kita

The future is in our hands. 

Ayat ni bermain-main di kepala. Rasanya selagi tak tulis selagi tu duk main-main dalam kepala. Sejak tengok video Montessori Classrooms beberapa bulan lalu, terlintas di fikiran, Subhanallah, we are educating the future. Tak ingat yang mana satu. Rasanya randomly searched Google atau Youtube dan terlihatlah suasana satu Montessori Classroom, Casa makna umur 3-6 tahun, a normalised one, sorang kanak-kanak cuci tingkap, sorang cuci tangan, sorang buat language, sensorial, di hujung sana kanak-kanak mengelilingi rug dan guide bacakan buku. Ada older children yang tunjukkan cara dressin frames, dan lain-lain! It was peaceful and yet they’re very absorbed in their own world. Ekpresi mereka nampak puas, tanpa dipaksa, and imagine how they’re going to be when they grow up? Imagine! Macamana mereka boleh jadi macam tu? Besarnya tanggungawab kita Allah bagi kan?

 

 

Checklists untuk Newborn

Masa Aqeel dulu newborn ikut checklists ni.

  • Letak somewhere near him gambar hitam putih (masa Aqeel tu sandarkan di cot atau dinding berdekatan tempat dia baring). Kenapa gambar hitam putih? Boleh baca sini.
  • Responds to loud sounds. Ingat lagi masa ni masa dia tengah jaga, kadang-kadang tepuk atau jatuhkan barang untuk tengok respon dia. Hehe.
  • Mata dia mula follow moving object jadi gantungkan mobile. Boleh baca dengan lebih lanjut di sini. Untuk mobile ni, terngiang-ngiang perenggan dari michaelolaf :

“This baby was visiting a home where there were no visual mobiles and he needed to carry out this important daily “work”. So the mother hung a scarf over a lampshade in front of an open window, creating a moving object for the baby to focus on. Suddenly she realized that it seemed he was ready to move beyond watching, to touch! He tried with his whole body to reach the fringe of the scarf, but is not yet at the stage of controlling his hands to this extent. (2.5 months)”

  • Tummy time dan tengok boleh angkat kepala.
  • Buka dan tutup tangan
  • Mula bawa tangan ke mulut

Prepared Adult

Dah lama nak sentuh topik ni. If you’ve been reading and studying about Montessori, you’ll eventually come across perkataan ni,. Yang banyak dan biasa kita dengar adalah Prepared Environment, tapi ada dua lagi elemen yang sama penting..

3 elemen penting dalam Montessori:
1) The Prepared Adult
2) The Prepared Environment
3) The Prepared Child

4 ways adult becomes prepared to work with the child:
1) Spiritually; inner-self (termasuklah emosi)
2) Intellectually
3) Technically
4) Physically

Inner-Self

“We must see ourselves as another sees us.”

Dalam buku The Secret of Childhood, Dr. Montessori nyatakan untuk bekerja dengan kanak-kanak, tidak cukup dengan pengetahuan teori sahaja. Cara kita perhatikan kanak-kanak adalah sangat penting. Sebelum bekerja dengan kanak-kanak, guru atau orang dewasa perlu terlebih dahulu “studying his own defects, his own evil tendencies, rather than by being excessively pre-occupied with a “child’s tendencies,” with the manner of ‘correcting child’s mistakes,…’.”

Free from anger and pride and prejudice which will hinder our understanding of a child.

  • Ingat, troublesome children need the most love. Mereka nakkan perhatian dan tak boleh diendahkan dan perhatian yang diberikan perlulah bersesuaian.
  • Must have faith in the child dan develop humility. If something goes wrong jangan terburu-buru salahkan mereka. Tengok environment dan diri kita.
  • Kesabaran. Mesti tahu kanak-kanak bukan menyusahkan dan kita perlu perlahankan pace ikut mereka.
  • Perserverance

The Montessori approach is a flexible approach that meets the truest, deepest needs of the universal child and the individual child. When it doesn’t seem to be working, we need to look at the foundation: prepared child, prepared adult, prepared environment (prepared to meet the human needs and tendencies – not requiring a room full of materials). If something is not quite there in one if those, the tripod is not strong. – Jessica Welsh from FB 

You must prepare yourself first, before anything else – and that includes all the reading, yes, but it also includes being willing to look honestly at your self, your habits, your responses and reactions, and being willing to change them when needed. Are you able to allow your child the freedom, the mistakes and the exploration as well as to know when to set limits that don’t feel like limits because that is what is needed to develop deep concentration? Are you able to observe with enough objectivity to know when your child’s needs are not being met and what to shift in the environment to meet them? If you can do that, then you’ve got a Montessori environment. – Andy Lulka from FB 

Salah satu aspek juga Mendengar.

  • Langkah pertama untuk rasa dihargai
  • “If the child does not have a model of what listening really means, she will not be able to do it, and will even lose the ability to listen to herself, her inner guidance.”[source]
  • Kanak-kanak rasa didengari bila: [source]
    • dewasa senyap bila mereka bercakap
    • dewasa paraphrase apa yang mereka dah cakap untuk clarify sebelum respond
    • dewasa beri kepercayaan kepada kebolehan kanak-kanak dan encourage independence while offering any necessary suggestions (since the child is coming to the adult for guidance or at minimum confirmation of the appropriate course of action or confirmation that the child’s words, thoughts, feelings and stories are valid).
    • Macamana nak respond? Dari kita biasa tanya, “Kenapa tak letak semula?” kita beri reminder, “Kerja masih tak siap ni, masih di lantai (contohnya). Siapkan kerja dulu baru mula yang baru.

Intellectually

Baca dan belajar tentang ilmu perkembangan kanak-kanak dan Montessori untuk bantu perkembangan mereka. Juga kita sendiri jangan berhenti belajar, apa sahaja. Be a lifelong learner ourself.

Technically

Kita belajar tentang material-materials, macamana didevelop, macamana nak present, teori disebalik materials, macamana nak prepare. Bila kita tahu dan faham ada yang boleh buat sendiri. Kita latih sendiri macamana nak gunakan dan nak sembahkan pada kanak-kanak supaya setiap pergerakan tepat sebab ini akan diperhatikan oleh kanak-kanak dan mereka akan ikut tiru.

Perlu juga tahu bila untuk intervene atau  tak. Maintain balance antara freedom & responsibility.

Physical

  • Sihat dan bertenaga
  • Voice tone
  • Movements
  • Appearance: Must not be the focus or a distraction (extravagant clothing, hairstyles or flashy makeup, painted nails…)

(*Susah juga nak cari sumber-sumber untuk prepared adult. The only two blogs yang share secara mendalam topik ni adalah Montessori Nuggets dan Montessori en Casa, jadi nota ni berasaskan kedua-dua blog ni, buku-buku Montessori yang dibaca dan discussion dalam Montessori groups.)