• Books,  Language

    Panduan Pemilihan Buku Kanak-Kanak Kaedah Montessori

    *may contain affiliate links*

    [Montessori Read & Write oleh Lynn Lawrence] (*Bookdepository antara paling murah untuk dapatkan buku dan free delivery! Tapi kena tunggu lamalah, dalam 2-4 minggu.)

    Ringkasan bacaan topik Pemilihan Konten Buku Kanak-Kanak

    A good rule of thumb: the younger the child, the more realistic the content should be.

    0-2

    • Kanak-kanak suka buku saiz kecil. Board books tahan lama dan sesuai untuk tangan dia yang kecil.
    • Kanak-kanak suka buku yang berulang-ulang.
    • Umur ni mereka susah untuk ber-storytelling. Redha dan biar je mereka belek-belek.
    • Suka belek-belek ke depan ke belakang.
    • Gambar-gambar, ilustrasi akan menarik minat mereka. Cari ilustrasi yang cantik-cantik.
    • Langkah pertama: Mula-mula banyakkan cerita berdasarkan ilustrasi dan gambar di buku tu (abaikan tulisan). Mula dengan gambar yang mereka dah biasa kemudian (gradually) kepada yang lebih kompleks.
    • Langkah kedua: Ringkasan teks dan seterusnya baca teks yang tertulis. (tengok pada attention span mereka)
    • Tetapkan satu masa dalam satu hari untuk sesi baca. Jangan kecewa jika mereka cepat hilang minat.
    • Mereka suka buku lagu-lagu dan rhymes yang mereka suka!

    2-3

    • Buku nursery rhymes dan poems yang mereka dah tahu.
    • Buku yang mengisahkan aktiviti harian, bantu develop sense of security secara langsung boleh jangka apa yang akan berlaku dalam kehidupannya
    • Cari buku yang tunjukkan environment kita, di bandar di kampung, haiwan dll.
    • Buku plot yang simple yang kemudian mereka akan ingat dan JANGAN SKIP ANY PAGES.
    • Buku fakta dan fiksyen

    3-4

    • Buku-buku yang menceritakan kehidupan harian anak-anak kita (sama macam 2-3) tapi lebih kompleks.
    • Buku yang bukan sahaja sokong dan confirm her knowledge but also stretch it.
    • Cari buku yang bermaklumat dan tepat ikut minat anak-anak sebab dia mula curious nak tahu lebih mendalam.
    • Buku yang deal dengan emotions. 
    • Buku yang membantu anak-anak deal dengan situasi baru contoh, mula sekolah, jumpa doktor, dapat adik baru.
    • Suka buku slapstick humor. (Oh, my children loves this.)

    4-5

    • Perlu buku yang bantu pemahaman anak-anak tentang dunia, yang kisahkan kehidupan orang lain, bagaimana mereka menjalankan kehidupan dan apa yang mereka buat.
    • Cerita yang lebih panjang dan jalan cerita lebih kompleks. Lebih banyak teks dari gambar supaya boleh read aloud.
    • Banyakkan buku rujukan.
    • Buku yang dia boleh mula baca dan ingat.
    • Akan lebih baca buku yang dia minat berbanding buku yang senang (easy).
    • Pilih buku yang bahasanya mudah dan ditulis dengan BAIK.
    • Humor lagi penting sekarang. Anak-anak boleh kenalpasti bila something is predictable is used in an unpredictables or inappropriate way there enjoy more subtle sense of humor.

    5-6

    • Lebih suka longer books with fewer pictures and more complex plots
    • Boleh mula baca buku chapter.
    • Buku yang ada arahan seperti buku eksperiment atau buku making things, atlas atau first dictionary.
    • Roald Dahl.