Montessori Kitchen / Dapur Montessori

Kita dah terbiasa, kalau di dapur, kanak-kanak dilarang masuk. Biasa kalau mula nak masak, kita buka tv, nah duk diam tengok tv, sebab tak nak mereka kacau kita tengah masak dan di dapur juga banyak benda-benda bahaya, api, elektrik, benda-benda tajam.

Tapi tahukah, dalam kelas Montessori, kanak-kanak digalakkan untuk menyediakan sendiri makanan ringan (snack)? Mereka juga siapkan meja untuk makan? Dan mereka juga digalakkan untuk mengemas sendiri (clean up after themselves), basuh dan keringkan alatan makan mereka sendiri. Ini kerana sifat mereka yang suka ikut apa dewasa buat dan sifat mereka yang mahu berdikari. Dan semua ini tidak mustahil jika kita sediakan prepared environment untuk mereka. All child size and easily accessible to them.

Prinsip ni juga sangat mudah sebenarnya untuk diterapkan di rumah. It all make sense sebab kita juga banyak luangkan masa di dapur, dari nak prepare, masak, basuh pinggan mangkuk, periuk belanga hingga kemas dapur. Jadi boleh libatkan juga mereka, mereka tolong aktiviti yang simple-simple di dapur.

Apa yang kanak-kanak boleh turut serta buat kerja di dapur:

  • Sediakan makanan & masak
    • Spreading & Peeling
    • Potong makanan lembut seperti pisang dengan pisau tumpul
    • Pengenalan kepada pisau tajam
    • Potong yang lebih keras seperti timun, kemudian carrot dan juga buah-buahan.
    • Ukur (measure) bahan-bahan
    • Pouring Skills
    • Basuh dan koyak-koyakkan sayur hijau
    • Buat & rolling dough
    • Ikut resipi
    • Pecahkan telur
    • Basuh beras untuk masak nasi
    • Ajar keselamatan gunakan stove
    • Flip pancakes
    • Crushing Garlic
    • Masak telur
  • Basuh alatan makan minum mereka sendiri

Tetapi sebelum tu adalah sangat penting kita pastikan mengambil langkah-langkah keselamatan di dapur termasuklah:

  • Semua pan yang berhandle panjang dihalakan ke dalam, suis dapur api di atas bukan di hadapan.
  • Ajar awal anak-anak tentang panas
  • Barangan eletrik, wayar, bahan pencuci dan bleach yang bahaya di simpan di tempat yang tak dapat dicapai kanak-kanak
  • Jangan tinggalkan anak seorang diri di dapur semasa api terbuka.

Dalam buku How to Raise an Amazing Child the Montessori Way sarankan sediakan meja bersaiz kanak-kanak di dapur untuk kanak-kanak memasak bila umur anak-anak nak mencecah 2 tahun. Guna drawer bawah untuk simpan sudu, garfu dan pisau dan rak bawah untuk letak pinggan, mangkuk, dan napkins. Dalam peti pun, ruangan bawah tu untuk letak jug minuman kecil, buah-buah yang dah dah di potong yang sedia untuk makan dan apa-apa bahan untuk buat snack.

Di bawah adalah setup ruang dapur yang saya suka!

Ramai juga yang guna dapur mainan, DUKTIG dari IKEA dan hacknya kepada workable kitchen area untuk anak-anak.

Dan saya suka yang ni, sesimple macam ni pun OK, mungkin dengan cari dalam rumah meja kecil atau almari kecil dalam rumah dan repurpose sebagai ni.

View this post on Instagram

We are currently redesigning our home so that it fosters both Fatima and Mazen's independence. I noticed that where they ask for my help that most is in our kitchen because everything is not within their reach. I asked myself what were the things that I know they can do by them selves and am I providing them with the opportunities to do so? The answer was a big no, because every time Mazen wanted to eat I would get the plate and the bowl for him. So we have incorporated a small shelf at their reach that includes plates, bowls, cups, a small water pitcher and two towels for clean up and for drying their hands. We have also stopped putting Mazen in a high chair and we have successfully transitioned to a small table and chair where he can get in and out freely and his legs can touch the floor. This little exercise has made me view my entire home with a fresh pair of eyes and I am starting to see all the ways I have been impeding their need for order and independence. If your interested in pursuing such an approach my advice would be to just sit on the floor in any given room to see how your child views that room, believe me you will be surprised. I will be sharing some before and after pictures in the upcoming weeks with some ideas of the changes we are making. #independentchild #montessori #redesigningourspace #montessorikids #montessorikitchen #18months #5yearsold #parenting #parentingtips

A post shared by esraa haidar (@esraahaidar) on

Or if you’re husband is handy, boleh buat camni

Jadi bolehlah mula mengkonmari dapur, kosongkan ruang bawah drawer dan shelf dan mula sediakan ruang untuk mereka berdikari di dapur!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.