0-3m,  Montessori Notes,  Perkembangan

Waktu Berpantang juga Waktu Simbiotik Ibu dan Anak

Nota

Biasa bila dengar pantang bersalin, waktu berpantang, 40 hari ke 44 hari ke, fokus mesti kepada si Ibu. Untuk berikan masa rehat, untuk berikan masa pulih ibu setelah mengandungkan bayi selama 9 bulan dan melahirkan. Kiranya transitional period jugalah, badan ibu lagi sekali berlaku transformasi kembali seperti asal.

Tetapi, bayi yang baru dilahirkan itu juga perlukan waktu transisi ini juga. Mereka juga perlu diberikan masa untuk adaptasikan diri mereka dengan persekitaran baru setelah selama 9 bulan di dalam kandungan ibu. Jika kita fikirkan, dalam rahim, semuanya tersedia, makanan disalurkan, keadaan yang hangat dalam badan kita, suasana tak terlalu terang, terapung dan sebagainya. Semuanya ini tiada bila dah lahir. Both ibu dan anak mengalami separation waktu lahir dan reunite di luar.

Symbiotic / Symbiosis adalah di mana dua pihak mendapat benefit dari satu sama lain. Dalam kes ini, ibu dan anak bersama-sama perlu antara satu sama lain, bergantung antara satu sama lain dan provide benefit for each other. Jadi waktu inilah waktu terbaik untuk bonding antara ibu dan bayinya waktu lahir. Anggaplah waktu ini waktu special dengan bayi. Sama ada, bayi first, bayi second (dah ada abang atau kakak).

Ibu adalah points of reference yang penting bagi bayi yang baru lahir. Bila bayi lahir, mereka akan dengar suara ibu mereka, kehangatan badan, bunyi degupan jantung bila dipeluk. Jadi, walaupun keluar ke alam baru, ianya tidak seratus peratus janggal bagi mereka kerana ada something yang familiar untuk mereka.

  • Ibu offer makanan yg memang khas tersedia bersesuaian dengan keperluan yang diperlukan oleh bayi yang baru lahir.
  • Bila bayi hisap susu, ia juga stimulate contraction untuk kecilkan rahim
  • Bila menyusu tu, kita kerap pegang dan peluk, ianya reunite ibu dan bayi di luar. Walaupun dah terpisah dari dalam badan ibu, hubungan baru terbentuk di luar. Jika hubungan ini terganggu, kedua-duanya mungkin akan rasa ‘abandoned’. Jadi keduanya perlukan physical contact untuk reassurance bahawasanya ada continuity, maka terbentuk yang dikatakan “preferential relationship“. Preferential relationship inilah yang jadi model kepada future relationship kepada bayi. Maknanya, macam benchmarklah kan. Hubungan seperti ini yang akan diexpect oleh bayi ataupun dia percaya bahawasanya this kind of relationship akan jadi dengan sesiapa pun. Contohnya, jika ibu psychologically available and present during nursing, maka ini adalah model intimcaynya. jika ibu tidak psychologically present, hanya physically present, itu adalah model intimacy kepada bayi.
  • Melalui tempoh ini juga, bayi akan establish basic trust atau basic mistrust. Basic trust di mana bayi percaya bahawa dunia ini faham dan respond kepada semua keperluannya. Ianya dinamakan oleh psychoanalyst Erik Erikson. Bila bayi perlukan sesuatu, mereka akan menangis dan jika kita perhati setiap tangisan bayi berbeza ikut different needs mereka. Jika kita faham dan terus respond, bayi akan mula percaya yang dunia ini adalah tempat yang baik yang mana keperluannya di penuhi. Ini adalah asas (foundation) kepada Basic Trust.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.