Islamic Calendar
Inspired dengan Islamic Calendar yang dibuat di blog Our Muslim Homeschool, maka terhasillah versi sendiri. Sebab ejaan nama waktu solat tu nak ikut sini. Sebolehnya akan cuba meminimumkan pembaziran kertas, jadi cramkan banyak-banyak dalam satu kertas. Haha. Kalau berminat nak guna untuk diri sendiri boleh download. Kalau ada apa-apa yang perlu diubahsuai dan komen boleh komen atau email di baytzuhr@gmail.com.
Paling baik print atas kertas cardstock. Yang dalam gambar ni saya print atas kertas dah guna, uhuk, dan laminate. I quickly regretted sebab perkataan Islamic Calendar plannya untuk budak-budak warnakan, tapi dah terlaminate dulu. Sampul tu untuk simpan nombor-nombor tarikh dan tahun. Yang boleh tukar macam tahun, bulan, tarikh, fasa bulan guna adhesive velcro. Beli dari @toysaround. Mula-mula moon phases yang lain masukkan dalam sampul juga, dan memandangkan ada kosong di tepi (terfikir untuk letak hafalan doa, ayat atau hadis *perlu beli contact paper later*) boleh juga letak moon phases in order. Lagi cantik rasanya kalau background warna hitam atau biru. Mounting board tu saiz A1 rasanya. Haris cek kalendar masa solat tulis dalam nombor dan pusing jam.
(*Tambah baik: Tambah hari: ahad, isnin, selasa, next time boleh buat dalam arabic)