Menyapu di tray / Sweeping on tray
Tujuan:
- Penggunaan peralatan yang betul (following sequence)
- Coordination of movement; whole body
- Care of environment
Peringkat toddler, 18 bulan ke atas, boleh cuba sediakan seperti di bawah.
Peralatan:
- Berus tangan kecil (boleh dapatkan di sini)
- Kekacang + mangkuk (boleh pelbagaikan untuk tarik minat buat, contoh bread/cookies crumbs, benih-benih, flower petals, cebisan kertas kecil, confetti dll)
- Tray + tape square
Presentation:
- Angkat berus tangan dan letak di luar tray.
- Pegang mangkuk, angkat dan taburkan kekacang bertaburan di atas tray. Mangkuk diletakkan di luar tray.
- Ambil berus tangan dan sapu semua kekacang masuk ke dalam taped square.
- Ambil brush pan, letak di hujung tape, sengetkan sedikit dan sapu kekacang masuk ke dalam brush pan.
- Angkat brush pan, sengetkan sedikit untuk kekacang tidak jatuh dan kekacang di masukkan semula ke dalam mangkuk.
- Jika ada yang tertumpah, guna tiga jari (pincer grasp) untuk kutip kekacang yang jatuh.
- Ulang sehingga kekacang habis disapu.
- Letak semula semua bahan seperti sediakala.
- Ajak mereka buat.
Nota:
- Dah mahir dengan kekacang, boleh cuba dengan bahan yang lebih halus.
- Aktiviti ini boleh letak di shelf atau di lantai berdekatan cleaning area.
Idea-idea lain di blog: