Montessori,  Montessori Notes

Mielination dan Kaitannya dengan Perkembangan Bayi

Mielination ni menarik. First time dengar terms ni masa training. Ni kira terms medic dah ni, tapi penting untuk tahu dan faham perkembangan kanak-kanak terutamanya peringkat bayi. Ianya banyak berkait dengan development of movement kanak-kanak, particularly pergerakan voluntari (yang boleh dikawal). (*saya bukan doktor dan pakar dalam bidang ni, hanya nota dari apa yang dibaca. Kalau salah sila betulkan.)

Mielin ni merujuk kepada sarung mielin yang menyelaputi sel saraf/neuron. Sarung ni dibentuk oleh tisu lemak otak menyelaputi axon. Tugasnya adalah untuk melindungi signal/mesej-mesej yang disampaikan dari pelbagai otot dalam badan dan memastikan pergerakan signal maklumat laju dan berkualiti.

Apa yang saya faham dari training hari tu, proses mielinisasi (wujud ke perkataan ni, haha) bermula bila bayi lahir. Ianya mula membentuk pada sel-sel saraf bermula dari kepala dan menurun ke bahagian bawah badan secara berperingkat. Maknanya sarung mielin pada asalnya tiada pada semua sel-sel saraf ni, hanya ada pada mata dan mulut bila bayi lahir. Dengan kata lainnya, tiada hubungan antara otak dan otot-otot voluntari di seluruh badan ni kecuali di mata dan mulut. Bayangkan cecair lemak ni bergerak turun menyelaputi axon perlahan-lahan mula dari kepala (mata dan mulut), leher, badan, tangan, peha, hingga kaki, macam tulah lebih kurang. 

Website I am Montessori ada senaraikan proses mielin ni berlaku:


MyelinizationMovement Abilities
BirthMouth and ThroatAble to suck, swallow and cry
2 monthsHead and NeckCan focus at larger distances
Can track visually
Can hold head up
4 monthsUpper trunk
Arms,
Hand as an extenuation of arms
Can reach for something to grasp
Can turn from tummy to back
Discovers own hand
6 monthsWhole TrunkCan sit first with help then without
Turns over both ways
Movement of arm and hand is more refined
8 monthsUpper ThighsSits well
Up on hands and knees, may be crawling
10 monthsLower ThighsCan start to pull up to stand
12 monthsLower Legs and FeetMay be walking, first aided, then alone

Jadi, kenapa perlu tahu tentang ni?

Quote Waypoint Montessori:

This process is a beautiful ever increasing cycle of development. The more the child uses her brain to interact with her environment, the more connections she makes between neurons. The more connections she makes between neurons, the more control she has over her movement, and thus the more interaction she can have with her environment. 

Waypoint Montessori

Dengan kata lain, lagi banyak kita stimulate anak kita lagi cepat mielin ni terbentuk, dan lagi cepat signal dari otot-otot dihantar. 

Dengan ini kita dapat faham, observe mereka dengan ilmu dan bantu proses perkembangan anak-anak kita dengan menyediakan dan memberikan sebanyak boleh peluang untuk mereka bebas bergerak dalam persekitaran mereka, pakaian yang tak menganggu pergerakan mereka dan bahan-bahan yang sesuai yang membantu perkembangan mereka. 

Saya mengakhiri post ni dengan beberapa contoh bahan-bahan yang bantu perkembangan bayi dari 0-12 bulan. 

0 – 2 bulan: Hanging mobile untuk visual development:

Munari Mobile untuk Newborn, Octahedron Mobile 2-8 minggu,
Gobbi Mobile, Reflective Paper Dancers

3 bulan ke atas untuk grasping:

Dan Montessori Friendly Rattles (klik untuk imej-imej) dan Montessori Ball Cylinders untuk encourage movement pada umur 6-8 bulan ke atas.

Bila anak mula dah duduk dan nak pull up, pasang pull up bar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.