Number Rods

Apparatus pertama Montessori Matematik.

Prerequisite kepada Number Rods adalah Red Rods di area Sensorial.

Number Rods yang kami guna di DIY daripada Red Rods (tujuan Red Rods adalah untuk tahu bezakan panjang) yang disertakan sekali masa beli set Pakej Montessori Pakej dulu (saiz kecil, home version).  

Di warnakan biru (tak sempurna, comot!) selang seli hanya pada dua muka. Dua muka lagi tak warna, supaya boleh serve sebagai Red Rods jugalah untuk Aqeel kelak. (Masa buat ni nak guna untuk Hana.)

Kanak-kanak memang boleh mengira dari awal. 1,2,3,4,5 ataupun sebenarnya mereka menghafal urutan nombor tu. Mereka tak tahu kenapa mereka ‘mengira’. Jadi apparatus ni bantu dalam ajar kanak-kanak dengan konsep berapa banyak/kuantiti. 

Bahan yang diperlukan:

  • Number Rods (atau boleh google ada banyak alternatif DIY untuk ini.)

Tujuan:

  • Belajar kuantiti dan nama kuantiti. 
  • Untuk tunjukkan yang kuantiti sebagai single dan separate entity.

Umur: 

Presentation 1

  • Namakan Number Rods di rak dan bawa bersama-sama ke alas dan susun secara rawak.
  • Beritahu “Mama tunjuk macamana nak susun Number Rods ni.” Susun dari pendek ke panjang. Dari bawah ke atas dan sentiasa bermula dengan warna merah (beritahu sentiasa mula dengan merah).
  • Rawakkan semula dan minta mereka buat. Mereka buat selama mana mereka minat. Boleh ke langkah seterusnya bila mereka ready. (Jika tiada pengalaman dengan Red Rods, sampai setakat ni adalah presentation 1 dan letak semula ke rak. Ajak mereka ulang buat hingga mereka ready boleh present yang seterusnya, 3 Period Lesson.”) 
Our Humble DIY Number Rods
  • Alihkan rod 1, 2, dan 3 ke bawah dan mulakan Period Pertama dari 3 Period Lesson. 
  • Letak rod 1 di hadapan kanak-kanak dan cakap “Ini satu.” Letak tangan di atas rod dan kira “Satu.” Kemudian susun di bawah kiri alas. 
  • Letak rod 2 di hadapan kanak-kanak dan cakap “Ini dua.” Letak tangan di atas rod dan kira setiap segmen “Satu, dua.” Kemudian susun rod dua di atas rod satu tadi.
  • Letak rod 3 di hadapan kanak-kanak dan cakap “Ini tiga.” Letak tangan di atas rod dan kira setiap segmen “Satu, dua, tiga.” Kemudian susun rod tiga di atas rod dua tadi.
  • Ulang beberapa kali. Kemudian mula 2nd Period Lesson. Minta kanak-kanak berikan 2, berikan 1, berikan 3. Variasikan dengan letak 3 atas kepala, letak 1 di hujung alas, sorok 1. 
  • Kemudian 3rd Period Lesson. Tanya mereka “Ini apa?” Mereka akan kira dan beritahu. (Pastikan setiap kali mereka kira, mereka sentuh setiap segmen.)
  • Jika mereka masih nampak nak teruskan boleh kenalkan kuantiti seterusnya 4,5,6. Jika tidak, pada hari lain, ulang aktiviti ni dengan kenalkan kuantiti seterusnya 4,5,6 seterusnya 7, 8, 9 seterusnya 8, 9, 10.
     

Memory Game

  • Perlukan 2 alas. Letak berjauhan. Alas pertama diletakkan Number Rods yang disusun secara rawak. 
  • Kita minta mana-mana kuantiti. Mereka ke alas yang ada Number Rods, pilih, kira dan letak atas alas depan kita. 
  • Ulang untuk semua rod dan selama mana mereka minat.

Kenalpasti Kuantiti Secara Rawak

Peringkat pertama:

  • Susun secara rawak di atas alas pertama.
  • Kita pilih mana-mana rod dan minta mereka beritahu itu apa. 
  • Mereka kira, beritahu apa dan letak ke atas alas kedua.

Peringkat kedua:

  • Susun secara rawak di atas alas pertama.
  • Kanak-kanak pilih mana-mana rod, letak ke atas alas kedua dan beritahu apa. 
  • Kemudian mereka kira untuk kenalpasti.
  • Ulang untuk semua rod.

Kenalpasti Rod dalam Susunan

  • Number rods disusun ikut bentuk tangga seperti gambar di atas. 
  • Tunjuk mana-mana rod dan minta mereka namakan.
  • Kemudian minta mereka kira untuk pastikan.
  • Ulang untuk semua rod.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.