• Language,  Montessori

    Reading Folders

    Aim
    To help children learn the various spellings commonly found in English for the phonograms already learned, so as to enlarge the child’s reading and writing vocabulary (pg 153)

    Dalam satu bekas ada 13 Reading Folders. Folders ni beli sampul paling kecil je. Di depan (cover) tulis spelling sandpaper letter phonograms. (13 bunyi phonograms dan their alternative spellings):

    Bunyi : Spelling

    e: e, ea
    f: f, ph
    j: j, gi, ge
    oy: oy, oi
    ai: ai, ei, ay, a-e
    er: er, ir, ur
    ee: ee, ea, e-e, ie, y
    s: s, ce, ci
    ou: ou, ow
    ie: ie, i-e, igh, y
    oa: oa, ow, o-e, oe
    or: or, aw, au, ough
    ue: ue, u-e, oo, ew

  • Mathematics,  Montessori

    Golden Beads Dynamic Addition

    Dynamic Addition = perlu bawa ke unit seterusnya.

    Aktiviti ni Serve hanya untuk pengenalan sahaja untuk faham konsep tambah dan dynamic addition. Tapi sekarang Hana macam boring nak buat, mungkin sebab leceh banyak sangat nak kena buatnya. Tapi aktiviti dengan golden beads ni sangat disarankan untuk buat dengan semua operasi untuk kenalkan anak-anak dengan cara operasi ni sebelum ke langkah seterusnya.

    Dan juga direkemen untuk Change Game (10 unit tukar kepada 1 ten) untuk anak-anak grasp konsep tukar tu. Disebabkan Hana taknak buat, jadi rasanya boleh exercise Change Game tu dengan aktiviti ni. Dengan harapan sedar dengan sendiri. Yang mana masa pertama kenalkan Hana ni (memula reluctant sangat nak buat) oklah, tapi masih blur. Perlu buat beberapa kali sebelum ke operasi subtraction dan dynamic subtraction.

    Tujuan:

    Campur kuantiti yang besar.

    Perlukan:

    1. Golden Beads, kami ada satu je yang real beads untuk thousands. Lain print sendiri buat kotak thousands. Boleh tengok sini macamana. Our version is slightly different.
    2. 1 set Large Numeral Cards
    3. 2 set Small Numeral Cards (rujuk sini kami buat ambil macamana)
    4. 2 Tray dengan bekas kecil untuk letak unit beads.
    5. Obviously rugs. (1 rug untuk susun kad-kad tu semua, 1 rug untuk susun beads, 1 rug ‘work rug’)

    Presentation:

    (Aktiviti ni banyak menyusun jadi kalau buat sorang memang Hana tak suka. Kalau sorang, kita kena join sama, atau ajak yang lain untuk join.)

    1. Ajak dan minta anak-anak ambil dan hamparkan rugs.
    2. Susun Large Numeral Cards di sebelah kanan rug.
    3. Susun 1 set Small Numeral Cards di sebelah kiri Large Numeral Cards.
    4. Susun 1 set lagi Small Numeral Cards di sebelah kiri set pertama Small Numeral Cards.
    5. Beri tray pada anak-anak.
    6. Minta seorang ambil small numeral cards di set pertama contoh (3964).
    7. Kemudian minta pula ambil beads ikut jumlah tu = 3964.
    8. Minta seorang lagi (atau kita sendiri yang ambil lakonkan macam anak-anak) ambil contohnya 1268 di set Small Numeral Cards yang satu lagi dan ambil beads ikut jumlah sama.
    9. Pergi ke ‘work rugs’. Minta anak pertama susun kad di sebelah kiri sambil sebut setiap nilai. Kemudian, letakkan semua beads di sebelah kanan kad.
    10. Ulang dengan anak kedua. (Susun di bawah set tadi.)
    11. “Jom, campurkan semua beads ni.” Beads atas di tarik kebawah untuk dicampurkan ikut urutan unit, tens, hundreds, thousands.
    12. Kira semua unit, bila dah cukup 10, tukar dengan 1 ten bar di ‘bank’ (kami panggil tempat untuk the rest of beads atas shelf). Letak 1 ten bar tu di kumpulan tens.
    13. Ambil Large Numeral Cards untuk kuantiti unit tu.
    14. Ulang proses untuk tens (cukup 10 tukar ke hundreds, hundreds & thousands.)
    15. Letak Large Numeral Cards ni di bawah Small Numeral Cards tadi.

    Boleh baca di Montessori Primary Guide untuk lebih lanjut dan visual.

     

     

     

  • 3y,  Montessori,  Sensorial

    Touch Boards & Touch Tablets

    Touch boards dan touch tablets adalah untuk latihan refine deria sentuhan.

    Touch boards yang sebenar macam ni.

    Gambar ni diambil di website Montessori Album.

    Satu permukaan kasar (sandpaper) dan satu permukaan licin. Kanak-kanak di latih untuk membezakan kasar dan licin (rough and smooth). Sambil tu mereka juga belajar bahasa, kasar dan licin. Saya DIY je, guna mounting board dan kertas pasir untuk permukaan kasar. Satu lagi guna kertas untuk print gambar untuk permukaan licin.

    Cara nak persembahkan boleh rujuk sini atau sini.

    Kalau ikut album, sepatutnya ada lagi satu atau dua seperti gambar di bawah, strip kasar dan licin, dan graded touch.

    Tapi kami skip yang ni dan terus ke Touch Tablets. Sebab saya fikir macam fungsinya lebih kurang.

    Gambar dari Montessori Primary Guide.

    Aktiviti ni anak-anak perlu padankan tekstur gred kertas pasir yang sama. Jadi untuk setiap satu gred tu ada 2 tablet. Cara persembahan boleh rujuk di sini dan sini. Yang ni pun kami DIY juga. Saya beli 5 gred berbeza. Dari yang betul-betul kasar jarak dia jauh untuk anak-anak mudah rasa perbezaan tekstur (ingat setiap aktiviti adalah untuk anak mudah berjaya buat) dan untuk kedua terakhir tu je saya beli yang grednya dekat, bila sentuh lebih kurang sama. Dan note juga bila anak-anak salah pairing, jangan betulkan dan jangan cakap apa-apa. They would want to this again and again and perfecting their senses eventually. 

  • Montessori,  Montessori Notes

    4 Peringkat Perkembangan (ringkas)

    “The child passes through certain phases, each of which has its own particular needs. The characteristics of each are so different that the passages from one phase to another have been described by certain psychologists as ‘rebirths’. (Montessori, “The Four Planes of Education”, p.1, reprinted in 2004).

    Perkembangan manusia ikut Montessori tidak menaik tapi berombak.

    Boleh nampak perubahan dari segi personaliti, kemahiran kognitif dan tingkah laku pada setiap peringkat.

    Setiap peringkat mula semula dengan set ciri-ciri, keperluan dan tingkah laku yang baru. Bila satu-satu peringkat tu naik sampai ke kemuncak, ia mula menurun untuk beri laluan peralihan ke peringkat seterusnya.


    Baca lebih lanjut di sini.

  • 2y,  Montessori,  Practical Life

    Sequence Kemahiran Menggunting / Scissors Skills Sequence

    Aktiviti menggunting biasanya dikenalkan kepada anak-anak mula umur 2 tahun ke atas dalam kelas Montessori dan yang mana homeschool anak-anak guna kaedah Montessori ada juga yang kenalkan lebih awal. Ikut kebolehan keseluruhan anak. Samada dia bersedia atau tidak. Gunting yang digunakan dalam persekitaran Montessori adalah gunting yang betul  tapi saiz kanak-kanak (blunt edges).

    Menggunting adalah salah satu aktiviti banyak manfaatnya pada kanak-kanak terutamanya pada perkembangan motor halus kanak-kanak. Pergerakan buka tutup masa menggunting ini menguatkan otot tangan yang mana ianya penting untuk kebolehan menulis.

    Antara faedah menggunting:

    • Kemahiran motor halus; pergerakan buka tutup masa menggunting tu menguatkan otot tangan
    • Kemahiran koordinasi tangan dan mata di mana kanak-kanak memegang kertas di sebelah tangan dan menggunting menggunakan tangan sebelah lagi dan menggunakan mata untuk track pergerakan gunting.
    • Kemahiran koordinasi bilateral; pengggunaan kedua-dua belah badan (kiri dan kanak) pada masa yang sama tapi tugas yang berbeza! Contoh, menggunting bentuk bulat di kertas, kanak-kanak perlu pegang kertas dan pusingkannya dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi buka tutup gunting dan menggunting ikut garisan.

    Aktiviti awal (prerequisite) yang boleh membantu sebelum kenalkan aktiviti menggunting pada kanak-kanak adalah transferring activity menggunakan pengepit (tongs), atau hole puncher, untuk kuatkan tangan dan membantu pergerakan buka tutup gunting.

    Macamana nak tahu anak belum sedia guna gunting dan kita kenalkan terlalu awal?

    • Bila mereka gunakan dengan tidak sepatutnya.
    • Bila mereka gunakan kedua-dua belah tangan untuk menggunting.
    • Bila mereka tak ikut arahan keselamatan gunakan gunting.

    Cara nak kenalkan:

    Sediakan kertas tebal (cardstock) (saya guna 180gsm-230gsm) (guna kertas tebal sebab masa pegang tak lembik jatuh-jatuh mudahkan bagi anak-anak).

    Potong kertas panjang-panjang seinci lebar. Tunjuk kat mana dia perlu letakkan jari-jari dia, kita pegangkan kertas dan tolong bukakan gunting dan dia akan snip atau boleh juga kita sama-sama gunting dengan dia. Masa demo perlu tunjukkan dengan perlahan, kita tidak bercakap banyak (minimal words) dan pause antara setiap step.

    Contoh:

    “Ini gunting, dan mama akan tunjuk macamana nak gunting.”

    “Pegang gunting macam ni.” Ambil gunting dan masuk jari perlahan-lahan. (Buat gerakan buka tutup gunting.)

    Pause.

    Say, “Open.”  Buka gunting dengan perlahan.

    Pause.

    “Close.” Tutup dengan perlahan.

    “Ini kertas.” (Tunjuk cara pegang.) “Gunting kertas macam ni.” Tunjukkan cara menggunting dan pause antara setiap step.

    Jika beberapa kali dia masih lagi tak menggunakan dengan betul, put it away. Dia belum sedia dan ada je kanak-kanak yang belum confident guna gunting hingga umur 4-5 tahun. So, it’s OK! Follow the child.

    Sequence Menggunting

    Mula dengan 1 inch strip kosong (tak perlu garis) –> bila dah mahir baru garis-gariskan straight lines yang tebal pada strip, minta dia gunting ikut line –> line nipis (thin lines) –> kertas yang kurang berat

    Mula dengan 1 snip (1 inch) –> lebih dari 1 snip –> dan satu kertas penuh

    Pegang gunting dengan betul –> Snipping –> Cutting straight lines –> diagonal –> zigzag –> curves –> waves –> spirals

    Selain kertas boleh juga guna benang, yarn, playdough, kertas foil, pelbagai jenis kertas, rumput-rumput, daun-daun yang dikutip di luar, straw, dan lain-lain lagi.

    Printable pattern untuk gunting boleh download di sini:

    Paper Cutting di JMJ Publishing

    Montessori style cutting box with free printable patterns

  • Montessori,  Montessori Notes,  Practical Life

    Perlu atau tidak Practical Life Shelf di rumah?

    Ada satu perbincangan yangg menarik dalam group. Tentang Practical Life Shelf dalam rumah. Perlu atau tidak?

    The trays for EPL are intended to focus on developing a particular skill; if the child has an appropriate “real life” location to practice that skill, then there is certainly no need for a “tray” on the shelf. Many people think of trays when they think of Montessori, but Montessori is about real life. Real life experiences. And isolation of skills/qualities (keys of the world as Montessori described them). So if a skill can be learned in its natural context, there is no need for a specifically practical life area. But we do need areas for cleaning supplies, and other ongoing practical purposes.

  • Montessori,  Sensorial

    Smelling Bottles

    (Hana’s 4y 9m when I first introduced Smelling Bottles to her.)

    Smelling bottle adalah salah satu apparatus yang tak perlu beli. Yang ni sangat mudah untuk buat sendiri. Saya beli salt shakers (paling digalakkan beli yang boleh ditutup-fliptop) di kedai MrDIY. Lebih kurang RM1 satu botol dan saya beli 8 botol, untuk 4 bau yang berbeza, setiap satu bau, dua botol.

    Bahan-bahan untuk bau pun mudah. Hanya ambil spices, herbs, buah-buah yang ada di dapur. Bau yang memang anak kita hidu hari-hari. Boleh juga ambil dari ubat-ubatan contoh vics, minyak urut, juga bauan pewangi, ambil dari essential oils seperti lavender, rose, jasmine, etc) (*bila guna essential hati-hati pilih ditakuti ada kesan alergik). Dan kalau guna serbuk please bila hidu tu jauhkan sikit supaya serbuk-serbuk tu tak masuk dalam hidung. Masa demo tu pastikan sniff dengan perlahan and with distance and keep reminding them so.

    Tujuan aktiviti ni adalah untuk bantu membangkitkan dan memperhalusi deria olfaktori anak dan untuk bantu anak sedar ada banyak dan macam-macam bau dan wangian di sekelliling mereka!

    Baca sini untuk cara kenalkan aktiviti ni.

    Kalau ikut sebetulnya Smelling Bottle Montessori tak nampak isi dalam. Bagi yang guna container yang boleh nampak, boleh blindfold anak-anak dan minta mereka cari bau yang sama. Bila mereka buka blindfold tu boleh tengok sendiri betul atau salah mereka match! Masa Hana buat ni masa first time, semua salah match. Samalah dengan Haris. Especially bau jintan dan kunyit! Bila buat beberapa kali baru boleh betul-betul dapat bezakan warna kedua tu dam match dengan betul semuanya.

    Footnote dari Montessori Commons:

    1. Substances should be natural and non-toxic
    2. Encourage the child to smell flowers, herbs, leaves, bark in the garden, food and drink in the kitchen and recognise other scents
    3. Change the material regally to maintain interest and give a wider variety.  Use different bottles or clean using bicarbonate of soda or similar to neutralise smell
    4. Avoid exchanging the lids as the scents will become contaminated
    5. Indirectly show that you are limiting the amount of scent you inhale by keeping the bottle at a distance
    6. Suggest that the child closes her eyes or uses a blind fold to bring further focus

    Untuk toddlers boleh ikut cara di Mama’s Happy Hive. Just introduce them to different smells.

    Latihan lain yang disarankan dalam buku Gettman:

    • Beri 3 period lesson kepada nama bau-bau yang digunakan.
    • Letak satu set smelling bottles di satu tempat dan satu lagi di tempat (jarak jauh), minta dia hidu dan cari bau yang sama pada set satu lagi, bring back, verify and put back. Continue as long as the child enjoys it.
    • Bring the smelling bottles (hmm mungkin pasar if spices) dan minta cari bau yang seakan sama.
    • Outdoor walk dan explore bau-bauan.

    More fun ideas:

    Paint + Spices