• Home Learning,  Thoughts

    Masa Depan di Tangan Kita

    The future is in our hands. 

    Ayat ni bermain-main di kepala. Rasanya selagi tak tulis selagi tu duk main-main dalam kepala. Sejak tengok video Montessori Classrooms beberapa bulan lalu, terlintas di fikiran, Subhanallah, we are educating the future. Tak ingat yang mana satu. Rasanya randomly searched Google atau Youtube dan terlihatlah suasana satu Montessori Classroom, Casa makna umur 3-6 tahun, a normalised one, sorang kanak-kanak cuci tingkap, sorang cuci tangan, sorang buat language, sensorial, di hujung sana kanak-kanak mengelilingi rug dan guide bacakan buku. Ada older children yang tunjukkan cara dressin frames, dan lain-lain! It was peaceful and yet they’re very absorbed in their own world. Ekpresi mereka nampak puas, tanpa dipaksa, and imagine how they’re going to be when they grow up? Imagine! Macamana mereka boleh jadi macam tu? Besarnya tanggungawab kita Allah bagi kan?

     

     

  • Thoughts

    2013 Goals

    2013

    Masya Allah! Jumpa ni masa tengah susun-susun fail. This was written in early January, 10 hari sebelum melahirkan Hana dan masih lagi di rumah lama. Lepas lahirkan Hana, everything was hectic, with moving and all dan adjusting life with new environment and 2 children. Tak tengok-tengok dah file ni semenjak tulis tu. Macam-macam gaya hidup dah cuba. Dari kerja sepenuh masa, separuh masa, tak kerja, kerja dari rumah. Dari hantar Haris ke fullday care, til 3 and til 12.

    Goal 1: Home Organising
    Ha. Masih struggle. Dalam banyak-banyak organising methods out there, and Pinterest overwhelms me, I decided to stick to FlyLady. Masih lagi cuba merutinkan diri.

    Goal 2: Islamic Studies
    Impian nak sambung belajar dalam Islamic Studies. Nak enroll kat UM. Belum dipenuhi lagi.

    Goal 3: Homeschool
    I’ve been constantly discussing with B about this. It became urgent sebab dah nak buka sekolah. Kalau nak teruskan Haris dengan sekolah BB dia, dah kena bayar yuran. Kalau homeschool, kena dapatkan peralatan yang cukup. Mr. B cakap terpulang, because he knew I can do it. Awww. Tu pun sebab cuti, cuba sedikit sebanyak homeschool Haris and he shows interest and improves a lot! Dan Mr. B bagi kata putus 3 hari lepas, kita homeschool Haris sampai 6 tahun and we’ll see if we ready to continue. And I thank God for blessing me with good husband and family! Alhamdulillah!

    Goal 4: Breastfeeding
    Success! Dengan jayanya! Dengan penuh pedih dan derita pada awalnya but it was all worth it!