‘Sound Game’
Montessori guna kaedah fonetik dan sangat tekankan untuk kanak-kanak kenal bunyi dahulu sebelum nama huruf.
Tujuan Sound Games adalah untuk kanak-kanak kenalpasti bunyi-bunyi yang dalam percakapan. Ianya secara tak langsung mengasah deria pendengaran untuk kenalpasti satu-satu bunyi yang membentuk ayat. Tak perlukan apa-apa bahan khas dan huruf pun belum dikenalkan lagi masa ni.
Cukup dengan menggunakan objek-objek seharian. Dengan ini, ianya boleh dilakukan secara semulajadi di rumah, dalam kereta, masa menunggu. Jika aktiviti ini dikenalkan secara formal, kanak-kanak mungkin melihatnya sebagai sesuatu yang perlu dibuat dengan cara-cara tertentu dan tidak akan menganggap ianya sebagai eskplorasi sehariannya apabila dia bercakap dan mendengar bahasa. Pembelajaran perlu dilakukan secara semulajadi pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.