Aktiviti Arts Montessori untuk bawah 2 tahun
Sequence bagi pengenalan arts:
- Pegang crayon & pensil seperti yang ditunjukkan —> scribble —> create pictures
- Pegang stamp seperti yang ditunjukkan –> create pictures
- Pegang berus lukis seperti yang ditunjukkan –> create pictures
- Guna clay seperti yang ditunjukkan —> create sculpture
- Pegang gunting seperti yang ditunjukkan
- Koyakkan kertas dengan tangan
1. Crayon & Pensil Warna
Jumbo crayon & pensil warna sesuai untuk bawah 2 tahun. Ramai yang guna beeswax based crayon sebab anti-toksin. Stabilo tu cam mahal tapi kira 3 in 1lah. Beli apa pun ikut bajet pun OK, make sure anti-toxin dan warnanya mudah nampak dan terang bila scribble atas kertas.
2. Stamping
Nature Stamp
Guna bahan-bahan semulajadi untuk dijadikan stamp
DIY Stamp
Paling mudah buat beli foam shapes di kedai-kedai stationaries atau kedai-kedai craft, gluekan ke blok-blok yang ada dan walla!
Rubber Stamp
3. Berus Lukis
4. Clay
Saya tak familiar dengan penggunaan clay tetapi Michael Olaf cadangkan guna Plastalina Clay sebab ianya adalah oil based clay. Maybe ada something similar here dan boleh recommend yang mana korang guna sesuai untuk toddler. Biasa di rumah untuk fungsi ‘modelling’ yang sama biasa buat homemade playdough.
Sini boleh baca perbandingan antara penggunaan Modeling Clay vs. Play Doh.
5. Gunting
Boleh baca sequence menggunting di sini.
6. Kertas
Koyakkan kertas ni saya suka guna pelbagai jenis kertas. Kertas tisu pelbagai warna, kertas origami, kertas kirigami sebab coraknya cantik-cantik (beli di Daiso), surat khabar, kertas majalah. Yang mana kertas-kertas yang dah dikoyak ni boleh diguna semula untuk kerja menampal!
Dah kumpulkan semua bahan-bahan ni, bolehlah letak dalam bekas masing-masing yang sesuai dan di letakkan di tempat yang senang untuk mereka ambil sendiri.
Kami punya simpan macam ni.
Idea-idea ruang untuk arts yang lain:
Baca lagi art shelves di How We Montessori di sini dan sini.