Bayi dan food comfort leads to obese?
Ha. What a tajuk. Clickbait punya tajuk. Sebenarnya intrigued dengan statement ni.
I find this extremely interesting coming from a country with a major obesity problem. Perhaps if we tried harder to “comfort” our infants in other ways than to always provide food or pacifiers—which teaches them that the way to happiness lies in putting something in the mouth—we could help raise children who are more in touch with their needs.
Michael Olaf, Prenatal & First Year
Tengah baca tentang maklumat tentang Montessori Infant particularly their sensory development. Suka baca artikel dari Michael Olaf ni. Salah satu poin yang tarik perhatian ni adalah kenyataannya di atas.
Beliau lawat satu sekolah di Rome dan tertarik dengan cara seorang Professor ni mententeramkan bayi menangis. Dia eliminate satu per satu punca bayi tu menangis. Dari mula-mula beritahu yang ada orang di sisinya. Kepada pegang dengan lembut badan bayi kepada cek apa yang tak selesa, lampin basah etc. Kepada tukar posisi. Jaranglah mereka nangis sebab lapar. Jadi kaitan? Jadi masa kecil lagi kita dah biasakan nangis je suap makan (susu) tak selesa je suap makan, besar-besar habit tu jadi stress je makan. Happy je makan. Sedih pun makan. Huhuhu.
Itulah, kita biasa fikir kalau bayi menangis tu nombor satu adalah sebab diorang lapar, cepat-cepat suap susu. Baby refuse susu, bagi puting. If rasa cam baby tak lapar mesti kembung perut. Huhu. Tapi sebenarnya mereka nangis it could be lots of other things macam (quote:) “worried, having bad memories, wet, cold, hot, afraid, lonely, or bored. There are many reasons for calling out for help.“
Kalau kita cukup attentive pada anak kita, kita mesti boleh perasan punya, dia nangis cara ni dia lapar, dia nangis cara ni dia nak attention kita, dia nangis cara ni dia sakit. Jadi menangis tu adalah cara mereka berkomunikasi, beritahu their needs to us.