Playgroup

Montessori Playgroup

Bila fikir-fikir saya rasa saya belum cerita lagi bagaimana saya memulakan playgroup Montessori di rumah. Tahun lepas ada beberapa goals yang saya setkan untuk tahun ni yang berkaitan dengan Montessori. Salah satunya adalah buat playgroup & montessori community centre. Macam-macam options yang dibuat dan diambil kira. Last-last kami setel dengan buat di rumah. Half of our house ditukarkan jadi centre. So we went through major interior change (lagi sekali, haha).

Layout rumah kami membuatkannya cam lagi senang untuk seggregate. Ada 2 distinct area, satu dining area sebelah kitchen dekat dengan pintu masuk kemudia ada laluan seakan entrance akan jumpa satu living area where the bedrooms are. Jadi kami tempah pintu ‘barn door’ untuk tutup bahagian personal space (pada asalnya).

Gambar di ambil dari bahagian bilik-bilik. Laluan yang memisahkan dining area dan living area. Pintu rumah sebelah kiri cermin. Dapur sebelah kiri belakang dinding sebelah kiri ni. Sebelah kanak yang nampak Haris tu akan dibuat centre. Masa ni area tu adalah living dan dining area. Sebelah yang saya ambil gambar ni homeschool area.
Husband lukis floor plan untuk senang space planning.
Husband buat work programme juga. I is berdebar. Finally becoming a reality.
Akan letak barn door sini untuk separate private and common space.
2-3 minggu ni banyak sangat ke IKEA. Diorang boleh pilih kerusi desain yang diorang suka, within budget -lah.
Did lots of organising too. Especially papers untuk 2018 as portfolios.
Ha. Living room furnitures yang belah sana tadi dah pindah sini.
Beberapa hari lepas tu, rak buku pula pindah sini. Antara dua bilik tidur kami. Ngam-ngam.
Dah kosongkan area sini.
I spent couple of days untuk logo. Haha. Sejenis yang semua nak kena ada identiti. Masa ni pulak laptop rosak. STRESS! Photoshop, Illustrator tak dapat guna. Jadi terpaksa pinjam komputer husband buat ni.
Area first yang siap. Snack area.
Dalam keserabutan mengemas, Hana dah mula sekolah darjah 1.
Masa ni tengah viral Konmari di Netflix. Percubaan melipat cara konmari yang only lasted for… a week? Haha. I remember I was enjoying our quiet morning sebab Hana dan Haris takde sampai petang sebab sekolah. Me and Aqeel just santai-santai around the house. Mak is blur nak buat aktiviti sebab dah biasa beraktiviti multiple children. Tetiba sorang je. Mama tengok Aqeel, Aqeel tengok Mama.
More organising and letting go stuff. Tunggu shelf delay 1 minggu.
Akhirnya tunggu punya tunggu. Tempah shelf sekali dengan barn door. Problem dengan barn door, so diorang bawa balik. Setup siap-siap dah ni! Initial setupnya gini.
Meja kerusi IKEA LATT RM79, FLISAT Wall Storage utk display buku RM69, MALA Easel RM79. Rug petak dekat reading area tu pun IKEA tapi cam tak jumpa pulak di website. Rasanya dalam harga rm59. PS: Meja tu terlalu ringan dan 2-3minggu pertama playgroup berjalan asyik bergerak je, jadi kena letak getah antislip beli DIY kat bawah setiap kaki.
Beli 5 shelf dulu yang pada fikirannya satu shelf satu area, Practical Life, Sensorial, Language, Cultural & Math. I know I’d need more than that. Tapi sebab limited space, beli 5 dulu.

Jadi, untuk permulaan nak fokus pada practical life dahulu. Practical Life nak tak nak perlu dua shelf untuk tampung semua. Nak susun aktiviti ada cara dia juga sebenarnya bukan main letak je, untuk senang kanak-kanak (which I failed at) dan untuk kita senang nak track progress.

Gambar di atas ni testing permulaan. As I received tips untuk permulaan kelas jangan letak banyak-banyak, saya reducekan hampir half dari dalam gambar ni. Ikut kategori dalam practical life skills.

Akhirnya iklan! Initial plannya nak buat 2 hari seminggu untuk kanak-kanak senang normalised. Tak mendapat sambutan dan kebanyakan yang berminat duk jauh. So nak travel datang lagi yang mana saya sangat memahami. Dan mula-mula juga tak nak buat weekend. Tapi sebab ada permintaan buat juga weekend.
Akhirnya pintu sampai.

First Week of Playgroup commenced!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.