Matematik Sebelum 4 Tahun?
Dalam Montessori, subjek Matematik dikenalkan paling akhir pada kanak-kanak dan umur yang disarankan adalah 4 tahun. Mereka perlu lalui Practical Life & Sensorial yang banyak dahulu. Tapi setiap kanak-kanak berbeza, umur hanyalah sebagai guideline sahaja.
Cumanya, macam Aqeel dia mula mengira 1,2,3 awal lagi. Masa dia 2 tahun lebih. Itu cam terlalu awal je kalau nak dibandingkan dengan usia 4 tahun dia nanti. Adakah dia Sensitive Period kepada Matematik? Perlu kenalkan sekarang ke? Bila tanya beberapa montessorian, komen mereka, biasa kanak-kanak pada awal usia mereka tengah sensitive kepada bahasa sebenarnya. Mereka menghafal nama nombor-nombor tu semua. Jadi ini bukan matematik, tapi bahasa.
Macamana nak tahu jika dia dah ready pada Matematik? Bila dia dah boleh buat one-to-one correspondence, patterning, dan bila tengok 2 benda dalam satu kumpulan tu dia cakap 2, tanpa mengira setiap satu, jadi ada kesediaan di situ. Jadi bolehlah kenalkan aktiviti Numbers 1 – 10, slow down and have fun!
Aqeel sekarang 3 tahun 2 bulan dah dikenalkan dengan number rods 1-10, symbol dan number rods & cards dan tengah slow down ambil masa sebelum kenalkan dengan zero game & spindle game.