Elementary

Carta Kingdoms of Life

Macam agak susah juga nak cari online yang carta Montessori Kingdoms of Life (yang free. Huhu.)

Apparently ada dua yang saintis klasifikasikan. 6 kingdoms dan 5 kingdoms. Mana nak guna? Yang beza hanyalah pada klasifikasi bacteria (betulkan saya jika salah!).

Tahun lepas saya guna 5 kingdoms sahaja, hanya kerana saya fikir tak banyak beza dan senang nak terangkan pada Haris. Haha. Kali ni ingat macam nak purchase kingdoms of life charts (kes malas nak buat sendiri. Tahun-tahun sebelumnya saya hanya lakar di manila card. Study setiap klasifikasi dan lukis. Sudahnya tak siap-siap.)

Bila search, hanya 3 sumber carta yang saya jumpa yang ada.

  1. Montessori for Everyone ada 5 kingdoms of life.
  2. Montessori Print Shop ada 6 Kingdoms of life.
  3. Pinay Homeschooler ada carta 6 Kingdoms of Life tapi dalam bentuk pokok.

Ada terbaca satu komen di facebook yang beritahu yang kingdoms of life tengok negara mana. Ada negara guna 5 ada negara guna 6. Jadi terfikir, Malaysia?

Maka, saya pun search buku teks Biologi Tingkatan 4 (topik ini diajar masa ni) dan kita guna 5 kingdoms of life. Ha. 

Sudahnya, buat sendiri. Haha.

Boleh download di link di bawah:

Carta Penuh
Carta kosong untuk anak-anak padankan.

5 Kingdoms of Life ver. 1

5 Kingdoms of Life ver. 2

(Versi 1 guna nama eubacteria dan versi 2 guna nama monera)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.