Third Great Lesson – The Coming of Human
Tahun lepas dan sebelumnya saya mengambil approach yang berbeza bila bercerita tentang The Coming of Human. Ceritanya berkisar tentang Fundamental Human Needs. Kali ini lebih santai. Ianya fokus kepada 3 kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, yang membezakan manusia dengan makhluk-makhluk yang lain. Makhluk-makhluk yang lain ini termasuklah yang ada sekarang dan yang sebelumnya (sudah pupus) (*rujuk cerita Timeline of Life).
3 kelebihan itu adalah:
- Otak yang mampu berfikir dan berimaginasi (Minda)
- Kasih sayang yang menyayangi antara sesama manusia dan alam
- Ibu Jari yang membolehkan manusia bekerja dan mencipta
Tidak perlukan follow up apa-apa selepas menceritakan ini. Biarkan maklumat dari cerita ini masuk dan membuatkan mereka terfikir. Tapi kita available sahaja untuk mereka bertanyakan soalan. If nak buat follow up, boleh cadangkan cari gambar-gambar di majalah yang mana menggambarkan 3 kelebihan yang disebut di atas.