Arts & Crafts,  Montessori

Aktiviti Arts Montessori untuk bawah 2 tahun

Sequence bagi pengenalan arts:

  1. Pegang crayon & pensil seperti yang ditunjukkan —> scribble —> create pictures
  2. Pegang stamp seperti yang ditunjukkan –> create pictures
  3. Pegang berus lukis seperti yang ditunjukkan –> create pictures
  4. Guna clay seperti yang ditunjukkan —> create sculpture
  5. Pegang gunting seperti yang ditunjukkan 
  6. Koyakkan kertas dengan tangan

1. Crayon & Pensil Warna

Jumbo crayon & pensil warna sesuai untuk bawah 2 tahun. Ramai yang guna beeswax based crayon sebab anti-toksin. Stabilo tu cam mahal tapi kira 3 in 1lah. Beli apa pun ikut bajet pun OK, make sure anti-toxin dan  warnanya mudah nampak dan terang bila scribble atas kertas.

2. Stamping

Nature Stamp

Guna bahan-bahan semulajadi untuk dijadikan stamp

DIY Stamp

Paling mudah buat beli foam shapes di kedai-kedai stationaries atau kedai-kedai craft, gluekan ke blok-blok yang ada dan walla!

Rubber Stamp

3. Berus Lukis

Yang jumbo camni ada dijual di Spotlight

4. Clay

Saya tak familiar dengan penggunaan clay tetapi Michael Olaf cadangkan guna Plastalina Clay sebab ianya adalah oil based clay. Maybe ada something similar here dan boleh recommend yang mana korang guna sesuai untuk toddler. Biasa di rumah untuk fungsi ‘modelling’ yang sama biasa buat homemade playdough. 

Sini boleh baca perbandingan antara penggunaan Modeling Clay vs. Play Doh.

5. Gunting

Boleh baca sequence menggunting di sini.

6. Kertas

Koyakkan kertas ni saya suka guna pelbagai jenis kertas. Kertas tisu pelbagai warna, kertas origami, kertas kirigami sebab coraknya cantik-cantik (beli di Daiso), surat khabar, kertas majalah. Yang mana kertas-kertas yang dah dikoyak ni boleh diguna semula untuk kerja menampal!


Dah kumpulkan semua bahan-bahan ni, bolehlah letak dalam bekas masing-masing yang sesuai dan di letakkan di tempat yang senang untuk mereka ambil sendiri. 

Kami punya simpan macam ni.

IKEA RΓ…SKOG Trolley

Idea-idea ruang untuk arts yang lain:

Baca lagi art shelves di How We Montessori di sini dan sini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.