Metal Insets

  • Metal Inset bantu kanak-kanak mengawal peralatan menulis dan prepare tangan untuk aksi menulis.
  • Metal Inset hanya boleh digunakan apabila kanak-kanak sudah boleh memegang alat tulis. Ia adalah untuk memperhalus kebolehan menggerakkan alat menulis dengan precision and ease.
  • Sentiasa mula di sebelah kiri bawah bentuk. Cari titik mula dengan letak tangan kanan crossing over tangan kiri yang pegang knob  dan letak mata pensil bawah wrist tangan kiri. Trace ikut putaran jam mengelilingi bentuk dan berakhir di titik mula tadi.
  • Pastikan siapkan tracing bentuk tanpa gangguan, tanpa angkat pensel.

 

Presentation 1:

Perlukan 3 pensil warna yang berlainan warna. Kertas putih saiz sama seperti saiz frame inset.

  • Ambil frame dahulu dan letak atas kertas putih. Trace.
  • Alihkan. Guna pensil warna yang lain, ambil inset letak atas bentuk yang ditrace tadi dan trace. (superimpose)
  • Alihkan. Boleh nampak dua line dengan warna berbeza yang dipanggil “double line”.
  • Dengan pensil warna satu lagi, penuhkan dalaman bentuk tu dengan line panjang, mula dari kiri ke kanan, dan atas ke bawah (seperti dalam video). Pastikan memenuhi ruangan, jarak sama antara satu sama lain dan tak melebihi garisan.
  • Habis presentation dan minta kanak-kanak buat.

“The frame is traced first then set aside, then the inset is to be placed on the traced line so nothing is seen then traced in a 2nd color. With a third color starting filling in with lines a bit of space apart, practicing going from one side to the other, curving around to come back, etc. The goal is to use the “double-line” created by the double-tracing as a buffer because we are trying to make our lines from the inside of the tracing, with the secondary outer line as a back-up (helps the child gain success while still learning). From there we go on to a variety of stages and overlapping figures, etc. Just one way of doing it.” – Jessica Welsh in Montessori Homeschooling FB Group

“If there is great misuse, they should be taken out of the class for a while. They can then be introduced later with great attention to the care of use.”

Presentation 2:

Sama seperti presentation 1 tapi line yang dibuat dalam bentuk tu dibuat rapat-rapat.

Presentation 3:

 

Resources:

Le Semaine Montessori 
To The Lesson 

 

I Spy Stage 5 & 6

Mula dengan main stage 4, pilih perkataan sikit dulu yang hanya ada 3 bunyi sahaja. eg ‘book’; b-oo-k. Ulang beginning sound dan ending sound kemudian tumpukan kepada middle sound ‘oo’ dan sebut semua bunyi ikut urutan, b-oo-k. Ulang dengan perkataan lain (3 bunyi) dan gradually naikkan kepada 4 bunyi perkataan kemudian 5 bunyi perkataan. Setiap kali analayse middle sound dan sebut semua bunyi ikut urutan.

*mula-mula guna beberapa objek yang beginning dan ending sound sama, middle sound lain. Kemudian, beginning dan ending sound yang lain-lain.

 

 

Sandpaper Letter

(Ni tak ikut warna yang digunakan dalam Montessori. Sepatutnya vowels-biru, consonant-merah, double letters-hijau)

Akhirnya, siap DIY sandpaper letters. Download dari sini. Tapi nak buat juga untuk double letters. Jadi rupanya boleh buat sendiri je. Download font Primer Print, di website dia juga ada atau boleh google juga. Buka Microsoft Windows dan taip saiz 500. Otherwise, untuk double letters, boleh download sini.

Seiring dengan stage 3 I-Spy/Sound Games, dah boleh kenalkan Sandpaper Letters. Tujuan sandpaper letters adalah untuk associate bunyi-bunyi yang mereka belajar dengan simbolnya. Kalau ikut Buku Gettman, double letters/phonogram dikenalkan bersama-sama dengan 26 huruf yang kita tahu. Phonogram di sini bermaksud, gabungan dua huruf yang mana bila bergabung menghasilkan bunyi yang lain, contoh, ch, sh. Jadi kalau ikut cara dalam buku Gettman kenalkan satu huruf vowel, satu huruf consonant dan satu double letters. Maximum 3 huruf setiap masa.

Presentation

  • Namakan Sandpaper Letters, tunjuk mana disimpan, pilih satu consonant, satu vowel dan satu double letters dengan bentuk yang beza. (cth i, f, oy). Letak di atas meja yang mana boleh duduk bersama-sama.
  • Sensitise jari kita dan jari kanak-kanak. (Setiap aktiviti Montessori yang menggunakan sentuhan perlu sensitise jari).
  • Tunjukkan macamana nak sentuh, “using a light continuous touch of the index and middle fingers of the dominant hand.” seperti video di bawah:

  • Main aktiviti I Spy stage 3, guna satu bunyi dari salah satu 3 sandpapers.
  • “Would you like to see what sound () looks like?”
  • Letak sandpaper letter tu betul-betul depan kita dan kanak-kanak. Sebut bunyi huruf sambil trace huruf. Ulang.
  • Dan ulang untuk kedua-dua huruf kemudian buat 3-period lesson. Selepas kenalkan ketiga-tiga dan kanak-kanak ikut buat, ulang semula main I Spy stage 3 untuk ketiga-tiga bunyi.

Exercise 1) Kenalkan semua sandpaper letters sehingga kanak-kanak ingat semua.

Exercise 2) Main semua stage I Spy, tapi instead of just sebut bunyi huruf, tunjuk board. “I spy with my little eye something that begins with…” (tunjuk satu board).

 

Ending Sounds

Bermula minggu lepas sekali lagi cuba praktis lagi untuk Hana aware dengan ending sounds. Quoting post di Instagram 21/7/2017.

Hana di stage 4 i spy. Aware dengan ending sounds. Byk kali dh cuba sebelum ni tapi asyik guna ending sound jadi beginning sound. Jumpa tips guna beginning sounds sama dan ending lain. Set sebelum book, ball dan basket. Bila minta “I spy with my little eye something that begins with b and end with k” dia akan sebut “k k k kbook” jadinya. Huhuhu. Lepas tu baru slow2 dia nampak kot. She has tendency untuk sebut, mungkin sebab tu jadi susah. Jadi minta dia tunjuk je. Lepas tu baru ok. Set 2 ni masih guna beginning yang sama ending beza. Dan makin smooth.

Untuk latihan pengukuhan, kami guna ending sound cards dari Montessori Print Shop. 

Yang ini lebih kepada Pink Series ending sounds yang semuanya three letters objects tapi sebenarnya perkataan panjang pun boleh. Yang mana beberapa hari lepas tu masa tengah rehat-rehat tu kami main-main animals figurines, lepas tu secara spontan buat I-Spy. Elephant, Giraffe, Starfish, Sheep etc.

Latihan lain kami buat:

Worksheets dari This Reading Mama.


Ending Sound Sorting di Montessori for Everyone

I Spy / Sound Games

Tujuan I Spy atau Sound Games adalah untuk anak-anak peka dengan bunyi-bunyi dalam bahasa percakapan.

Jadi kita ajar ikut bunyi bukan huruf, jadi semua bunyi diajar terus termasuhklah sh, oo, oy, ae, ng.

Bunyi fonetik:

LetterSoundsLetterSounds
aatbsob
ccandmud
eeggffun
gmughhat
iitjjump
lpillmam
nanoon
plaprraw
smosstat
uupvever
wwetxfox
yyeszzoo
aiaimeesee
iepieoaboat
uebluearcar
erherororbit
oobookouout
oyboyshpush
chmuchthmoth
ququizngring

Persiapan kita, perlu ingat bunyi-bunyi dan ejaannya, dan berlatih. Contoh ‘p’ disebut ‘puh’ seperti lap dan bukan ‘pea’.

Biasanya aktiviti ni dibuat dalam masa 1-2 tahun. Disarankan 1 kali sehari. Boleh dibuat masa tengah rehat-rehat sama-sama, masa menunggu. Ada 6 peringkat semuanya dan setiap peringkat boleh main selama beberapa bulan sebelum ke peringkat seterusnya.

 

Peringkat Pertama (Umur 2.5 – 3 tahun): 

Pegang 1 barang (yang anak dah biasa lihat contoh pen). Tengok objek dan cakap “I spy with my little eye something that begins with ‘p’.” (ingat sebutan fonetik p as in ‘tap‘ bukan ‘pea‘.) Tunggu dan dengar jawapan dan jika betul cepat-cepat ulang dan iktiraf “Pen begins with ‘p’.” Kemudian ulang dengan objek lain di persekitaran. Ingat hanya 1 objek satu masa yang mana anak-anak takkan buat salah.

Peringkat Kedua (Umur 2.5 – 3 tahun):

Sama seperti peringkat pertama tetapi kali ni guna 2 objek pada satu masa yang anak-anak dah biasa (familiar with) tapi bunyi awalan berbeza. Tujuannya adalah untuk anak-anak bezakan bunyi awalan yang berbeza. Contoh car and motorbike, cup and mug. Tengok kedua-dua objek dan I Spy satu sahaja. “I spy with my little eye something that begins with ‘m’.

Sekarang anak-anak perlu buat pilihan. Kita boleh lihat sejauh mana dia boleh bezakan bunyi. Teruskan dan tukar-tukar objek (tapi hanya 2 objek dalam satu masa). Bila anak dah kuasai 2 objek, tingkatkan, guna 3 objek pada satu masa, kemudian 4 objek, kemudian 5 objek, kemudian objek-objek yang bunyi awalannya seakan sama contoh ring, watch, van.

Peringkat Ketiga (Umur 3.5tahun):

Tujuan peringkat ni adalah untuk anak-anak sedar banyak objek yang mula dengan bunyi yang sama. Sama seperti peringkat kedua, tapi kali ni luaskan skop kepada objek-objek yang ada dalam bahagian kecil persekitaran, yang ada objek-objek yang mula dengan bunyi yang sama (boleh juga guna gambar jika tak ada). Contoh, “I spy something over there by the window that begin with ‘b’“. Mungkin untuk pertama kali mereka akan sebut satu objek je, jadi kita tawarkan diri sebut lagi objek lain di situ yang mula dengan bunyi sama contoh ‘basket’ ‘botol’ ‘buku’ ‘ball’. (Ya, kami I spy kedua-dua bahasa sebab guna kedua-dua bahasa di rumah). Seterusnya pilih bunyi lain di kawasan yang sama. Seterusnya, boleh pilih kawasan lain dan ulang proses. Kemudian, ruang yang lebih besar kemudian keseluruhan. Bila dah mahir peringkat ni boleh mula dengan tulisan (sandpaper letters). To make it more fun, boleh bergilir pilih bunyi untuk I spy.

Peringkat Keempat (Umur 3.5tahun):

Tujuan peringkat ni adalah untuk develop kesedaran bunyi-bunyi selain bunyi awalan dan skill ni penting bila mula tulis dan baca.

Sama seperti peringkat 3, tapi sebutkan bunyi awalan dan bunyi akhir yang kita nak. “I spy with my little eye something that begins with () and ends with ()“. Acknowledge jawapan betul dengan ulang perkataan dan bunyi “___ begins with ___ and ends with ____

Boleh guna objek-objek yang dah guna pada peringkat-peringkat sebelum ni atau area (peringkat 3). Cari objek yang bunyi awalan sama tapi berbeza bunyi belakang. Contoh ball, bag, bracelet, atau pen peg puppet.

I Spy something on the table o(or part of the room) that begins with ‘b’ and end with ‘g’” Mula-mula mungkin ambil masa untuk dengar bunyi akhir. Kalau mereka sebut ball kita respon dengan positif “Ya, ball mula dengan b tapi mama minta mula dengan b dan akhir dengan g. Cuba dengar, ball. Sebut pelan-pelan dan bantu dia dengar bunyi objek-objek lain hingga jumpa bag.

Classified Pictures

Dalam buku Gettman, aktiviti pertama bahasa untuk anak-anak adalah classified pictures. Aktiviti ni boleh mula dari umur 2-2.5 tahun (Lynn Lawrence, Read & Write).

Untuk Aqeel (2thn) saya guna gambar objek-objek dalam rumah dan bahagian rumah, contoh gambar dapur, dan objek-objek di dapur. (Boleh guna gambar jalan, taman, pasaraya dll).

Untuk Hana boleh guna gambar-gambar yang Hana minat sekarang, contoh kenderaan, haiwan liar atau bunga-bunga. Yang ni boleh search dan download 3 part cards wild animals contohnya atau apa-apa topik semasa yang anak minat. Banyak ada. Website yang saya suka adalah The Helpful Garden.

Mula-mula print dan laminate dan cuba present. Sekali Aqeel datang nampak gambar yang dia familiar dan keliling rumah tunjuk-tunjuk. Oh, might as well buat matching activity.

Bahan:

  • Sediakan beberapa set kad. Setiap set ada 10-20 kad. Setiap satunya ada gambar dan belakang kad ada simbol “bulat segiempat segitiga” sebagai label kad dalam kategori masing-masing.

  • Satu kad adalah gambar penuh satu-satu pemandangan (bilik mandi), kategori (cth: haiwan liar), situasi (majlis perkahwinan) atau objek (contoh dapur, bilik tidur, bilik mandi, kenderaan) disusun atas sekali dan kad yang lain-lain adalah gambar objek-objek yang terdapat dalam pemandangan tu.
  • Scene ni dipilih adalah scene yang anak biasa tengok atau lalui atau minat. Objek-objek pula adalah objek yang common.
  • Boleh ambil gambar sendiri, gambar dari majalah-majalah, flyer, iklan dan lukisan sendiri yang berwarna.
  • Contoh untuk pakaian, ambil gambar wardrobe.

 

Presentation: (Untuk pertama kali)

Mula dengan gambar keseluruhan scene, tunjuk setiap kad dan bincang setiap satu kad. Pastikan guna nama yang betul. Kalau ada gambar yang anak tak kenal, namakan dan take note. Bila dah tengok semua, beritahu “Semua ni boleh dijumpai di dapur atau “Semua ni adalah haiwan liar.”

Pada hari lain, buat 3 period lesson untuk objek-objek yang anak-anak tak tahu nama.

Scope of Sequence

   
Period 1Exercise 1Buat set lain seperti presentation ikut minat/pengalaman anak-anak
Exercise 2Anak tengok kad-kad tu secara independent
Period 2Exercise 3Campurkan kad dari 2-3 set dan hamparkan. Lepas tu minta sort ikut scene/kategori masing-masing. Dah siap minta terbalikkan dan cek simbol betul atau tidak (self check)
Exercise 4Hari lain bila anak buat exercise 3 tanya "Nampak tak apa-apa yang boleh jumpa di dapur?" "Ya, apa tu?" Jadi mereka diberi peluang untuk sebut nama-nama objek. Teruskan untuk semua kad.

 

Untuk sesiapa yang nak buat classified cards sendiri boleh download template yang saya dah buat. Tukar gambar sahaja. Fail dalam bentuk power point.

Template Classified Cards

 

Rujukan lain:
Montessori Pre-Reading Activities & Cards di Our Montessori Home
Montessori Toddler Classification Cards di The Kavanaugh Report
Reading Classification di Info Montessori

The Sound Game

Level 1 Bunyi Awalan, satu objek satu masa, jadi tiada peluang untuk kesalahan (Umur 2.5)
Level 2 Bunyi Awalan, pilihan antara dua objek atau lebih. Hanya satu objek betul. (Umur 2.5-3)
Level 3 Bunyi Awalan, pilihan bahagian bilik, atau keseluruhan bilik (part of whole room) (Umur 3-3.5) : Sandpaper Letters
Level 4: Bunyi Awalan dan bunyi akhiran dimainkan di Level 2/3 sebagaimana sesuai (Umur 3.5- 4.5)
Level 5: Semua bunyi dalam perkataan dimainkan ikut Level 4 dengan mana-mana objek atau mana-mana perkataan. Objek tak perlu di ‘spied’ (Age 3.5-4.5) : Moveable Alphabet
Level 6: Pilih satu bunyi dan fikir sebanyak perkataan yang boleh yang mempunyai bunyi tu pada awal, akhir atau tengah perkataan (4.5-6)

Game ini adalah untuk Pastikan bunyi dengan BETUL! (Contoh d as in tub, bukan DUH. Sebab sekarang Hana bila baca S-a-d, bunyi Sad-uh)

‘Sound Game’ aktiviti dalam

Dalam kaedah Montessori, huruf di ajar dengan bunyi bukan nama. Tidak perlu apa-apa bahan untuk membuat ‘kerja’ ini.

Sebelum perkenalkan simbol (huruf), dalam kaedah Montessori, menggunakan sound games, untuk menumpukan perhatian kanak-kanak terhadap satu-satu bunyi yang membentuk ayat. Ia adalah aktiviti mendengar. Montessori tidak menggunakan sebarang simbol ataupun menyediakan bahan apa-apa dalam permainan ini. Ia menggunakan objek-objek seharian. Dengan ini, ianya boleh dilakukan secara semulajadi di rumah.

Jika sound games diperkenalkan secara formal, kanak-kanak mungkin melihatnya sebagai sesuatu yang perlu dibuat dengan cara-cara tertentu dan tidak akan menganggap ianya sebagai eskplorasi sehariannya apabila dia bercakap dan mendengar bahasa. Pembelajaran perlu dilakukan secara semulajadi yang boleh pada bila-bila masa yang boleh. A child does not necessarily differentiate between academic work and life, nor should he need to.

Additional language activities that are important leading up to the introduction of sandpaper letters are, as illustrated in the journal are: building vocabulary through conversation and other means, reading and telling stories, reciting and reading poems together, learning how to speak and how to listen, singing rhymes and songs.My own addition would be that children should be speaking fluently, with many conventions of language, such as (but not limited to): articles, adjectives, past and future tense, advanced nouns and verbs, irregular tenses, as well as close-to-perfect pronunciation. All of these things they learn naturally as they interact with adults and other speaking children in their environment, particularly when those adults use proper language (no baby talk or language that is dumbed down).

Conversation Games

Namakan 10

Klasik, seorang pilih satu kategori dan semua yang terlibat perlu senaraikan 10 nama dalam kategori tersebut.

A my name is Alice

Setiap orang bergilir nyatakan nama dan benda ikut urutan abjad, contoh, My name is Alice and I like apple, next person, My name is Alice and I like apple, My name is Ben and I like books.

I Spy

Hanya soalan

Semua orang perlu bercakap dan ayat tanya sahaja.

Guess Three About Me 
Conversation Starters 
Conversation Starters at Hand on We Grow 
Key Jar 
31 Dinner Conversation Starters 
More Conversation Starters 
Family Discussions 
Conversation Starter Question 
Kid Conversation Starters
Family Dinner Conversation Starters