Language,  Montessori

I Spy / Sounds Game

Tujuan I Spy atau Sound Games adalah untuk anak-anak peka dengan bunyi-bunyi dalam bahasa percakapan.

Jadi kita ajar ikut bunyi bukan huruf, jadi semua bunyi diajar terus termasuhklah sh, oo, oy, ae, ng.

Bunyi fonetik:

[table id=2 /]

Persiapan kita, perlu ingat bunyi-bunyi dan ejaannya, dan berlatih. Contoh ‘p’ disebut ‘puh’ seperti lap dan bukan ‘pea’.

Biasanya aktiviti ni dibuat dalam masa 1-2 tahun. Disarankan 1 kali sehari. Boleh dibuat masa tengah rehat-rehat sama-sama, masa menunggu. Ada 6 peringkat semuanya dan setiap peringkat boleh main selama beberapa bulan sebelum ke peringkat seterusnya.

 

Peringkat Pertama (Umur 2.5 – 3 tahun): 

Pegang 1 barang (yang anak dah biasa lihat contoh pen). Tengok objek dan cakap “I spy with my little eye something that begins with ‘p’.” (ingat sebutan fonetik p as in ‘tap‘ bukan ‘pea‘.) Tunggu dan dengar jawapan dan jika betul cepat-cepat ulang dan iktiraf “Pen begins with ‘p’.” Kemudian ulang dengan objek lain di persekitaran. Ingat hanya 1 objek satu masa yang mana anak-anak takkan buat salah.

Peringkat Kedua (Umur 2.5 – 3 tahun):

Sama seperti peringkat pertama tetapi kali ni guna 2 objek pada satu masa yang anak-anak dah biasa (familiar with) tapi bunyi awalan berbeza. Tujuannya adalah untuk anak-anak bezakan bunyi awalan yang berbeza. Contoh car and motorbike, cup and mug. Tengok kedua-dua objek dan I Spy satu sahaja. “I spy with my little eye something that begins with ‘m’.

Sekarang anak-anak perlu buat pilihan. Kita boleh lihat sejauh mana dia boleh bezakan bunyi. Teruskan dan tukar-tukar objek (tapi hanya 2 objek dalam satu masa). Bila anak dah kuasai 2 objek, tingkatkan, guna 3 objek pada satu masa, kemudian 4 objek, kemudian 5 objek, kemudian objek-objek yang bunyi awalannya seakan sama contoh ring, watch, van.

Peringkat Ketiga (Umur 3.5tahun):

Tujuan peringkat ni adalah untuk anak-anak sedar banyak objek yang mula dengan bunyi yang sama. Sama seperti peringkat kedua, tapi kali ni luaskan skop kepada objek-objek yang ada dalam bahagian kecil persekitaran, yang ada objek-objek yang mula dengan bunyi yang sama (boleh juga guna gambar jika tak ada). Contoh, “I spy something over there by the window that begin with ‘b’“. Mungkin untuk pertama kali mereka akan sebut satu objek je, jadi kita tawarkan diri sebut lagi objek lain di situ yang mula dengan bunyi sama contoh ‘basket’ ‘botol’ ‘buku’ ‘ball’. (Ya, kami I spy kedua-dua bahasa sebab guna kedua-dua bahasa di rumah). Seterusnya pilih bunyi lain di kawasan yang sama. Seterusnya, boleh pilih kawasan lain dan ulang proses. Kemudian, ruang yang lebih besar kemudian keseluruhan. Bila dah mahir peringkat ni boleh mula dengan tulisan (sandpaper letters). To make it more fun, boleh bergilir pilih bunyi untuk I spy.

Peringkat Keempat (Umur 3.5tahun):

Tujuan peringkat ni adalah untuk develop kesedaran bunyi-bunyi selain bunyi awalan dan skill ni penting bila mula tulis dan baca.

Sama seperti peringkat 3, tapi sebutkan bunyi awalan dan bunyi akhir yang kita nak. “I spy with my little eye something that begins with () and ends with ()“. Acknowledge jawapan betul dengan ulang perkataan dan bunyi “___ begins with ___ and ends with ____

Boleh guna objek-objek yang dah guna pada peringkat-peringkat sebelum ni atau area (peringkat 3). Cari objek yang bunyi awalan sama tapi berbeza bunyi belakang. Contoh ball, bag, bracelet, atau pen peg puppet.

I Spy something on the table o(or part of the room) that begins with ‘b’ and end with ‘g’” Mula-mula mungkin ambil masa untuk dengar bunyi akhir. Kalau mereka sebut ball kita respon dengan positif “Ya, ball mula dengan b tapi mama minta mula dengan b dan akhir dengan g. Cuba dengar, ball. Sebut pelan-pelan dan bantu dia dengar bunyi objek-objek lain hingga jumpa bag.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.