Montessori,  Practical Life

Pouring / Menuang

Aktiviti menuang adalah antara aktiviti asas Montessori dan antara yang mula-mula dikenalkan pada kanak-kanak.

Kenapa aktiviti menuang?

Banyak aktivti harian di rumah yang melibatkan menuang seperti tuang air ke dalam gelas untuk minum, tuang susu ke dalam mangkuk untuk makan cereal, memasak, siram tumbuhan dan lain-lain. Mereka cenderung untuk ikut apa yang dewasa di sekeliling mereka buat (kita mak-mak), jadi mereka sangat suka aktiviti ni!

Ia juga adalah satu langkah awalan ke arah mereka berdikari seperti menuang air sendiri untuk minum; mereka boleh ambil sendiri dan tuang sendiri minuman bila-bila mereka mahu.

Dan jangan fikir aktiviti menuang, hanya sekadar menuang. Banyak proses sebenarnya terlibat dari aktiviti yang simple ni. Cara pegang handle guna pincer grip – prepare untuk menulis. Angkat dan support dengan tangan sebelah lagi supaya bantu control pergerakan supaya tak tuang terlalu laju – self control, bila menuang dari mulut ke mulut, eye-hand cooordination. Mereka juga perlu tahu bila perlu berhenti supaya tak tumpah. Semua ni memperhalusi kemahiran motor halus mereka.

Aktiviti menuang ni bantu kanak-kanak develop:

  • ke arah kemahiran hidup seharian
  • order
  • concentration
  • coordination
  • independence

Sequence

Ada sequence untuk buat aktiviti ni. Montessori thoughtfully designed semua aktivti ada sequence supaya kanak-kanak bermula dengan yang paling mudah untuk mereka mudah berjaya buat yang mana akan tingkatkan self confidence mereka.

Aktiviti ni mula dengan guna bahan yang besar dahulu, contoh kacang kering yang besar, kemudian beras atau pasir. Saiz pitcher pun jadi peranan. Pelbagai jenis pitcher digunakan untuk tambah challenge dan juga untuk tarik minat kanak-kanak untuk terus buat. Bagi mereka berlatih beberapa kali hingga OK sebelum ke step seterusnya yang lebih mencabar.

Kenapa bahan kering dulu?

Sebab macamanapun akan tumpah kalau tuang air. Jadi dengan mula dengan bahan kering, kanak-kanak boleh berlatih kemahiran ini dengan mudah. Bila tumpah senang untuk mereka kutip semula. Mengutip bahan yang tumpah ni pun, melibatkan banyak kemahiran! Pincer grip, eye hand coordination, order. Mereka juga biasakan diri dengan kemaskan semula jika tumpah.

Peringkat pertama – guna pasta atau beans besar

Peringkat kedua – lentils atau beras

Peringkat ketiga – air

Container pula boleh cari di kedai dapur, cari creamer atau milk pot. Atau di @baytzuhrshop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.