Home Learning

Simpliflying Toys

Semalam saya ada tanyakan apa planning korang untuk tahun depan. Ramai yang DM minta pendapat macamana nak mula. Perkara first yang saya buat dulu, saya declutter our toys and education materials. Masa mula-mula homeschool dulu, semua educational toys nak beli. Lama-lama makin banyak, lama-lama kita overwhelm, anak pun overwhelm sama. Tambah mana space lagi nak simpan. Bila saya mula gunakan kaedah Montessori, secara automatik jadi minimalis. First thing saya buat kumpul semua toys, semua education materials satu pile besar dan go through satu-satu. Sehari dua jugalah go through semua tu. RULE PENTING. Bila declutter ni, kalau boleh anak takde. Konon nak minta pendapat, yang ni nak tak, yang ni nak buang tak? Last-last takde progress sebab semua dia cam eh mainan ni, nak! nak! nak! Mainlah kejap separuh hari, pastu tak pandang dah. We know best which toys yang memang dia suka main, yang memang dia main kejap, yang mana dia tak main pun. Make it into 3 PILE. Carilah 3 kotak. Untuk BUANG, DONATE/JUAL, SIMPAN. Lagi satu, tips minimalis. Ini kawan saya yang beri tips ni. Tetapkan storage. Jangan sebab banyak mainan bertambah beli kotak untuk storage. Kita tetapkan untuk storage 2 kotak je. Cubalah sedaya upaya reducekan toys kepada cukup untuk 2 kotak. 10 poin checklist ini adalah untuk toys yang kita perlu DISCARD. Saya ambil poin-poin ini dari buku Simplicity Parenting. Semua ayat diquote dari buku tu saya buat nota kecil sahaja. Selebihnya sila dapatkan buku tu dan baca lebih lanjut. Banyak tips dia beri on how to simplify your family life. Selamat mencuba! #montessoridirumah #bzpreparedenvironment #bzmontessorinotes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.