Montessori Notes

4 Peringkat Perkembangan Manusia

Again! Haha. Updated ilmu yang peroleh dari yang sebelum ni. 

 

 

Kaedah Montessori based on perkembangan kanak-kanak. Ianya melihat dari semua sudut perkembangan, fizikal, moral, mental, emotional etc.

Carta ini adalah merupakan summary dan poin-poin ciri-ciri pada setiap peringkat.

Montessori percaya bahawa setiap manusia melalui peringkat perkembangan ini dan setiap peringkat ini ada set ciri-ciri dan keperluannya tersendiri, berbeza langsung antara setiap peringkat. Malah other psychologists pun mengatakan bila kanak-kanak memasuki ke peringkat seterusnya, seperti dilahirkan semula. Ciri-ciri mereka sebelumnya hilang, dan lahir ciri-ciri baru. Sesiapa yang ada anak 6-7 tahun, mesti pernah terucap, “Eh, anak dah besar, dah matang, like a new person.”

Pada setiap peringkat, ada fokus keutamaan perkembangan mereka. Contoh, pada peringkat pertama, fokusnya adalah kepada ingin independence secara fizikal. Dari bayi sangat bergantung pada dewasa dalam segala hal (makan, minum, bergerak, jaga diri sendiri, jaga persekitaran) hingga 6 tahun, mereka dah boleh buat sendiri.

Bila mereka masuk ke peringkat seterusnya (6-12 tahun), (brain has developed as it should), physical developed, fokus perkembangan kepada mental. Masa ni mereka sebenarnya sangat dahagakan
dan sukakan ilmu. Mereka ingin tahu tentang alam sekeliling mereka, kenapa ia jadi begitu, budaya, the world.
Mereka nak clear judgement, baik dan buruk sebab itu banyak mereka buat aduan, “kawan a buat ni, kawan b tak buat tu.”

Jadi, peranan kita dan layanan terhadap mereka juga perlu ikut ciri-ciri ni, perlu berubah setiap peringkat. Contoh kita tahu mereka dalam fasa “physical independence” semua nak buat sendiri, kita hormat dan beri peluang. Kita tahu mereka dah mula tanya ‘kenapa’, kita berikan guidance bagaimana untuk cari jawapan, spark their interest dan curiosity (not killing it).

Anak-anak semua dalam peringkat yang mana, dan ciri mana yang nampak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.